Skip to main content

Posts

Showing posts from January, 2013

Bersin

Euww..  muka aku akan berubah apabila orang di sekeliling aku bersin. Hacum! Hacum!. Sejak dulu lagi aku tak suka orang lain bersin bila aku ada berdekatan. Okay, memang aku kaki pembersih. Kena label sampai macam tu sekali. Semua adik beradik aku kena marah tiap kali dieorang bersin tak tutup hidung. Mungkin bakteria dari bersin tu akan berjangkit pulak, bakteria tu kecik kot manalah nak nampak kalau dia melompat-lompat... Hah, ni wikipedia punya Bersin.. Bersin merupakan pengeluaran udara yang bergelora, separa automatik dari paru-paru melalui hidung dan mulut. Ia biasanya disebabkan kehadiran zarah asing yang mengganggu mukosa hidung. Bersin juga boleh dicetus melalui pendedahan mengejut kepada cahaya terang, perut yang agak penuh, atau jangkitan virus, dan boleh mendorong kepada penyebaran penyakit...bla bla Sesiapa yang bersin hendaklah menyebut ‘Alhamdulillah’ dan berkatalah mereka yang berada di sisinya ‘Yarhamukallah’. Inilah salah satu antara hak orang Islam terha

Life go on..

Assalamualaikum........ dan selamat pagi... Buat pengetahuan semua, bumi dipijak adalah bukan kampung aku. Ianya di Kuantan. Sudah seminggu berlalu cuti semester kali ini tanpa ada apa apa berita yang err... yang menarik untuk dikongsikan. Cuma hari ini menandakan cuti aku bakal di isi dengan benda yang bermanfaat dan menguntungkan. Untung? Manfaat? Bukan, aku tidak sama sekali join ahlong, terus jadi sebahagian macam skim cepat kaya.. Memang tak lah nak join. So scary. Sebenarnya aku cuma berada di dalam alam asuhan kanak kanak ribena. Iaitu jadi Bibiik. - -' Maafkan aku, menakutkan kalau sebut 'bibik' ni, sebabnya mesti first impression orang-orang di luar sana agak teruk. Bibik <<< merujuk kepada domestic servant atau maid dalam bahasanya adalah orang yang brgaji. hihi Ini kerja halal ok, Alhamdulillah. Seumur hidup aku tak pernah niat nak buat kerja haram.Uwaa, emo sikit.. Lagipun bolehlah aku berlatih untuk menjadi ibu. Pada masa akan datang. Inshaalla

Akhirnya..

Jadi dah penat lelah menelaah, membuat nota, bersengkang mata siang dan malam menghadap buku. Habis semua kertas dicontengnya. Tak sah kalau tak conteng, itu demi menghadapi peperiksaan. Aku berjaya. Aku berjaya kerana dapat berjuang sehingga ke penamatnya..   Juga sekalung ucapan tahniah kepada sahabat yang berjaya menamatkan peperiksaan ini. Trend zaman sekarang, lepas habis paper maka status di FB atau twitteer adalah penting untuk menunjukkan rasa hati. Samada suka marah sedih gembira dan macam macam face lagi. hah, ini dia tak percaya rasanya aku dah study semua buku yang bersaiz agar tebal selama 2 minggu. bayangkanlah macam mana jadinya. Hehe. Tapi itu semua telah berlalu dan semoga semuanya berjalan lancar.     Jadi kalau exam kertas memang colourful. Ada purplee, pink dan macam macam. Ada orang cakap kalau kaler paper tu jernih makna kata senangla. Kadang kadang betul.. Kadang kadang idak lah. tengoklah ni kalau tak percaya.. Jadi meman
tadi saya tengok WHI.. Datuk Fadhilah Kamsah cakap kalau orang lelaki merajuk biarkan dia. berikan dia masa untuk merajuk. kikiki tapi kalau perempuan merajuk mesti pujuk.....so......... Begitulah citanya...

Menulis tak henti henti

bagaimana keadaan jari jemari runcing aku kalau asyik tak berhenti menulis. adakah memberi kesan nanti. Wah takutnya. masalahnya menulis saja yang akan membuatkan aku yakin. Kalau tak menulis atau menconteng self efficacy diri aku amat sederhana. Memang habis dakwat semua alatan tulis aku sebab aku menulis tak berhenti. Lagi kalau subjek killer macam tu memang semakin banyak kertas A4 atau kertas conteng akan aku conteng conteng. Conteng bukan benda sia sia , benda berfaedah kan untuk belajaran. Aku rasa tangan aku macam dah kelihatan muscle muscle yang agak seksi. Auu.. muscle dekat jari lah. Haish nanti nak sarung cincin mintak mintak muat. kalaulah tangan aku kidal mesti bertimbun timbun kertas. Hee. Menulis banyak banyak mestikan masuk dalam otak ye. Usaha tangga kejayaan. Korang yang style study tak menulis untungla, terutamanya girl mesti jari runcing kan. Jaga ye jari anda, nasihat ikhlas dari aku, Kaki Menulis nota Buat nota dah macam salin buku teks yang tebalnya 6OO muka

musim peperiksaan

hari ni dah khatam satu paper.. Hubungan Etnik.. Disebabkan semua nota ada dalam laptop jadi study melalui laptop jee lah. Tapi masalahnya keyboard laptop rosak. Tak boleh nak tekan ENTER. Memang amat susah kalau enter tak jadik. Nak komen Fb pun tak jadi. Sebab sekarang semua nak main enter enter je.  Jadi solution kepada it adalah............... tapi walaupun keadaan laptop cengitu tetapi niat murni untuk belajar harus diteruskan. Jadi alternativenya cepat2 g beli keybooard mini. kikiki.. Disebabkan notebook, keyboard tu dah macam komputer dekat cc. Owesome. Then, hari ini satu paper sudah habiss.. Yeaaaa, Alhamdulilah.. walaupun jawapan meraban yang diberikan. Insyallah usaha tangga kejayaan... Antara soalan yang ditanya adalah Nilai Univeral yang perlu dihayati untuk memupuk perpaduan. ????? so,memang takdop dalam buku Hubungan Etnik... Jadi jawapannya macamni ...!@#$%^&. Harap2 dapat markah. Markah apa pun tak kisah. Kecian ke.. janji ada markah. Okay, untuk paper

selamat pagi

sesiapa yang birthday dia hari ini. mesti best kan. sebab birthday dia disambut sekali dengan bunga- bunga api dan mercun.. 1/1 setiap tahun setiap kali tahun baru. Kalau aku ada kawan yang beranak hari ini confirm kena wakenabeb giler - giler punyer... tapi sayang setakat ni tak jumpa lagi.. Hehe.. So setiap tahun umur akan naik 1 tahun tapi secara biloginya tidak lah.. Hanya angka je yang berubah - ubah. Macam pembolehubah dah. Cuti semester cepatlah menjelma, selalunya apabila final datang memang menakutkan. Menghadap buku je kerjanya. tapi yang hairannya bukan 24 jam menghadap buku. Tidur lena makan kenyang mandi macam basah. Takut tu mesti tak kan pernah hilang sebab anda tidak berusaha bersungguh - sungguh. Hanya redho dan pasrah. Aku tak kata kat orang lain, aku pun sama dua kali lima jugak. Lumrah yang tidak boleh diketepikan, dah ada will baru boleh ubah. Insyaallah. Doakan aku dan semua yang dalam dilema peperiksaan akhir ini.. semoga berjaya menempuhinya. amin.