Skip to main content

Posts

Showing posts from 2013

Heaaaa..everybody got a dream

Assalamualaikum.. dan salam oktober. sekarang aku tgh dgr lagu 'Tonight,we own the night'.. you are my hero.. bla bla bla... we are only young.. if we see sunlight..tonight we owe the night.. tak tahu lirik betul ke tak.. Hai, semua....... Apa khabar? best tak praktikal.. best tak keje? best tak dapat kawan baru?.... best tak dapat gaji? best,best,best,best!! Duit masyuk!! Tapi bagi aku yang paling best adalah menyiapkan buku log dan thesis. Lepas ni, hajatnya nak sambung master. But the problem is ETPM UITM ni tak de pulak nak tawarkan kos aku! Stress nye..aku dah nampak jalan benar nih.. nak bina career ikut lorong yang uitm sediakan tapi apakan daya.. So,another option kalau tak dapat jadi pensyarah muda.. aku sambung master by research je lah.. buat part time or nak sambung master by coursework.. mane satu ye.. camne nak bagi commmitment.. argghh.. mudah-mudahan Allah bagi hidayah kepada-ku.. Amin. SO,back to work.. anything be update later... First,before sambun

SaLam Ramadhan

Assalamualaikum dan ape khabar... Hari ni genap sebulan syaaban berlalu..maka automatisnya ramdhan tiba. Siapa yang pergi sembahyang terawih tadi? Angkat tangan. Bagusnya Alhamdullillah sejuk perut mak mengandung. Hari pertama bulan puasa kali ni di PERAK. Ok, pertama kali sambut ramadhan bersama kawan-kawan. Macam-macam plan, macam mana nak sahur? Nak beli kat mana? Macam sebulan je nak sambut puasa kat Perak kan. Ala, cuma 4 hari je...Lepas habis paper pada 13 haribulan 7.. boleh la menjerit di tepi bukit.. Hooorayyyy.. Selamat tinggal UiTM PERAK. Hampir 2 tahun setengah belajar di sini. Sekejap je masa berlalu. Dari takde kewujudan Tesco, sampailah ada MCD, Billion dan pokok ICT.. ?? (blank jap)  Nak berucapan sikit: TIADA KATA SEINDAH ZIKIR,....TIADA IBADAH SEINDAH PUASA....TIADA HARI SEINDAH JUMAAT...TIADA BULAN SEMULIA RAMADHAN.... SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN AL-MUBARAK DAN SELAMAT MENUNAIKAN IBADAH PUASA..  salam sayang buat semua kawan-kawan, sahabat, teman, da

Final Exam

Assalamualaikum... apa khabar belog.. aku busy sangat...tak sempat nak jenguk blog ni.. mintak maaf sangat-sangat. Tambahan lagi, banyak kerja akhir nak kena siapkan sebelum masuk praktikal nanti 29/7. Report untuk subjek Research Methodology kena hantar 1 haribulan ni. Tapi itu tak jadi masalah, sebab confirm akan siap sebelum tarikh due date. Janji hantar on time.  Semalam baru habis paper Compensation and Benefit. Alhamdulillah, smooth je jawab. Tapi jawapan entah betul atau tidak. Tak boleh letak tahap konfident tinggi sangat sebab takut pressure nanti dapat result. Jadi, kita pasrah dan terima je apa yang dapat. Yang penting usaha sudah. Atas Allah lah nak bagi apa kan. Itulah. Teruk. Ingatkan darurat akan diistiharkan semalam. Manalah tahu, sebab semalam jerebu teruk sangat. Bau asap dia memang kuat. Hai, nasib baik tak sempat nak istiharkan darurat kat perak ni. Kalau tak final exam memang postpone dah. Semua kena postpone. Habislah banch aku bila nak grad pun tak t

Jangan pernah berubah.

