Skip to main content

Holiday holiday

Cuti midsem kali ni sekali dengan cuti raya haji. Hampir dua bulan tak balik kampung. Suka tengok member2 semangat tahap gaban nak balik kampung. Haha. Ada yang pulang dengan family, memandu kereta sorang2 dan aku macam biasalah naik bas je. Bas je pun tiket mahal 60 tau. I paid okay.

Jadi sudah lengang rumah sewa sebab sorang2 dah balik. Biasanya siapa yang balik awal, maka dia datang lewat. Maksudnya cuti lebih la kan. Untuk cuti kali ni aku bawa buku teks satu sahaja, harap2 disentuh la bila cuti nanti. Amin.

Haa, tiket bas aku pukul 8.15 malam. Tempat duduk dia paling depan sekali belakang driver. Bayangkanlah macam mana nak tidur atas bas nanti. Huuuaaaa. Bawak spek itam la, baru tak nampak cover sangat kan. Hihi.

Itulah sahaja yang dapat dicoretkan untuk seketika ini. Memandangkan malam ni dah balik kampung. Selamat Hari Raya Aidiladha. :)
Ni ada pantun untuk semua, original dari aku.

                 Esok hari raya aidiladha,
                 Itulah hari yang dinanti-nanti,
                 Makan daging confiirm banyak gila,
                 Hati-hati nanti terlekat celah gigi.

Jangan lupa tengok cermin.nanti orang tengok malu. COVER. :D


Comments

Popular posts from this blog

rain from heaven

Kuantiti air ikut berat badan.

Hai kawan-kawan semua. Berapa liter air sehari anda minum. Segelas, dua gelas, tiga gelas or berbotol-botol. Baguslah kalau banyak minum air masak. Tapi cukupkah air yang korang minum dengan berat badan korang tu. 
Diketika ini, aku duduk menghadap komputer, ditelingaku tersumbat kemas telefon telinga, sambil menulis aku mendengar radio secara atas talian, semestinya radio yang memainkan lagu orang putih, iaitu terbang fm. hari ini maka tamatlah satu kertas peperiksaan yang membawa empat unit kredit jam, sangat besar kesannya kepada gred keputusan, alhamdulilah kalau diikutkan soalan itu adalah ringkas, kebiasaan nya jawapan kubagi semua cukup, diminta empat aku bagi lima, sahaja bertujuan untuk memenuhi buku jawapan, tidak elok membazir kertas, lagipun nanti kertas tu dibuang juga. .