Skip to main content

UPSR

Assalamualaikum...

Bangun tidur, cepat-cepat mandi dan sarapan. Hari ni keputusan peperiksaan UPSR akan diumumkan. Bila-bila masa sahaja. Tak sabar rasanya nak tengok keputusan UPSR. Jam menunjukkan pukul 9.00 pagi. Aku duduk bersila menghadap komputer. Jari jemari meniti laju atas keyboard. Aku mencari alternatif lain untuk mengetahui keputusan UPSR. Yea, aku berjaya menggunakan alternatif lain melalui laman web Sistem Analisi Peperiksaan Sekolah. Disini http://sapsnkra.moe.gov.my/ibubapa2/index.php
Hampa, kerana sistem hanya menyediakan slip peperiksaan hingga percubaan UPSR sahaja. Keputusan hari ni belum officially dikeluarkan. Aku menunggu. Jam menunjukkan pukul 9.30pagi. Aku mendail telefon nombor Ayah. Ayah, buat apa? Ayah jawab (ada kat rumah lagi, kejap lagi baru nak ke sekolah). Oh okay, ayah..jap lagi kakak telefon balik. Risau, bila keputusan UPSR akan diketahui. Curiga. 

Sejenak berfikir. Tadi matlamat aku untuk menyiapkan jurnal kritik tapi sebab keputusan UPSR belum lagi diketahui, kerja aku terhenti. Ibarat menunggu lampu isyarat bertukar ke warna hijau. Banyak bende aku buat untuk lengahkan masa, sapu kaya pada roti, makan roti itu, jerang air panas, bancuh secawan malt coklat, dan menunggu. Aku juga sempat mengrelod prepaid telefon aku dan adikku melalui banking online. Masih sama. Tiada jawapan kepada keputusan UPSR lagi. Jam menunjukkan pukul 10.40 pagi. Tiada tanda-tanda panggilan telefon akan masuk. Kerja kerja sekolah banyak terbengkalai. Aku masih setia menunggu. Beeps, beeps.... telefon bergetar. Hmm, mesej whatapp yang masuk. Ok,fine. Aku berdebar. Curious ingin tahu.

UPSR oh UPSR. Sebenarnya adik kesayangan aku yang menunggu keputusannya. Aku turut sama menunggu sebab kalau ada rezeki dia dapat apa yang dia target, means aku yang rugi. Rugi sebab aku kena belikan dia hadiah. Alahai.. Mesti hari - hari dia hantar mesej, miskoll mintak hadiah.. Tapi apa - apapun, Tahniah dan semoga maju jaya adik. Sayang adik selalu.

Comments

Popular posts from this blog

rain from heaven

Kuantiti air ikut berat badan.

Hai kawan-kawan semua. Berapa liter air sehari anda minum. Segelas, dua gelas, tiga gelas or berbotol-botol. Baguslah kalau banyak minum air masak. Tapi cukupkah air yang korang minum dengan berat badan korang tu.