Skip to main content

Otitis Media 3

Assalamualaikum dan salam isnin.

arggh, cuti hujung minggu sudah berakhir. Maknanya petang ni ada kelas Mis. Malas sgt rasa nak pergi kelas petang petang ni. Kalau ikutkan hati, memang tak nak pergi. Tapi, always bear in mind. tanggungjawab saya adalah belajar. So, jangan lupa. Tak sabar nak habis belajar dan ada kerjaya pula. Lagi 7 bulan. Cant wait.

Berbalik kepada penyakit otitis media. Sebenarnya, selepas follow up yang  ke empat, Alhamdulilah, telinga saya dah kembali elok. Oksigen dah berjaya masuk ke dalam telinga. Secara routine, saya perlu menitiskan ubat titis CANDID*. tiga kali sehari sebanyak 4 titis. Ubat titis ni tujuan dia adalah untuk mencegah fungus daripada hidup kembali. Lagipun doktor cakap, elakkan telinga masuk air. Time mandi, you kena pakai earplug. Jadinya, saya ke Guardian untuk membeli earplug. Harganya cuma RM2.50. Yang mahal sikit harganya RM14. Masa mandi, kena sumbat telinga dengan earplug tu, untuk mengelakkan air masuk. Kan aktif pulak bakteria dalam telinga tu,kalau air masuk.

Untuk pengetahuan, semasa follow up tu, nurse sedut telinga tau. Dia cakap keliling telinga dalam awak dah banyak nanah tebal dan melekat, macam palque kat gigi tu. Dia berjaya buang separuh je. Yang kebal kat daging telinga tu susah nak buang. Kena jumpa dia lagi. Sebenarnya benda alah tu yang menutup pendengaran saya. Sebab tu tak dengar. Selepas nurse buat treatment, dah lega. Tapi pening sikit sebab oksigen start masuk kan. Almaklumlah seminggu oksigen tak melalui telinga saya ni.

jadi, setakat ni kita tunggu dah lihat apa yang akan terjadi. Insyaallah. Everything will be fine.

Comments

Popular posts from this blog

rain from heaven

Kuantiti air ikut berat badan.

Hai kawan-kawan semua. Berapa liter air sehari anda minum. Segelas, dua gelas, tiga gelas or berbotol-botol. Baguslah kalau banyak minum air masak. Tapi cukupkah air yang korang minum dengan berat badan korang tu.