Assalamualaikum.. ditujukan khas buat KAU Pernah tak lepas satu benda kau gagal untuk buat , kau akan berubah. 'Ok, test seterusnya aku nak score'. Sebab apa ada niat nak score untuk test yang seterusnya sebab sebelum ni kau tak berjaya kan. Tak berjaya nak dapatkan apa yang diinginkan. Apakah punca kegagalan kau sebelum ni? Pernah selidik tak kenapa sebelum ni kau gagal? Aku tahu sebab apa aku gagal... sebab aku ego, aku rasa kepala otak aku dah cukup dengan ilmu, aku rasa aku dah meluangkan masa yang lama untuk itu. Kenyataanya, kau tidaklah meletakkan hati kau seratus peratus. Hati kau ke laut. Kau sibuk. Sibuk dengan benda lain. Kau banyak main dan kau tak serius nak belajar. Kau rasa benda yang kau buat ni hanya untuk lengkapkan sesuatu. Atau kau buat ini semua kerana terpaksa. Kau tak perasan mungkin perasaan ikhlas kau tu dibuat-buat. Mungkin. Bila dah pasang niat untuk scor seterusnya, automatik kau akan belajar, membaca, mengingat dan menelaah dengan tekunnya.

Bukan mudah untuk mudah.

Assalamulaikum dan selamat pagi.. 7.5.2013, sudah dua hari selepas Pilihan Raya Umum ke-13 berlangsung. Maka sudah dua hari kedengaran pelbagai desus-desas mengenai keputusan PRU. Ada yang berpuas hati, ada yang tersenyum, ada yang sakit hati dan yang penting mesti ada tuduh-menuduh. Orang tu tuduh orang ni, orang ni tuduh orang nuh, orang nuh tuduh orang-orang. Orang-orang?  Memang tak nak kaitkan diri dengan politik, walaupun politik tu memang penting kan. Mungkin suatu hari nanti, tapi bukan sekarang. Sekarang masa untuk berjuang. Berjuang dengan buku-buku, berjuang dengan hidup sebagai seorang pelajar, berjuang dengan duit untuk menampung pembelajaran dan berjuang ke jalan Illahi. Bukan mudah untuk jadi mudah. Bukan mudah untuk jadi susah.  Hidup mesti ada tujuan. Kalau hidup tanpa tujuan ibarat menaiki bot di tengah lautan tanpa ada tempat untuk dituju, hanya terumbang-ambing dipukul ombak. Manusia suka hidup tanpa tujuan dan oleh sebab itu mereka selalu rugi. Rugi ke

Si comel mamat dan minah

ni mamat, abang kepada minah. Hensem!  tidur ala-ala udang yang dah masak.  ni minah, suka sangat tidur kat tempat pelik-pelik

Wahh..

Assalamualaikum dan selamat berhujung minggu..  Hensem!! Sungguh indah ciptaan Allah s.w.t. Semalam tak sengaja tertengok muka iras-iras Zizan Razak depan 7 Eleven tapi muka dia macam pan asia sikit. Sepanjang pelajaran di Seri Iskandar ni aku dapat jumpa 2 orang kembar Zizan. Hehe. Matured sorang, pan asia sorang. Selalu je usha yang sorang ni, dia senior aku tapi jurusan lain, sama fakulti sebab selalu terserempak. Tapi semester ni tak da lah pula terserempak dengan dia, mungkin dah habis belajar. Mungkin. 

fitrah

Assalamualaikum dan selamat senja.. Bulan april sudah berkunjung tiba, maknanya genap sebulan aku berada di bumi perak. Alhamdulilah, hari ini aku sihat dan masih bertenaga untuk meneruskan sisa-sisa pembelajaran yang masih berbaki empat bulan. Lumrah belajar, mesti ada tekanan bila nak menyiapkan kerja sekolah yang diberi. Bukan senang nak menjana idea untuk menyiapkan laporan dan membuat kerja berkumpulan. Mesti bersungguh-sungguh. Kalau ada istilah cincai-cincai, markah dapat pun cincai-cincai juga lah.  Kebiasaanya bila kita diberikan kejayaan, penghargaan, kekayaan dalam kehidupan kita. Ya, kita akan bersyukur. Bersyukur! Alhamdullilah. Tapi bagaimana jika kita diberikan kekurangan, kecacatan, ataupun kita selalu membuatkan orang terasa hati? Bagaimana? Adakah kita akan bersyukur? Jadikanlah kekurangan itu sebagai kekuatan. Setiap manusia dicipta dengan segala kelebihan dan kekurangan.Kalaulah masa boleh berputar kembali, mesti kita akan tidak mengulanginya. Mesti penyesa

Hentikan pemanasan global!

