Skip to main content
Kepenatan. Walaupun bukan aku yang drive kereta. Terima kasih kepada kawan yang sudi membawa aku bersiar-siar pada hujung minggu ini. Jasamu dikenang. Mesti penat melayan kerenah aku kan. Nasib kau sebab dapat kawan macam aku. Hahaha. Destinasi hujung minggu malaysia ke cameron highland. Sebelum ini memang dah jadi tempat minum teh bagi family aku.

 Tapi yang best kali ini kerana pergi dengan member-member. Kami konvoi 2 buah kereta. 1 kereta 4 orang,aku dengan si kawan nie. Ingatkan aku je banyak kerenah rupa-rupanya si kawan ni cakap banyak juga, aku buat-buat dengar je,iakan saja tapi ta berapa jelas sebenarnya. Heehe. 
Terukkan. Sekali-sekala,xpe. Si kawan ni,aku panggil dia macam mak aku,sebab ada ciri-ciri keibuan. Rasa disayangi lebih. Hahaha. Kalau si kawan tahu mesti kena marah. Aku akan buat muka blur la,apa lagi kan. 

Hujung minggu bilik yang harga murah memang full house. So kalau anda berniat nak ke cameron highland jangan lupa tempah bilik dulu ye. Kalau tak, mesti dapat bilik yang mahal. Normal la kan bila crowded sangat, bilik pun jadi mahal. Jadi pandai-pandaila. 

Lama pusing-pusing bahagian pasar berinchang tapi nampaknya kurang berminat. Aku hanya beli topi dan spek mata je. Buah-buahan pun nampak sedap, aku belikan untuk member aku yang ta ikut kat rumah tu. Itu je yang sedap, kalau beli key-chain ta boleh makan. Aku kan suka makan. Jadi kena bagi makanan la. Orang kata benda yang kita suka kita kena bagi kat orang. 

Kea farm, banyak sayur-sayuran segar. Manyak si kawan beli. Katanya nak diet. Berat badan naik lepas raya. Siapa suruh makan kuih raya banyak. Kan dah naik berat tu. Padan muka. Hekhek. Aku beli jagung rebus,sedap. Kejap je habis. Lepas tu makan cendawan goreng, lagi sedap kot. Banyak jugak aku makan.

Lepas tu ke Bharat Plantation, minum teh dengan biskut. Sedap. Tapi minum air banyak jadi kembung perut. Ta habis aku minum,sebab dah ta tahan nak melabur. Tapi sempat juga snap gambar di ladang teh kat belakang tu. 1,2,3. Selesai sesi bergambar kami pun bergerak balik. Jam menunjukkan pukul 6.20 petang. 

Ini adalah no telefon Villa Dahlia , 054915611, macam menarik je,aku share je dengan korang.

Selamat Tinggal Tanah Tinggi Cameron, Semoga Berjumpa Lagi.



Comments

Popular posts from this blog

rain from heaven

Kuantiti air ikut berat badan.

Hai kawan-kawan semua. Berapa liter air sehari anda minum. Segelas, dua gelas, tiga gelas or berbotol-botol. Baguslah kalau banyak minum air masak. Tapi cukupkah air yang korang minum dengan berat badan korang tu. 
Diketika ini, aku duduk menghadap komputer, ditelingaku tersumbat kemas telefon telinga, sambil menulis aku mendengar radio secara atas talian, semestinya radio yang memainkan lagu orang putih, iaitu terbang fm. hari ini maka tamatlah satu kertas peperiksaan yang membawa empat unit kredit jam, sangat besar kesannya kepada gred keputusan, alhamdulilah kalau diikutkan soalan itu adalah ringkas, kebiasaan nya jawapan kubagi semua cukup, diminta empat aku bagi lima, sahaja bertujuan untuk memenuhi buku jawapan, tidak elok membazir kertas, lagipun nanti kertas tu dibuang juga. .