Skip to main content

Bukan mudah untuk mudah.

Assalamulaikum dan selamat pagi..

7.5.2013, sudah dua hari selepas Pilihan Raya Umum ke-13 berlangsung. Maka sudah dua hari kedengaran pelbagai desus-desas mengenai keputusan PRU. Ada yang berpuas hati, ada yang tersenyum, ada yang sakit hati dan yang penting mesti ada tuduh-menuduh. Orang tu tuduh orang ni, orang ni tuduh orang nuh, orang nuh tuduh orang-orang. Orang-orang? 

Memang tak nak kaitkan diri dengan politik, walaupun politik tu memang penting kan. Mungkin suatu hari nanti, tapi bukan sekarang. Sekarang masa untuk berjuang. Berjuang dengan buku-buku, berjuang dengan hidup sebagai seorang pelajar, berjuang dengan duit untuk menampung pembelajaran dan berjuang ke jalan Illahi. Bukan mudah untuk jadi mudah. Bukan mudah untuk jadi susah. 

Hidup mesti ada tujuan. Kalau hidup tanpa tujuan ibarat menaiki bot di tengah lautan tanpa ada tempat untuk dituju, hanya terumbang-ambing dipukul ombak. Manusia suka hidup tanpa tujuan dan oleh sebab itu mereka selalu rugi. Rugi kerana ditinggalkan masa. Rugi kerana tujuan semata-mata untuk hidup di dunia. Mencari kemewahan berbakul-bakul. Mencari pasangan yang mempunyai segalanya, cukup lengkap dengan ciri-ciri yang diidami. 

Jangan! Jangan sesekali menyalahi sesiapa di atas kegagalan sendiri. "Aku sudah usaha, redho je lah." Seringkali ayat itu diungkapkan dan seringkali aku mendengar ungkapan itu. Aku pun sudah usaha. Usaha bagaimana yang kamu maksudkan? Usaha dengan menelaah sebuah buku tanpa meminta pertolongan yang Maha Esa. Atau usaha semata-mata hanya dengan meminta kepada-Nya. Bukan mudah untuk menjadi mudah. Hidup hanya sekali, bukan bermakna kita perlu hidup dengan perkara yang sia-sia. 

Comments

Popular posts from this blog

rain from heaven

Kuantiti air ikut berat badan.

Hai kawan-kawan semua. Berapa liter air sehari anda minum. Segelas, dua gelas, tiga gelas or berbotol-botol. Baguslah kalau banyak minum air masak. Tapi cukupkah air yang korang minum dengan berat badan korang tu. 
Diketika ini, aku duduk menghadap komputer, ditelingaku tersumbat kemas telefon telinga, sambil menulis aku mendengar radio secara atas talian, semestinya radio yang memainkan lagu orang putih, iaitu terbang fm. hari ini maka tamatlah satu kertas peperiksaan yang membawa empat unit kredit jam, sangat besar kesannya kepada gred keputusan, alhamdulilah kalau diikutkan soalan itu adalah ringkas, kebiasaan nya jawapan kubagi semua cukup, diminta empat aku bagi lima, sahaja bertujuan untuk memenuhi buku jawapan, tidak elok membazir kertas, lagipun nanti kertas tu dibuang juga. .