Skip to main content

Semalam

Assalamulaikum dan salam sejahtera...

Huh. semalam hari yang paling letih dalam bulan Febuari! Kenapa? Sebab pagi semalam memang borink giler nak mampus, tak tahu nak gerak ke mana walau seinci. Lagipun rumah ini kecik dan sempit. Haa macam ni  [...... o.o ......]
Lepas tu pukul 2, selepas usai solat zohor, aku dengan budak kecik ni (my nephew) disuruh pergi shopping baju - -''. Pergi shopping pun kena suruh-suruh ke? :o. Yang bestnya duit shopping di taja okay. heh RM100 je. Banyak apa. Susah nak dapat duit free lagi-lagi untuk shopping... ya beda beduuuu..
Aku shopping di Megamall, Kuantan je, kalau ada je tu maksudnya low kelas ke ape? Eh, xdelah high kelas kot sebab sepasang baju 50 henggit. :S Mahal nak mampus. First masuk kedai belek harga dulu, buat muka seposen, dah tengok harga mahal gedabak macam gerabak kereta api, then blah la.. Hehe, biaselah tu untuk orang biasa macam aku ni.. Hurmm
Time shopping2 cuci mata tu, bingit telinga aku ni haa. Ada orang cina mana entah, artis kot yang menyanyi sempena Tahun Baru Cina. Walaupun tak paham tapi rentak lagu tu boleh la tahan, sampai kepala pun terhangguk2. Kikiki. Pastu ramai pulak orang yang tengok tu especially Malays termasuk aku dan my nephew.. Dah abis shopping masa untuk balik.. Punya lama nak tunggu ayah si nephew ni datang ambil. Mungkin jammed kot kat tengah jalan tu maklumlah kan hari cuti. Paham paham lah yer, chinese new year lak tu.. <<bak kata si nephew. masa ni si nephew ada kat sebelah aku tengah ratah Milo tabur yang dia buat sendiri..

Dah habis shopping, dalam 6.30 petang. Tergesa-gesa aku ambil wudhuk dan menunaikan solat asar. Alhamdulilah nasib baik sempat walaupun dah agak lambat.. Malam tu masa terlapang diisi jugak dengan mendengar ceramah dari Ustaz Azhar Idrus dan Imam muda. Kat Stadium Darul Makmur. Ramai giler orang, macam ikan sardin dalam tin mencecah 100,000 orang. Yang aku nampak semuanya pakai kopiah dan berbaju melayu. Hensem2 gitu, tapi tak dapat nak cuci mata sebab gelap. Kelam kabut nak cari tempat duduk, kejap kat atas kejap kat bawah. Ada yang semangat sangat sampai menjerit-jerit.. oooo macamlah tengok konsert awie, semua ini poyo.. Ceh..
Tengah syok dengar ustaz beleber (membebel) hujan pulak. Habis separuh orang ramai bergesa-gesa keluar meninggalkan stadium. Kakak cakap hujan tu sebab ustaz ada mengata kat orang. Betul atau tidak wallahhualam.

Lepas tu, hujan rintik-rintik je. Kami (si nephew punyer family) pergi TelOk Cempedak a.k.a TC. Kami melepak dekat kedai Tree Under sambil makan kerepok lekor yang tak sesedap mana tu,... Lepas tu order teh tarik panas memang terangkat. Aku minum tea bin je, si nephew tu melantak makan kerepok lekor banyak giler. kat kedai tu aku nampak ramai mamat yang hensem tapi diorang hisap sisha plak errrr..... berdosa tau tak? jangan ikut perangai diorang tau sape yang bace.aku nak rejek semua mamat yang dekat Telok Cempedak! lepas tu kami gi jalan -jalan terjumpa lak kedai buat gelang yang tulis name tu. si nephew tu buat la gelang nama dia. Aku malas nak buat sebab dah ada. Teruk betul orang yang ada kat TC ni. Sebab dieowg pakai pakaian yang cekci giler, sampai aku sendiri pun tengok tak kelip mata. Lagi satu banyak bukan muhrim yang duk pegang-pegang, peluk-peluk itu ini.. Ape-ape jelah. Maksiat berleluasa. Sepatutnya diewog nie kena di pantau sikit. Tak de lah teruk sangat cengitu. Majoritinya orang melayu, malu! malu! iskk... Ok malas lah nak cerita lebih-lebih. Kan aibkan orang pulak dan suka buat gosip.. Itu cuma pandangan aku je. Sapa yang terasa pandai-pandailah~

Oklah,itu saja. Bai~

Comments

Popular posts from this blog

rain from heaven

Kuantiti air ikut berat badan.

Hai kawan-kawan semua. Berapa liter air sehari anda minum. Segelas, dua gelas, tiga gelas or berbotol-botol. Baguslah kalau banyak minum air masak. Tapi cukupkah air yang korang minum dengan berat badan korang tu. 
Diketika ini, aku duduk menghadap komputer, ditelingaku tersumbat kemas telefon telinga, sambil menulis aku mendengar radio secara atas talian, semestinya radio yang memainkan lagu orang putih, iaitu terbang fm. hari ini maka tamatlah satu kertas peperiksaan yang membawa empat unit kredit jam, sangat besar kesannya kepada gred keputusan, alhamdulilah kalau diikutkan soalan itu adalah ringkas, kebiasaan nya jawapan kubagi semua cukup, diminta empat aku bagi lima, sahaja bertujuan untuk memenuhi buku jawapan, tidak elok membazir kertas, lagipun nanti kertas tu dibuang juga. .