Skip to main content

Posts

Alamak 2o13......

Pinjam doodles MR.google jap. Esok 2013. waaaaaa... takutnya.. diri masih tidak berstatus dan berjawatan tinggi.... walaupun Aku still young . Tapi terasa banyak bebanan yang kena pikul. Ape ape pun, hidup perlu diteruskan...  Semoga ayah dan mak dimurahkan rezeki, panjang umur dan bahagia selalu. Kepada keluarga yang tercinta, doakan kejayaan untuk aku ya. 2013 Semoga memberi seribu makna dan impian. Salam perkenalan 2013, target kena sangkut tinggi - tinggi atas awan. Jangan gantung tinggi atas atap sebab nanti aku tak sampai nak gapai,,,,, :D

Banjir

Berita tergempar... Rumah aku banjir kot!!!! Banjir kot!! Ulang tayang sekali lagi.. Banjir kot!! Cuti studyweek dengan hujan lebat yang turun. Masa yang sesuai untuk mandi manda. Walau ada amaran air banjir membawa wabak bawaan haiwan, memang tak terjadi kat kampung aku. Sebab air banjir dari bukit, air terjun ok. Sejuk giler, memang mandi sekali sehari je, lepas tu pakai baju banyak lapis dah tu bakar arang dengan dapur arang. best sangat... Excited main air banjir, cepat je air naik rumah, dan cepat je air surut.......... siapa pula yang pakai baju pink tu. Bersilat bagai dalam air banjir.. Banjir kot!!! hehehe. Wah nasib baik dah sampai Perak. Sambil buat post ni sebenarnya saya sedang revise revise. Cuci otak sikit untuk final yang bakal tiba. FEEL TOUCH CROSS.............     :D

blood donation

percaya tak first time derma darah sampai menangis. - -' Malu kot dikelilingi semua orang, tanya kenape menangis? kenapa? sakit ke?. huhu, sebenarnya aku rasa macam pening semacam je.. xtahan terus menangis.. Hadooii. nasib baik ada teman yang g sekali.. Lagi satu aku xboleh nak tengok darah aku sendiri, x sanggup nak tengok.. insyallah lain kali boleh derma lagi.. pengalaman yang xdapat dilupakan. Mulai hari ini, aku sudah tahu darah aku jenis apa. :D moga dapat membantu orang yang lebih memerlukan. amin.

Takda duit bukan bermakna kelaparankan?

Nasi love pattaya RM4.00 Bihun Goreng RM4.00 Nasi Goreng Sotong RM4.00 Nasi Goreng Thai dan telur mata RM5.00 Teh o ais, teh o ais, Epal susu, Air suam, Milo ais Kewtiau Tomyam RM3.50 Nasi putih paprik RM3.50 Bihun Sup RM3.50 Durian 1 longgok 10 ya je ye.. antara semua menu di atas, yang kerap kali diorder adalah Nasi Putih Paprik sebab banyak sayur. !! Untungla dapat makan best-best. Walaupun dah berada dalam kategori kritikal kewangan dan ekonomi tapi makan jangan tinggal. Sebab tu badan dah jadi macam Bigfoot! @.@

21st snapsop.

21 tahun sudah.. potong kek 21st happy family outing cantik.

Terima kasih.

sensitip. Setiap orang ada masa apabila dia sensitip. Tapi apakah faktor yang menyebabkan seseorang itu sensitip. Tiada kajian yang boleh dipercayai apakah yang menyumbang kepada sensitiviti ini tetapi berdasarkan pemerhatian sepanjang kehidupan selama 21 tahun ini, antara faktor yang menyebabkan seseorang itu sensitip adalah satu,mungkin seseorang itu mempunyai hati yang kecil ataupun 'small heart' atau kecik hati. Biasanya orang yang mempunyai hati yang agak kecik akan berfikiran tertutup. Kadang-kadang seseorang yang berhati kecik ini mempunyai pemikiran yang kritikal iaitu bersangka tidak baik terhadap orang lain. Ok, faktor seterusnya adalah sensitip ini akan hadir bila seseorang itu mempunyai masalah atau tengah stress. Apabila orang sekelilingnya buat lawak tak berapa nak lawak, individu ini akan membawa hati yang lara maksudnya menjauhkan diri. Ada juga individu yang senyap apabila menghadapi masalah, dengan berdiam diri dalam masa yang tertentu, selepas keesokan hariny...
Hari yang indah. Kenapa? Alhamdulilah, kerana aku masih bernyawa pada hari ini. Hari ini juga dapat terima skrol dari pihak uitm. Bukan skrol grad tapi skrol sementara menggantikan sijil anugerah dekan. Mungkin sebab kekurangan bajet, kali ni majlis makan cuma diadakan di dewan kuliah utama. Makan pulak bawah khemah. Hidangan Nasi Pelangi lauk ayam masak merah, daging gulai, paru yang ada kuah, arca buah, kuih-muih. Kali ni, ramai wakil program kami, seramai 52 orang tetapi dari jumlah semua tidak seramai program lain. Majlis yang meraikan pelajar macam ni memang di tunggu-tunggu. Nak tahu sebab apa? Sebab dapat makan mewah, sekali setiap semester. Kalau ada rezeki, Alhamdulilah. Hari ni selepas makan Nasi pelangi, rasa mengantuk yang teramat. Sebelum ni boleh dikawal lagi. Mungkin sebab makan awal. Perut dah kenyang, mesti mengantuk. Mungkin. Masa majlis ni tengok semua orang pakai baju cantik-cantik. Aku, pakai ala kadar je. Tapi tak mengapa. Kena bersyukur dengan apa yang ada. C...