Skip to main content

Jangan pernah berubah.

Assalamualaikum.. ditujukan khas buat KAU

Pernah tak lepas satu benda kau gagal untuk buat , kau akan berubah. 'Ok, test seterusnya aku nak score'. Sebab apa ada niat nak score untuk test yang seterusnya sebab sebelum ni kau tak berjaya kan. Tak berjaya nak dapatkan apa yang diinginkan. Apakah punca kegagalan kau sebelum ni? Pernah selidik tak kenapa sebelum ni kau gagal? Aku tahu sebab apa aku gagal... sebab aku ego, aku rasa kepala otak aku dah cukup dengan ilmu, aku rasa aku dah meluangkan masa yang lama untuk itu. Kenyataanya, kau tidaklah meletakkan hati kau seratus peratus. Hati kau ke laut. Kau sibuk. Sibuk dengan benda lain. Kau banyak main dan kau tak serius nak belajar. Kau rasa benda yang kau buat ni hanya untuk lengkapkan sesuatu. Atau kau buat ini semua kerana terpaksa. Kau tak perasan mungkin perasaan ikhlas kau tu dibuat-buat. Mungkin.

Bila dah pasang niat untuk scor seterusnya, automatik kau akan belajar, membaca, mengingat dan menelaah dengan tekunnya. Kenapa kau berubah dalam masa yang singkat. Kerana kau sedar, kau sebenarnya dah tersasar dari matlamat kau yang azali iaitu untuk berjaya. Kenapa kau tak meneruskan perubahan itu sehingga hujung nyawa? Alah, kenapa nak teruskan aku cuma nak score je, aku nak orang pandang aku sebab aku berjaya. Kau memang tidak pernah bersyukur. Pernahkah kau berfikir kenapa Allah bagi kegagalan kepada kau. Itu adalah untuk menginsafkan kau. Supaya kau jangan pernah lupa pada-Nya. Kau perasan tak setiap penciptaan hidupan di muka bumi ni ada tujuan dan sama lah macam kau. Kau hadir di dunia ini sebagai pentadbir alam dan seharusnya kau ikhlas mentadbirnya. Jangan letakkan angan-angan tinggi di awan sedangkan tangan kau pendek untuk menggapainya. 

Kau sering alpa dan bergelak ketawa padahal banyak benda lagi yang kau belum siapkan. Membazir masa dengan benda yang tak bermanfaat itu adalah hobi kau. Kau sering lupa ibu dan ayah yang selalu risaukan kau yang jauh nun di perantauan. Harapan mereka agar kau berjaya dan gembira. Kau selalu cemburu dengan orang yang lebih daripada kau. Kau merasakn kau tidak sempurna. Kau cerminlah diri kau sebelum kau bandingkan dengan orang lain. Diri kau itu amat hina di sisi Allah dan pernahkah kau sedar. Aku menulis bukan kerana nama tapi kerana aku tahu kau adalah sebahagian daripada aku. Jikalau suatu hari nanti, kau berjaya, jangan pernah kau berubah kerana kelemahan yang kau ada adalah kekuatan bagi diri aku. 

Comments

Popular posts from this blog

rain from heaven

Kuantiti air ikut berat badan.

Hai kawan-kawan semua. Berapa liter air sehari anda minum. Segelas, dua gelas, tiga gelas or berbotol-botol. Baguslah kalau banyak minum air masak. Tapi cukupkah air yang korang minum dengan berat badan korang tu. 
Diketika ini, aku duduk menghadap komputer, ditelingaku tersumbat kemas telefon telinga, sambil menulis aku mendengar radio secara atas talian, semestinya radio yang memainkan lagu orang putih, iaitu terbang fm. hari ini maka tamatlah satu kertas peperiksaan yang membawa empat unit kredit jam, sangat besar kesannya kepada gred keputusan, alhamdulilah kalau diikutkan soalan itu adalah ringkas, kebiasaan nya jawapan kubagi semua cukup, diminta empat aku bagi lima, sahaja bertujuan untuk memenuhi buku jawapan, tidak elok membazir kertas, lagipun nanti kertas tu dibuang juga. .