Skip to main content

Bersin

Euww..  muka aku akan berubah apabila orang di sekeliling aku bersin. Hacum! Hacum!. Sejak dulu lagi aku tak suka orang lain bersin bila aku ada berdekatan. Okay, memang aku kaki pembersih. Kena label sampai macam tu sekali. Semua adik beradik aku kena marah tiap kali dieorang bersin tak tutup hidung. Mungkin bakteria dari bersin tu akan berjangkit pulak, bakteria tu kecik kot manalah nak nampak kalau dia melompat-lompat...

Hah, ni wikipedia punya Bersin..Bersin merupakan pengeluaran udara yang bergelora, separa automatik dari paru-paru melalui hidung dan mulut. Ia biasanya disebabkan kehadiran zarah asing yang mengganggu mukosa hidung. Bersin juga boleh dicetus melalui pendedahan mengejut kepada cahaya terang, perut yang agak penuh, atau jangkitan virus, dan boleh mendorong kepada penyebaran penyakit...bla bla

Sesiapa yang bersin hendaklah menyebut ‘Alhamdulillah’ dan berkatalah mereka yang berada di sisinya ‘Yarhamukallah’. Inilah salah satu antara hak orang Islam terhadap saudaranya yang lain (mendoakan ketika bersin). – Hadis riwayat Aishad dari Abi Ya’la

Sabda Baginda SAW: “Sesiapa yang bersin, hendaklah meletakkan tangannya di mulut dan merendahkan suaranya.” (Hadis riwayat Abu Daud dan Tirmizi).

Jadi kawan-kawan setiap perkara yang berlaku baik sengaja atau tak mempunyai makna dan hikmah disebaliknya.. Inshaallah selepas ini aku akan mendoakan sesiapa yang bersin. No more berubah muka or sensitif sangat. Belajar dari kesilapan. Muhasabah diri sendiri.

Comments

Popular posts from this blog

rain from heaven

Kuantiti air ikut berat badan.

Hai kawan-kawan semua. Berapa liter air sehari anda minum. Segelas, dua gelas, tiga gelas or berbotol-botol. Baguslah kalau banyak minum air masak. Tapi cukupkah air yang korang minum dengan berat badan korang tu. 
Diketika ini, aku duduk menghadap komputer, ditelingaku tersumbat kemas telefon telinga, sambil menulis aku mendengar radio secara atas talian, semestinya radio yang memainkan lagu orang putih, iaitu terbang fm. hari ini maka tamatlah satu kertas peperiksaan yang membawa empat unit kredit jam, sangat besar kesannya kepada gred keputusan, alhamdulilah kalau diikutkan soalan itu adalah ringkas, kebiasaan nya jawapan kubagi semua cukup, diminta empat aku bagi lima, sahaja bertujuan untuk memenuhi buku jawapan, tidak elok membazir kertas, lagipun nanti kertas tu dibuang juga. .