27 March, 2014

Majlis Kahwin in 8 hours

Assalamualaikum, Hebat mung.. 
Episod 1
Aku baru je lepas habis induksi. Tempat induksi ni dekat Lembah Azwen, Hulu Klang. Nice je tempat die. Ada kolam mandi, kayak, titi gantung dan sangkar haiwan yang kosong. Rasanya pengalam masa induksi ni hebat lah. Sebab apa, kami seramai 120 orang pelajar baru pasca siswazah diberi tugasan atau orang putih cakap assignment. Assignment buat Majlis Kahwin. Memang kenduri betul punyer. Pengantin, pengapit hantaran, rewang, pelamin, red carpet, mak andam, pengacara sporting, kek, semua ada. Kami semua seramai 120 orang dapat buat Majlis Kahwin dalam masa 8 jam. Korang percaya ke. Fasi kami bagi tugasan tu pukul 11 pagi, sebelum pkul 8 malam, fasi kami nak tengok semua siap. Gila kan. Happening ni. Nasib semua dah tua dan agak berkaliber.. maklumlah semua tahap manager, bapak orang, mak orang. Sape expect kan. Aku nga budak fresh graduate je lah terhangguk hangguk je. Nasib baik kami ni kategori follower yang positif. Sebab tu lah berjalan lancar majlis kahwin tu. Hehe.

Bersambung.......