Skip to main content

Hentikan pemanasan global!

Assalamualaikum dan salam perak amanjaya. 

Aku bukan orang Perak. Noted. Mintak maaflah ye. Taknak lah ada kena-mengena dengan perak lepas ni. Yelah panas kat perak ni lain macam. Lagi-lagi kalau menginjak pukul 11.59 tengahari. Kalau duduk dalam kereta, nampak haba atas jalan raya. Macam duduk dalam oven dah. Haiish. Sebab tu ramai student perak tak keluar rumah, takut panas agaknya haha.

Lokasi aku sekarang di seri iskandar. Bandar Seri Iskandar. Dah membangun nampaknya. Macdonald drive-thru dah ada. Lepas tu Billion pulak masih dalam pembinaan. Dah 80 peratus siap. Nanti lepas aku graduation, confirm dah bukak. Memanglah bandar seri iskandar akan membangun, tapi cuaca panas mungkin akan lebih mengganas... pada firasat aku, cuaca panas di perak ni lain macam sebabnya pokok takde! Seriuslah, habis semua pokok-pokok besar ditebang semata-mata nak buat bangunan yang ala-ala perniagaan camtu. Padahal kat seri iskandar, dah banyak bangunan yang terbiar, setakat pemerhatian aku duduk kat seri iskandar. Dah 2 tahun. Lama kan,tu pun selepas tolak cuti mid-sem, cuti wesak, cuti semester.. Semakin banyak bangunan nak dibina . Bukak je semester baru, tengok ada bangunan baru dengan sign board baru. Hah, dah kurang 1 lagi pokok takda. Takutnyaaaaaaa, nanti pokok takdaa. Kat mana nak berteduh.. Macam mana ye seri iskandar 10 tahun akan datang. Orang pun bukannya shopping sangat kat kedai yang baru dibukak kecuali dekat kedai rahmat tu, macam-macam ado. 

Kalau dalam Uitm seri iskandar, petang- petang berkeliaranlah penghuni pokok-pokok tu. Monyet dan ungka. Monyet-monyet ni memang terkenal di kalangan pelajar uitm. Mana taknya aku pun pernah kena kejar dengan bos dia. Menakutkan, nasib baik sempat lari. Kalau tak, naya.. Syukur alhamdulillah dalam uitm masih banyak pokok-pokok. Jangan tebang lagi pokok, nanti kaum-kaum monyet hilang tempat tinggal. Kesian kat depa... 

Hah, sebab panas sangat duduk kat seri iskandar kan boleh menyebabkan pelbagai emosi yang tak stabil. Contohnya tekanan, demam, pening kepala dan yang penting muka jadi burn. Kalau lagi lama duduk kat perak ni, agak-agak boleh bertukar kulit tak? Wah, menakutkan. Kalau hari-hari panas macam ni mungkin bumi dalam bahaya. Pemanasan global akan berlaku dan mungkin akan menyebabkan bumi jadi bebola api. Mungkin si matahari bertambah galak dan menutupi awam yang kebiasaanya menyebabkan bumi sejuk. Cheeh, dah macam sainstis kan, walhal cuma pengamal human resource je. Kalau boleh tukarlah bidang. haha. 

Nasihat aku, jagalah bumi supaya bebas dari pemanasan yang terlampau. Untuk generasi akan datang jugak kan khususnya bagi anak-anak yang asalnya dari Perak. Yeppii. 


Comments

Popular posts from this blog

rain from heaven

Kuantiti air ikut berat badan.

Hai kawan-kawan semua. Berapa liter air sehari anda minum. Segelas, dua gelas, tiga gelas or berbotol-botol. Baguslah kalau banyak minum air masak. Tapi cukupkah air yang korang minum dengan berat badan korang tu. 
Diketika ini, aku duduk menghadap komputer, ditelingaku tersumbat kemas telefon telinga, sambil menulis aku mendengar radio secara atas talian, semestinya radio yang memainkan lagu orang putih, iaitu terbang fm. hari ini maka tamatlah satu kertas peperiksaan yang membawa empat unit kredit jam, sangat besar kesannya kepada gred keputusan, alhamdulilah kalau diikutkan soalan itu adalah ringkas, kebiasaan nya jawapan kubagi semua cukup, diminta empat aku bagi lima, sahaja bertujuan untuk memenuhi buku jawapan, tidak elok membazir kertas, lagipun nanti kertas tu dibuang juga. .