Skip to main content
Berakhirnya bulan Syawal. Bermulalah bulan Zulkaedah. Sedar atau tidak,sesungguhnya banyak masa sudah berlalu. Sekarang aku sudah menginjak ke semester 4, iaitu tahun kedua pengajianku di universiti teknologi mara. Bangga jadi anak uitm, pertolongan yang begitu besar dihulurkan kepada warga bumiputera di sini. Seminggu aku dan kawan-kawan menjejakkan kaki ke sini. Bumi yang dulunya dipanasi cahaya matahari yang terik. Walau payung digunakan tetap berbahang juga. Lumrah alam.


Semester 4, subjek dikatakan semakin susah. Tambahan pula pensyarah yang mengajar agak berkuasa di dalam bidang ini. Core katakan. Ditakuti dan digeruni oleh senior-senior. Tapi bagi aku kesilapan dilakukan atau tidak menurut perintah mungkin akan mengundang bahaya. Jadi lebih baik jangan banyak kerenah. Sila duduk diam-diam dan jangan bising. Perjalanan makin mencabar.

Hujung minggu iaitu esok kami akan melancong. Melancong ke tempat biasa dikunjungi oleh orang. Sudah tentu di Kameron Highland. Kelas dan assignment belum ada, itu adalah satu petanda yang baik untuk mencuci mata dan membeli-belah. Takdelah membeli-belah sangat. Apa yang ada di sana, sudah umum ok. 

Comments

Popular posts from this blog

rain from heaven

Kuantiti air ikut berat badan.

Hai kawan-kawan semua. Berapa liter air sehari anda minum. Segelas, dua gelas, tiga gelas or berbotol-botol. Baguslah kalau banyak minum air masak. Tapi cukupkah air yang korang minum dengan berat badan korang tu. 
Diketika ini, aku duduk menghadap komputer, ditelingaku tersumbat kemas telefon telinga, sambil menulis aku mendengar radio secara atas talian, semestinya radio yang memainkan lagu orang putih, iaitu terbang fm. hari ini maka tamatlah satu kertas peperiksaan yang membawa empat unit kredit jam, sangat besar kesannya kepada gred keputusan, alhamdulilah kalau diikutkan soalan itu adalah ringkas, kebiasaan nya jawapan kubagi semua cukup, diminta empat aku bagi lima, sahaja bertujuan untuk memenuhi buku jawapan, tidak elok membazir kertas, lagipun nanti kertas tu dibuang juga. .