Skip to main content

Trip kami

Assalamualaikum.....dan salam hari gembira

Ye.. agak lama dah tak buka blog. Hilang semua idea untuk menulis.. Haaa.. sempena dah last semester kami belajar di perak ni.. Kami pun pergi trip. Ke mana?? Lost World of Tambun. Ok,malas nak cerita panjang,tengok gambar je lah sepanjang kami berada di sana. :D









Haa,mesti nak tahu berapa tiket masuk kan. Bagi yang tak pernah pergi lah kan. Yang dah pergi tu, shut your mouth,sebab biar aku yang bagitahu hahahaha. Just kidding. Tiket masuk bagi dewasa cuma 45 je, bagi kanak-kanak 38 kot, tak ingat pulak.. sebab aku bukan kategori kanak-kanak.! 

Kalau kamu nak datang ke sini, dinasihatkan pakai legging. Sebab apa nanti tak boleh naik gelongsor air tu. Aku pergi sana pakai seluar track jadi memang kempunan nak naik gelongsor tu. Demn. Tak puas hati lah kan sebab tak dapat buat semua aktiviti kat sana. Bila lah nak pergi lagi.. 10 tahun akan datang agaknya.. 

Jadi sesiapa yang memang takut kat air tu dinasihatkan tak pergilah sebab nanti rugi bayar mahal mahal. Kat situ kan tempat permainan air. Hehe. Betul bukan aku nak main-main. Satu lagi, makanan kat situ memang superb mahal. Bayangkan air mineral tu 3 hinggit. Silap tak payah bayangkan, dah kenyataan pun. Jadi kalau nak pergi tambun ni kena sedia duit banyak-banyak..

Dan kepada ibu yang ada anak, tolong jangan abaikan anak anda di tambun especially dalam kolam renang tu. Sebab depan mata aku budak tu hampir lemas. Nasib baik tak da apa-apa. Life guard tu nampak macam  tak endahkan budak yang hampir lemas tu, kenapa nak mengharapkan visitor pulak yang selamatkan kan? Makan gaji buta ke? Ahh, tak kisahlah janji bahagia. Jadi inilah trip semester 5 kami di perak. Nice!!

Comments

Popular posts from this blog

rain from heaven

Kuantiti air ikut berat badan.

Hai kawan-kawan semua. Berapa liter air sehari anda minum. Segelas, dua gelas, tiga gelas or berbotol-botol. Baguslah kalau banyak minum air masak. Tapi cukupkah air yang korang minum dengan berat badan korang tu. 
Diketika ini, aku duduk menghadap komputer, ditelingaku tersumbat kemas telefon telinga, sambil menulis aku mendengar radio secara atas talian, semestinya radio yang memainkan lagu orang putih, iaitu terbang fm. hari ini maka tamatlah satu kertas peperiksaan yang membawa empat unit kredit jam, sangat besar kesannya kepada gred keputusan, alhamdulilah kalau diikutkan soalan itu adalah ringkas, kebiasaan nya jawapan kubagi semua cukup, diminta empat aku bagi lima, sahaja bertujuan untuk memenuhi buku jawapan, tidak elok membazir kertas, lagipun nanti kertas tu dibuang juga. .