Assalamualaikum dan salam perak amanjaya.  Aku bukan orang Perak. Noted. Mintak maaflah ye. Taknak lah ada kena-mengena dengan perak lepas ni. Yelah panas kat perak ni lain macam. Lagi-lagi kalau menginjak pukul 11.59 tengahari. Kalau duduk dalam kereta, nampak haba atas jalan raya. Macam duduk dalam oven dah. Haiish. Sebab tu ramai student perak tak keluar rumah, takut panas agaknya haha. Lokasi aku sekarang di seri iskandar. Bandar Seri Iskandar. Dah membangun nampaknya. Macdonald drive-thru dah ada. Lepas tu Billion pulak masih dalam pembinaan. Dah 80 peratus siap. Nanti lepas aku graduation, confirm dah bukak. Memanglah bandar seri iskandar akan membangun, tapi cuaca panas mungkin akan lebih mengganas... pada firasat aku, cuaca panas di perak ni lain macam sebabnya pokok takde! Seriuslah, habis semua pokok-pokok besar ditebang semata-mata nak buat bangunan yang ala-ala perniagaan camtu. Padahal kat seri iskandar, dah banyak bangunan yang terbiar, setakat pemerhatian aku du

Trip kami

Assalamualaikum.....dan salam hari gembira Ye.. agak lama dah tak buka blog. Hilang semua idea untuk menulis.. Haaa.. sempena dah last semester kami belajar di perak ni.. Kami pun pergi trip. Ke mana?? Lost World of Tambun. Ok,malas nak cerita panjang,tengok gambar je lah sepanjang kami berada di sana. :D Haa,mesti nak tahu berapa tiket masuk kan. Bagi yang tak pernah pergi lah kan. Yang dah pergi tu, shut your mouth,sebab biar aku yang bagitahu hahahaha. Just kidding. Tiket masuk bagi dewasa cuma 45 je, bagi kanak-kanak 38 kot, tak ingat pulak.. sebab aku bukan kategori kanak-kanak.!  Kalau kamu nak datang ke sini, dinasihatkan pakai legging. Sebab apa nanti tak boleh naik gelongsor air tu. Aku pergi sana pakai seluar track jadi memang kempunan nak naik gelongsor tu. Demn. Tak puas hati lah kan sebab tak dapat buat semua aktiviti kat sana. Bila lah nak pergi lagi.. 10 tahun akan datang agaknya..  Jadi sesiapa yang memang tak

Tak percaya lagi

Assalamualaikum... Sekejap masa berlalu.. Semalam naik bas di Jerteh. Lepas tu celik mata dah sampai Perak. Dilema betul. Macam baru sehari cuti. Walaupun hakikatnya cuti sebulan. Aku tak percaya..arghhhh. Hurmm,macam biasalah masuk ni semester 5. Dah jadi super senior dah,tapi junior kenal ke aku?. Tak percaya,tak percaya wahhhh. Umur pun dah tuo,. Bibik aku panggil aku perawan tuo, kurang asam kan. Nak banding dengan org kampung dia memang la tak sama. Sekolah pun tak. Isk.. Bila nak teriima kenyataan ya atikah. ~

Masa berlalu

Assalamualaikum.. dan salam bulan febuari... Pejam celik - pejam celik its the end of febuari. Kan. Sekejap je masa berlalu. It only the beginning. Ini baru permulaan, permulaan kepada bulan baru. Bulan yang bakal di tempuhi mungkin lebih berliku dan mencabar. Maklumlah cuti semester bakal melabuhkan tirai. Serba tak kena rasanya, semakin resah gelisah jikalau memikirkan cuti dah nak habis. Ohhhhhhhh.. Sebenarnya banyak lagi perkara yang aku hendak lakukan tapi tak kesampaian. Yelah,mungkin banyak kekangannya. Duit takda, itu takda, ini takda, apa-apa pun takda.. tapi aku Bersyukur sebab aku ada dia !. Alhamdulillah. Yes! Akhirnya hari yang dinanti tiba. Masa berlalu dengan pantas sekali. Semalam baru terasa demam exam, sekarang demam darjah celcius. haha. Syoklah. Lain kali tak mau dah cuti semester di negeri orang. Mungkin best tapi tak jugak. Sesetengah orang suka, lantak dialah. Inikan kisah aku,biarlah aku tentukan sendiri jalan cerita dia macam mana. Jangan masuk campur. Sh

