12 February, 2013

Apa Kabar

Assalamualaikum dan selamat petang....

Baru sudah makan. Lega rasanya bila perut dah diisi. Takde lah dia meragam-ragam mintak nasi. Aku pelik time cuti ni tabiat aku ialan bangun awal. Pukul 6 dan apa yang mengejutkan adalah lepas bangun dan solat subuh, aku tak sambung tidur tapi aku baca buku. Buku apa? Buku Lawak kampus yang tebal tu.. Memang buang tabiat kan. Pepagi hari baca buku lawak..

Hari ni penat sangat. Nak tahu kenapa? Sebab hari ini kerja mendesign bilik my nephew. Dari katil single tu kepada katil Queen. Cantik bilik my nephew, cat kaler ungu.. Nampak macam moden je dari sebelum ni. Apa yang memenatkan adalah bila time nak angkat katil queen tu naik tingkat atas. Memang berat nak mampus. Mungkin kalau orang lain yang badan kecik tu,confirm-confirm tak larat nak usung 2 orang je. Nasib baik aku dah ada ilmu taekwando. Jadi setakat angkat tu boleh la tahan. Macam cakap besar lah plak.. ishk2..

Aku rasa mesti semua member tengah cuak menunggu result kan. Lagi 3 hari result keluar. Aku tak tahu apa keputusannya. Berdebar pun tidak. Mungkin sebab aku pasrah dan redho dengan apa jua result aku bakal terima nanti. Insha allah okay, usaha sudah.. Sebenarnya aku bukanlah jenis orang yang excited bagai nak tengok result tu.. Just suam-suam kuku je.. Member-member yang satu universiti dengan aku ni, time cuti camni memang senyap 100%. Mungkin mereka sibuk menguruskan hal ehwal rumah tangga mereka sendiri. Ataupun mungkin mereka bekerja. Aku agak-agak je. Mungkin, apa-apa pun boleh.

Rindu dengan member-member. Tapi nak buat macam mana dah memang macam tu. Asal cuti je silent.. Terbaikk. Jadi kawan-kawan yang mengenali aku, i miss you.. :)

1 comment:

Mul-an said...

samalah rindu sgat dengan rakan2..mmg da jadi adat..kalu cuti sem seakan terputus talian persahabatan...huhu