28 April, 2013

Si comel mamat dan minah

ni mamat, abang kepada minah. Hensem! 

tidur ala-ala udang yang dah masak. 


ni minah, suka sangat tidur kat tempat pelik-pelik


13 April, 2013

Wahh..

Assalamualaikum dan selamat berhujung minggu.. 

Hensem!! Sungguh indah ciptaan Allah s.w.t. Semalam tak sengaja tertengok muka iras-iras Zizan Razak depan 7 Eleven tapi muka dia macam pan asia sikit. Sepanjang pelajaran di Seri Iskandar ni aku dapat jumpa 2 orang kembar Zizan. Hehe. Matured sorang, pan asia sorang. Selalu je usha yang sorang ni, dia senior aku tapi jurusan lain, sama fakulti sebab selalu terserempak. Tapi semester ni tak da lah pula terserempak dengan dia, mungkin dah habis belajar. Mungkin. 


05 April, 2013

fitrah



Assalamualaikum dan selamat senja..

Bulan april sudah berkunjung tiba, maknanya genap sebulan aku berada di bumi perak. Alhamdulilah, hari ini aku sihat dan masih bertenaga untuk meneruskan sisa-sisa pembelajaran yang masih berbaki empat bulan. Lumrah belajar, mesti ada tekanan bila nak menyiapkan kerja sekolah yang diberi. Bukan senang nak menjana idea untuk menyiapkan laporan dan membuat kerja berkumpulan. Mesti bersungguh-sungguh. Kalau ada istilah cincai-cincai, markah dapat pun cincai-cincai juga lah. 

Kebiasaanya bila kita diberikan kejayaan, penghargaan, kekayaan dalam kehidupan kita. Ya, kita akan bersyukur. Bersyukur! Alhamdullilah. Tapi bagaimana jika kita diberikan kekurangan, kecacatan, ataupun kita selalu membuatkan orang terasa hati? Bagaimana? Adakah kita akan bersyukur? Jadikanlah kekurangan itu sebagai kekuatan. Setiap manusia dicipta dengan segala kelebihan dan kekurangan.Kalaulah masa boleh berputar kembali, mesti kita akan tidak mengulanginya. Mesti penyesalan berleluasa. Kenapa aku buat macam tu? Kenapa? Susah sangatkah nak menjaga hati orang? Adakah aku jahat sangat? Banyak persoalan bermain di fikiran. Kusut.

Kerana kekurangan itu, seringkali mengguris perasaan. Dalam sekelip mata, saat indah berkecai ibarat kaca terhempas ke lantai. Ibarat terkena penampar di pipi yang mulus. Bahkan menambahkan luka dan lara di jiwa. Berdosa ke sekiranya saat kita berkata-kata, dan kerana kata-kata itu membuatkan orang di sekeliling kita terasa. Walhal, apa yang sebenarnya dituturkan memang berbeza dengan apa yang dimaksudkan. Dan pertuturan itu difahami dengan maksud yang berbeda. Resah, perkara yang ditakuti berulang kembali. Ibarat menoreh bekas luka yang hampir sembuh tapi sudah berdarah kembali. Lumrah kehidupan, kerana mulut badan binasa. Hanya berserah kepada masa dan ketika untuk merubah diri yang sudah sedia maklum banyak kelemahan ini supaya tidak lagi mengguris mana-mana pihak. Semoga Allah memberi aku hidayah-Nya. 

Sesungguhnya, aku bukan nabi yang bersifat maksum. Sesungguhnya, aku bukan malaikat yang diperbuat daripada cahaya. Dan sesungguhnya aku hanyalah manusia biasa yang asalnya dari tanah dan yang sentiasa melakukan dosa. 
Satu sebab mengapa ikatan silaturahim tawar ibarat air teh o ais tanpa gula ialah kerana mulut. Ingatlah wahai diri, di akhirat kelak semua anggota badan akan bersuara kecuali mulut.