Skip to main content
Selamat petang semua. Sekarang jam menunjukkan pukul 4.10 petang. Hari nampak agak mendung, nak hujan agaknya. Bosannya hari ni,maklumlah tak pergi kelas seharian. Jadual untuk hari rabu tiada okey. Bukan aku sengaja ponteng kelas. Untuk pemahaman semua, aku tak pernah ponteng kelas tanpa sebab yang munasabah. Hehe, bangga sekejap.

Selepas bangun tadi, aku terus bukak youtube dan cari cerita Marimar. Amboi, tak pernah layan cerita Filipina sebelum ni. Tapi saja je nak tengok ending die . Ending je pun. Semua episod ada 77. Jenuh nak tengok satu persatu. Jadi, aku tengok yang episod 1,2,3,10,15,25,37,75,74,77. Kalau tengok dalam tonton memang senang tapi nak login tu susah. Berapa kali nak daftar masuk,asyik invalid je username dan password tu. Mungkin aku masukkan password yang salah. Entahlah, Maybe sebelum nie aku guna banyak username dan password. - -'

Malam ni ada perjumpaan budak-budak degree dengan rektor. Alah, macam biasalah anak-anak jumpa bonda kan. Kalau ada masalah boleh ceritakan. Ape orang panggil jejak kasih, eh macam pelik je bunyinya. Hah luahan perasaan lah kot. Sedap sikit dengarnya. Huhu. Nasib baik ada event jugak belah malam, boleh isi masa yang free ni. Daripada menghadap lappy je, naik muak jugak. Nasib kaulah lappy miniku.


Comments

Popular posts from this blog

rain from heaven

Kuantiti air ikut berat badan.

Hai kawan-kawan semua. Berapa liter air sehari anda minum. Segelas, dua gelas, tiga gelas or berbotol-botol. Baguslah kalau banyak minum air masak. Tapi cukupkah air yang korang minum dengan berat badan korang tu. 
Diketika ini, aku duduk menghadap komputer, ditelingaku tersumbat kemas telefon telinga, sambil menulis aku mendengar radio secara atas talian, semestinya radio yang memainkan lagu orang putih, iaitu terbang fm. hari ini maka tamatlah satu kertas peperiksaan yang membawa empat unit kredit jam, sangat besar kesannya kepada gred keputusan, alhamdulilah kalau diikutkan soalan itu adalah ringkas, kebiasaan nya jawapan kubagi semua cukup, diminta empat aku bagi lima, sahaja bertujuan untuk memenuhi buku jawapan, tidak elok membazir kertas, lagipun nanti kertas tu dibuang juga. .