Skip to main content
Hari yang indah. Kenapa? Alhamdulilah, kerana aku masih bernyawa pada hari ini. Hari ini juga dapat terima skrol dari pihak uitm. Bukan skrol grad tapi skrol sementara menggantikan sijil anugerah dekan. Mungkin sebab kekurangan bajet, kali ni majlis makan cuma diadakan di dewan kuliah utama. Makan pulak bawah khemah. Hidangan Nasi Pelangi lauk ayam masak merah, daging gulai, paru yang ada kuah, arca buah, kuih-muih.

Kali ni, ramai wakil program kami, seramai 52 orang tetapi dari jumlah semua tidak seramai program lain. Majlis yang meraikan pelajar macam ni memang di tunggu-tunggu. Nak tahu sebab apa? Sebab dapat makan mewah, sekali setiap semester. Kalau ada rezeki, Alhamdulilah.

Hari ni selepas makan Nasi pelangi, rasa mengantuk yang teramat. Sebelum ni boleh dikawal lagi. Mungkin sebab makan awal. Perut dah kenyang, mesti mengantuk. Mungkin. Masa majlis ni tengok semua orang pakai baju cantik-cantik. Aku, pakai ala kadar je. Tapi tak mengapa. Kena bersyukur dengan apa yang ada. Cuba bandingkan dengan orang yang takda tu.

Esok semoga Allah bagi peluang untuk aku teruskan kehidupan. Masih banyak yang belum dipelajari. Dan esok petang ada test ENT. Semoga dipermudahkan menjawab. Oklah, Happy berhujung minggu. Ingatlah orang yang tersayang.

Comments

Popular posts from this blog

rain from heaven

Kuantiti air ikut berat badan.

Hai kawan-kawan semua. Berapa liter air sehari anda minum. Segelas, dua gelas, tiga gelas or berbotol-botol. Baguslah kalau banyak minum air masak. Tapi cukupkah air yang korang minum dengan berat badan korang tu. 
Diketika ini, aku duduk menghadap komputer, ditelingaku tersumbat kemas telefon telinga, sambil menulis aku mendengar radio secara atas talian, semestinya radio yang memainkan lagu orang putih, iaitu terbang fm. hari ini maka tamatlah satu kertas peperiksaan yang membawa empat unit kredit jam, sangat besar kesannya kepada gred keputusan, alhamdulilah kalau diikutkan soalan itu adalah ringkas, kebiasaan nya jawapan kubagi semua cukup, diminta empat aku bagi lima, sahaja bertujuan untuk memenuhi buku jawapan, tidak elok membazir kertas, lagipun nanti kertas tu dibuang juga. .