Apa Kabar

Assalamualaikum dan selamat petang.... Baru sudah makan. Lega rasanya bila perut dah diisi. Takde lah dia meragam-ragam mintak nasi. Aku pelik time cuti ni tabiat aku ialan bangun awal. Pukul 6 dan apa yang mengejutkan adalah lepas bangun dan solat subuh, aku tak sambung tidur tapi aku baca buku. Buku apa? Buku Lawak kampus yang tebal tu.. Memang buang tabiat kan. Pepagi hari baca buku lawak.. Hari ni penat sangat. Nak tahu kenapa? Sebab hari ini kerja mendesign bilik my nephew. Dari katil single tu kepada katil Queen. Cantik bilik my nephew, cat kaler ungu.. Nampak macam moden je dari sebelum ni. Apa yang memenatkan adalah bila time nak angkat katil queen tu naik tingkat atas. Memang berat nak mampus. Mungkin kalau orang lain yang badan kecik tu,confirm-confirm tak larat nak usung 2 orang je. Nasib baik aku dah ada ilmu taekwando. Jadi setakat angkat tu boleh la tahan. Macam cakap besar lah plak.. ishk2.. Aku rasa mesti semua member tengah cuak menunggu result kan. Lagi 3 hari r

Isu semasa

Assalamualaikum dan selamat malam. Malam masih muda, mesti tak tidur lagi kan. Dah agak dah. Kepala otak kita sama je lah. Bagi yang berusia 20 an dan yang masih bujang trang trang tang. Mintak maaf banyak-banyak kepada diri sendiri sebabnya ingatkan februari ni dapatlah buat full post, tetapi streamyx kena potong. - -'. Tak puah hati betul, asal lah tak bayar kan. Haha, emo plak.. hadeh. Hari ni saja 2 kenduri aku pergi. Walaupun aku tak kenal sangat dengan pengantin tu. Ahh lantaklah orang dah jemput kan. Tak kan nak sia-siakan ajakan makan free tu. Membazir namanya. Sekarang ni musim orang mendirikan masjid. Alhamdulilah... baguslah bertambah ramailah baby di Malaysia nanti, mungkin 1 tahun lagi.. Tunggu je lah ye.. hihi. Indahnya hari jika dipenuhi dengan baby yang comel sangat tu.. Eeee, geram rasanya nak cubit.. grrr Meh-meh, aku nak cerita pasal makanan plak. Jadi ekoran 2 kenduri yang aku hadiri, 1 tu makanan dihidang ala-ala bufet, memang tak sedap, ayam masak merah

Keseorangan

Assalamualaikum dan selamat pagi... Nampaknya memang tak putus post saya untuk bulan februari ni. Almaklumlah duduk goyang kaki di rumah. Memang kerja semua dah buat. Hari ni kakak dan abang ipar tak de di rumah. So , I am the boss. :D. Bukan apa akulah yang kena jaga my nephew untuk 3 hari berturut-turut. Means akulah yang akan jadi tukang masak, tukang cuci kain, tukang cuci pinggan, tukang sapu dan macam-macam lagi. Lapar! Tapi baru pukul 10 pagi. Kalau nak melantak pun kena tengok time jugak kan. Biar sesuai sebab aku sekarang dalam proses menjaga pemakanan. Umur dah meningkat jadi tak nak lah penyakit datang. Bagus Inshaallah. Hari ni menu untuk aku sorang adalah Spagethi 10 urat berkuahkan mushroom. Nyumm. Nama dah glemer tapi rasa ok lah kot. Sebab this is my second time buat ni. Aku kan minah kampung mana nak reti buat makanan western ni. Kalau gulai tempoyak tu memang dah pakar sebab banyak tempoyak kat kampung. Hihi. Awal-awal lagi aku dah bangun, pukul 5 pagi kot. Mema

