Skip to main content
Aku ingin melupakan masa lampau yang terlalu banyak memori. Salah aku sendiri kerana masih memilih untuk mengingati memori itu lagi. Sudah terlalu lama aku membuang masa untuk perkara yang tak pasti. Terlalu jauh untuk mengapainya kembali.Aku tidak sanggup mengulang kesilapan yang sama dengan pilihan yang salah.

Keputusan yang terbaik adalah, mencari erti kehidupan pada masa yang akan datang dan mencipta memori indah yang baru.
 Menilai siapakah aku disisiNya. Hanya insan kerdil yang menumpang di alam maya ini. Memang betul, masa lampau mengajar aku erti kehidupan di alam realiti. Namun, semua itu aku harus ketepikan kerana sia-sia untuk diingati. 

Buka buku baru. Perjalanan masih jauh. Perlukah aku menoleh kebelakang untuk sekali lagi? Hanya Allah saja yang tahu apa yang tersurat dan tersirat. Tiada niat untuk mengaibkan sesiapa.

Muhasabah diri.Kadang-kadang aku alpa.Kadang-kadang aku leka. Leka diulit keseronokan dunia. Leka untuk menilai mana intan mana kaca. Apabila hilang, aku akan sibuk mencari. Apabila tiada...hmmm

 Dari sekarang, hargailah sesiapa yang berada disekeliling kita. Mungkin esok mereka tiada. Takziah aku ucapkan di atas permergian nenek kawanku. Semoga rohnya ditempatkan di kalangan orang yang beriman. Amin.

Comments

Mul-an said…
terima kasih atas ucapan takziah..
kdang2 kita sendiri kena alert dgn persekitaran yg ada di sekeliling kita. Buka lembaran baru lupakan segala kenangan yg merunsingkan. Bukan untuk awk sahaja malah nasihat untuk diri saya juga..
maya said…
terima kasih. INSYALLAH. mudah-mudahan begitulah.

Popular posts from this blog

rain from heaven

Kuantiti air ikut berat badan.

Hai kawan-kawan semua. Berapa liter air sehari anda minum. Segelas, dua gelas, tiga gelas or berbotol-botol. Baguslah kalau banyak minum air masak. Tapi cukupkah air yang korang minum dengan berat badan korang tu. 
Diketika ini, aku duduk menghadap komputer, ditelingaku tersumbat kemas telefon telinga, sambil menulis aku mendengar radio secara atas talian, semestinya radio yang memainkan lagu orang putih, iaitu terbang fm. hari ini maka tamatlah satu kertas peperiksaan yang membawa empat unit kredit jam, sangat besar kesannya kepada gred keputusan, alhamdulilah kalau diikutkan soalan itu adalah ringkas, kebiasaan nya jawapan kubagi semua cukup, diminta empat aku bagi lima, sahaja bertujuan untuk memenuhi buku jawapan, tidak elok membazir kertas, lagipun nanti kertas tu dibuang juga. .