Skip to main content

Posts

Showing posts from May, 2013

Jangan pernah berubah.

Assalamualaikum.. ditujukan khas buat KAU Pernah tak lepas satu benda kau gagal untuk buat , kau akan berubah. 'Ok, test seterusnya aku nak score'. Sebab apa ada niat nak score untuk test yang seterusnya sebab sebelum ni kau tak berjaya kan. Tak berjaya nak dapatkan apa yang diinginkan. Apakah punca kegagalan kau sebelum ni? Pernah selidik tak kenapa sebelum ni kau gagal? Aku tahu sebab apa aku gagal... sebab aku ego, aku rasa kepala otak aku dah cukup dengan ilmu, aku rasa aku dah meluangkan masa yang lama untuk itu. Kenyataanya, kau tidaklah meletakkan hati kau seratus peratus. Hati kau ke laut. Kau sibuk. Sibuk dengan benda lain. Kau banyak main dan kau tak serius nak belajar. Kau rasa benda yang kau buat ni hanya untuk lengkapkan sesuatu. Atau kau buat ini semua kerana terpaksa. Kau tak perasan mungkin perasaan ikhlas kau tu dibuat-buat. Mungkin. Bila dah pasang niat untuk scor seterusnya, automatik kau akan belajar, membaca, mengingat dan menelaah dengan tekunnya.

Bukan mudah untuk mudah.

Assalamulaikum dan selamat pagi.. 7.5.2013, sudah dua hari selepas Pilihan Raya Umum ke-13 berlangsung. Maka sudah dua hari kedengaran pelbagai desus-desas mengenai keputusan PRU. Ada yang berpuas hati, ada yang tersenyum, ada yang sakit hati dan yang penting mesti ada tuduh-menuduh. Orang tu tuduh orang ni, orang ni tuduh orang nuh, orang nuh tuduh orang-orang. Orang-orang?  Memang tak nak kaitkan diri dengan politik, walaupun politik tu memang penting kan. Mungkin suatu hari nanti, tapi bukan sekarang. Sekarang masa untuk berjuang. Berjuang dengan buku-buku, berjuang dengan hidup sebagai seorang pelajar, berjuang dengan duit untuk menampung pembelajaran dan berjuang ke jalan Illahi. Bukan mudah untuk jadi mudah. Bukan mudah untuk jadi susah.  Hidup mesti ada tujuan. Kalau hidup tanpa tujuan ibarat menaiki bot di tengah lautan tanpa ada tempat untuk dituju, hanya terumbang-ambing dipukul ombak. Manusia suka hidup tanpa tujuan dan oleh sebab itu mereka selalu rugi. Rugi ke