Skip to main content
Hari ke sebelas dalam bulan oktober.. Alahmdulilah, dah masuk minggu ke 5 untuk semester 4.
Assignment pun dah mula berlambak. Bagi setiap subjek, assignment agak mencabar. Antaranya interview dengan founder syarikat yang menjalankan bisnes. Lepas tu, kena uruskan training program dan kena buat domestic inquiry bagi misconduct. Bunyi assignment tu macam best dan menarik kan.. wait and see je lah

Bagi training program, ahli jawatankuasa (ajk) telah pun disenaraikan. So sesiapa yang tercalon  kenalah memainkan peranan masing-masing since tak nak kejadian macam semester lepas berlaku. Kerja secara backwards,susah..hasilnya habis semua effect markah untuk final. Tiada unsur jenayah ye,tiada kena mengena yang hidup ataupun yang telah pergi..

Hari ini hari khamis means satu hari yang padat dengan jadual dari pagi pukul 8 straight to 6pm. Bayangkanlah. Nasib baik hari ni bumi sejuk. Terima kasih Allah sebab bagi rahmat untuk bumi seri iskandar. Hati pun berubah menjadi sejuk walaupun dalam kelas agak layu a.k.a mengantuk. Hari ni perangai pun agak gila-gila. Sebab ubat dah habis. Oh my GREENFIT, macam manalah hidup lepas ni tanpa ubat. Awal-awal lagi doktor telah pesan, kalau tak da ubat ni, bahaya. Penyakit akan datang menyerang. Eeee, menakutkan. Sesiapa jangan dekat.

Antara perkara yang terjadi setelah kehabisan ubat......

1.Ajak member masuk bawah payung, takut diberak oleh burung yang berterbangan selepas hujan.
2.Ketidak dengaran ekoran telinga semakin mengecik.
3.Pura-pura dengar dalam kelas,sebenarnya sedang tidur.
4.Gelak yang terlampau, sampai sakit perut.
5.Membaham dua bungkus roti masa lecterur tengah mengajar.
6.Minum air member sampai habis.
7.Beli jajan 20 sen.
8.Mengusya technician uitm
9.Mengidam stiletto untuk simpan dalam almari.

peace :D




Comments

Popular posts from this blog

rain from heaven

Kuantiti air ikut berat badan.

Hai kawan-kawan semua. Berapa liter air sehari anda minum. Segelas, dua gelas, tiga gelas or berbotol-botol. Baguslah kalau banyak minum air masak. Tapi cukupkah air yang korang minum dengan berat badan korang tu. 
Diketika ini, aku duduk menghadap komputer, ditelingaku tersumbat kemas telefon telinga, sambil menulis aku mendengar radio secara atas talian, semestinya radio yang memainkan lagu orang putih, iaitu terbang fm. hari ini maka tamatlah satu kertas peperiksaan yang membawa empat unit kredit jam, sangat besar kesannya kepada gred keputusan, alhamdulilah kalau diikutkan soalan itu adalah ringkas, kebiasaan nya jawapan kubagi semua cukup, diminta empat aku bagi lima, sahaja bertujuan untuk memenuhi buku jawapan, tidak elok membazir kertas, lagipun nanti kertas tu dibuang juga. .