Semalam

Assalamulaikum dan salam sejahtera... Huh. semalam hari yang paling letih dalam bulan Febuari! Kenapa? Sebab pagi semalam memang borink giler nak mampus, tak tahu nak gerak ke mana walau seinci. Lagipun rumah ini kecik dan sempit. Haa macam ni  [...... o.o ......] Lepas tu pukul 2, selepas usai solat zohor, aku dengan budak kecik ni (my nephew) disuruh pergi shopping baju - -''. Pergi shopping pun kena suruh-suruh ke? :o. Yang bestnya duit shopping di taja okay. heh RM100 je. Banyak apa. Susah nak dapat duit free lagi-lagi untuk shopping... ya beda beduuuu.. Aku shopping di Megamall, Kuantan je, kalau ada je tu maksudnya low kelas ke ape? Eh, xdelah high kelas kot sebab sepasang baju 50 henggit. :S Mahal nak mampus. First masuk kedai belek harga dulu, buat muka seposen, dah tengok harga mahal gedabak macam gerabak kereta api, then blah la.. Hehe, biaselah tu untuk orang biasa macam aku ni.. Hurmm Time shopping2 cuci mata tu, bingit telinga aku ni haa. Ada orang cina mana e

Bersin

Euww..  muka aku akan berubah apabila orang di sekeliling aku bersin. Hacum! Hacum!. Sejak dulu lagi aku tak suka orang lain bersin bila aku ada berdekatan. Okay, memang aku kaki pembersih. Kena label sampai macam tu sekali. Semua adik beradik aku kena marah tiap kali dieorang bersin tak tutup hidung. Mungkin bakteria dari bersin tu akan berjangkit pulak, bakteria tu kecik kot manalah nak nampak kalau dia melompat-lompat... Hah, ni wikipedia punya Bersin.. Bersin merupakan pengeluaran udara yang bergelora, separa automatik dari paru-paru melalui hidung dan mulut. Ia biasanya disebabkan kehadiran zarah asing yang mengganggu mukosa hidung. Bersin juga boleh dicetus melalui pendedahan mengejut kepada cahaya terang, perut yang agak penuh, atau jangkitan virus, dan boleh mendorong kepada penyebaran penyakit...bla bla Sesiapa yang bersin hendaklah menyebut ‘Alhamdulillah’ dan berkatalah mereka yang berada di sisinya ‘Yarhamukallah’. Inilah salah satu antara hak orang Islam terha

Life go on..

Assalamualaikum........ dan selamat pagi... Buat pengetahuan semua, bumi dipijak adalah bukan kampung aku. Ianya di Kuantan. Sudah seminggu berlalu cuti semester kali ini tanpa ada apa apa berita yang err... yang menarik untuk dikongsikan. Cuma hari ini menandakan cuti aku bakal di isi dengan benda yang bermanfaat dan menguntungkan. Untung? Manfaat? Bukan, aku tidak sama sekali join ahlong, terus jadi sebahagian macam skim cepat kaya.. Memang tak lah nak join. So scary. Sebenarnya aku cuma berada di dalam alam asuhan kanak kanak ribena. Iaitu jadi Bibiik. - -' Maafkan aku, menakutkan kalau sebut 'bibik' ni, sebabnya mesti first impression orang-orang di luar sana agak teruk. Bibik <<< merujuk kepada domestic servant atau maid dalam bahasanya adalah orang yang brgaji. hihi Ini kerja halal ok, Alhamdulillah. Seumur hidup aku tak pernah niat nak buat kerja haram.Uwaa, emo sikit.. Lagipun bolehlah aku berlatih untuk menjadi ibu. Pada masa akan datang. Inshaalla

Akhirnya..

Jadi dah penat lelah menelaah, membuat nota, bersengkang mata siang dan malam menghadap buku. Habis semua kertas dicontengnya. Tak sah kalau tak conteng, itu demi menghadapi peperiksaan. Aku berjaya. Aku berjaya kerana dapat berjuang sehingga ke penamatnya..   Juga sekalung ucapan tahniah kepada sahabat yang berjaya menamatkan peperiksaan ini. Trend zaman sekarang, lepas habis paper maka status di FB atau twitteer adalah penting untuk menunjukkan rasa hati. Samada suka marah sedih gembira dan macam macam face lagi. hah, ini dia tak percaya rasanya aku dah study semua buku yang bersaiz agar tebal selama 2 minggu. bayangkanlah macam mana jadinya. Hehe. Tapi itu semua telah berlalu dan semoga semuanya berjalan lancar.     Jadi kalau exam kertas memang colourful. Ada purplee, pink dan macam macam. Ada orang cakap kalau kaler paper tu jernih makna kata senangla. Kadang kadang betul.. Kadang kadang idak lah. tengoklah ni kalau tak percaya.. Jadi meman
tadi saya tengok WHI.. Datuk Fadhilah Kamsah cakap kalau orang lelaki merajuk biarkan dia. berikan dia masa untuk merajuk. kikiki tapi kalau perempuan merajuk mesti pujuk.....so......... Begitulah citanya...

