Skip to main content
Hai semua, rindu dekat blog yang comel kaler pink ni. Lame rasenye aku tak buat entry kan? kan? Eleh, padahal baru sehari tak buat entry. Kantoi, haha. Lepas ni nak buang la tarikh tu,baru orang tak tahu yang aku banyak post entry.

Kisah ape aku kalau banyak post pun kan. Haha biul agaknya aku hari ini. Dahla papan putih yang bertujuan untuk mencantikan bilik dan untuk notice tak nak melekat kat dinding. Mungkin harga 2 ringgit menyebabkan ianya kualiti rendah . Walaupun saiznya agak besar kan. Yaya yang bagi aku papan putih tu. Agak besar la kan sedepa tangan aku ni haa, semalam aku dengan semangat tahap cipannya beli saltip baru, kononnya nak bagi tampal sekali lagi la kan. Mana tau lekat.

ahh tetiba je, papan putih tu jatuh. Prappppp, terkejut aku. Habis lunyai papan putih. Yelah terhempap kat lantai kan, mana tak nye. Memang takda nasib la nak cantikkan bilik aku yang agak kosong ni. Habis nak buat ape lagi dengan papan putih tu. Nak lekat memang azalinya ta terlekat. Habis berstiker dinding rumah sewa pakcik ni disebabkan oleh saltip warna hitam tu. Mahal harga saltip tu. Cukup untuk lunch sehari ok.

Nie nak cerita pasal semalam jugak. Seharian aku tak masuk kelas. Jadual padat giler semalam. Dari pagi sampai petang. Kebetulan, semalam aku ada join interview untuk duta universiti bagi GTP. Nama panjang dia government transformation programme. Aku saja je nak test luck ingatkan tak berjaya. Tapi tetibe je ada panggilan dari Ustaz yang handle benda tu la. Dia ajak aku dan kawan yang lain join program bual mesra nie bersama BPAM dan KPKK.

Dari pkul 10 hingga 1 petang, kami duk berdiskusi. Ala-ala dekat parlimen. Aku bagi satu isi je sebab wakil YB ada banyak benda nak komen dalam kepala otak dieorang tu. Dieorang memang advance sangat. Memang boleh market diri-sendiri la. Aku tabik spring la dekat senior kami tu walaupun berlainan kos tapi fakulti sama je pun. Ada jugak fakulti lain macam megat namanya. Megat jangan terasa ye. Haha. Terkedu dan terpegun kami yang berada dalam satu kumpulan  dengan dieorang untuk 2 jam. Haha. Pengalaman yang tak dapat dilupakan. Best.!


Muka selepas berdiskusi dan makan di Marina Island. Heaven, :)

Comments

Popular posts from this blog

rain from heaven

Kuantiti air ikut berat badan.

Hai kawan-kawan semua. Berapa liter air sehari anda minum. Segelas, dua gelas, tiga gelas or berbotol-botol. Baguslah kalau banyak minum air masak. Tapi cukupkah air yang korang minum dengan berat badan korang tu. 
Diketika ini, aku duduk menghadap komputer, ditelingaku tersumbat kemas telefon telinga, sambil menulis aku mendengar radio secara atas talian, semestinya radio yang memainkan lagu orang putih, iaitu terbang fm. hari ini maka tamatlah satu kertas peperiksaan yang membawa empat unit kredit jam, sangat besar kesannya kepada gred keputusan, alhamdulilah kalau diikutkan soalan itu adalah ringkas, kebiasaan nya jawapan kubagi semua cukup, diminta empat aku bagi lima, sahaja bertujuan untuk memenuhi buku jawapan, tidak elok membazir kertas, lagipun nanti kertas tu dibuang juga. .