Skip to main content
Assalam, kelas hari ni cancel sebab madam ada mc, madam ada meeting. Bla bla bla. Risaulah plak sebab banyak kali dah kelas batal. Dah minggu ke-3 tapi assignment langsung takde. Apatah lagi presentation.  Lagi satu sebab banyak kelas batal mesti ada replacement kelas kan. Fuhh. Semester yang agak mencabar tambahan lagi subjek yang agak sukar. Dan lecterur yang agak sibuk.

Ok, nampaknya permintaan aku untuk ada assignment sudah tercapai. Banyak plak assignment aku dapat, subjek Hubungan etnik dan employment act. Due date dua-dua asignment akhir bulan ini. Markah assignment ditentukan oleh diri-sendiri, so nak dapat markah tinggi kena usaha.

Apa-apapun aku harap aku dapat mengharungi semester ini dengan jayanya dan baik. Insyallah. Jika ada kemahuan disitu ada jalan. Dan buat semua kawan-kawan, housemate, semoga berjaya dalam apa saja yang anda ceburi. Wish me luck ok. :D

Comments

Mul-an said…
insyaallah kita sama2 berusaha..

Popular posts from this blog

rain from heaven

Kuantiti air ikut berat badan.

Hai kawan-kawan semua. Berapa liter air sehari anda minum. Segelas, dua gelas, tiga gelas or berbotol-botol. Baguslah kalau banyak minum air masak. Tapi cukupkah air yang korang minum dengan berat badan korang tu. 
Diketika ini, aku duduk menghadap komputer, ditelingaku tersumbat kemas telefon telinga, sambil menulis aku mendengar radio secara atas talian, semestinya radio yang memainkan lagu orang putih, iaitu terbang fm. hari ini maka tamatlah satu kertas peperiksaan yang membawa empat unit kredit jam, sangat besar kesannya kepada gred keputusan, alhamdulilah kalau diikutkan soalan itu adalah ringkas, kebiasaan nya jawapan kubagi semua cukup, diminta empat aku bagi lima, sahaja bertujuan untuk memenuhi buku jawapan, tidak elok membazir kertas, lagipun nanti kertas tu dibuang juga. .