Menulis tak henti henti

bagaimana keadaan jari jemari runcing aku kalau asyik tak berhenti menulis. adakah memberi kesan nanti. Wah takutnya. masalahnya menulis saja yang akan membuatkan aku yakin. Kalau tak menulis atau menconteng self efficacy diri aku amat sederhana. Memang habis dakwat semua alatan tulis aku sebab aku menulis tak berhenti. Lagi kalau subjek killer macam tu memang semakin banyak kertas A4 atau kertas conteng akan aku conteng conteng. Conteng bukan benda sia sia , benda berfaedah kan untuk belajaran. Aku rasa tangan aku macam dah kelihatan muscle muscle yang agak seksi. Auu.. muscle dekat jari lah. Haish nanti nak sarung cincin mintak mintak muat. kalaulah tangan aku kidal mesti bertimbun timbun kertas. Hee. Menulis banyak banyak mestikan masuk dalam otak ye. Usaha tangga kejayaan. Korang yang style study tak menulis untungla, terutamanya girl mesti jari runcing kan. Jaga ye jari anda, nasihat ikhlas dari aku, Kaki Menulis nota Buat nota dah macam salin buku teks yang tebalnya 6OO muka

musim peperiksaan

hari ni dah khatam satu paper.. Hubungan Etnik.. Disebabkan semua nota ada dalam laptop jadi study melalui laptop jee lah. Tapi masalahnya keyboard laptop rosak. Tak boleh nak tekan ENTER. Memang amat susah kalau enter tak jadik. Nak komen Fb pun tak jadi. Sebab sekarang semua nak main enter enter je.  Jadi solution kepada it adalah............... tapi walaupun keadaan laptop cengitu tetapi niat murni untuk belajar harus diteruskan. Jadi alternativenya cepat2 g beli keybooard mini. kikiki.. Disebabkan notebook, keyboard tu dah macam komputer dekat cc. Owesome. Then, hari ini satu paper sudah habiss.. Yeaaaa, Alhamdulilah.. walaupun jawapan meraban yang diberikan. Insyallah usaha tangga kejayaan... Antara soalan yang ditanya adalah Nilai Univeral yang perlu dihayati untuk memupuk perpaduan. ????? so,memang takdop dalam buku Hubungan Etnik... Jadi jawapannya macamni ...!@#$%^&. Harap2 dapat markah. Markah apa pun tak kisah. Kecian ke.. janji ada markah. Okay, untuk paper

selamat pagi

sesiapa yang birthday dia hari ini. mesti best kan. sebab birthday dia disambut sekali dengan bunga- bunga api dan mercun.. 1/1 setiap tahun setiap kali tahun baru. Kalau aku ada kawan yang beranak hari ini confirm kena wakenabeb giler - giler punyer... tapi sayang setakat ni tak jumpa lagi.. Hehe.. So setiap tahun umur akan naik 1 tahun tapi secara biloginya tidak lah.. Hanya angka je yang berubah - ubah. Macam pembolehubah dah. Cuti semester cepatlah menjelma, selalunya apabila final datang memang menakutkan. Menghadap buku je kerjanya. tapi yang hairannya bukan 24 jam menghadap buku. Tidur lena makan kenyang mandi macam basah. Takut tu mesti tak kan pernah hilang sebab anda tidak berusaha bersungguh - sungguh. Hanya redho dan pasrah. Aku tak kata kat orang lain, aku pun sama dua kali lima jugak. Lumrah yang tidak boleh diketepikan, dah ada will baru boleh ubah. Insyaallah. Doakan aku dan semua yang dalam dilema peperiksaan akhir ini.. semoga berjaya menempuhinya. amin.