Skip to main content

Terima kasih.

sensitip. Setiap orang ada masa apabila dia sensitip. Tapi apakah faktor yang menyebabkan seseorang itu sensitip. Tiada kajian yang boleh dipercayai apakah yang menyumbang kepada sensitiviti ini tetapi berdasarkan pemerhatian sepanjang kehidupan selama 21 tahun ini, antara faktor yang menyebabkan seseorang itu sensitip adalah satu,mungkin seseorang itu mempunyai hati yang kecil ataupun 'small heart' atau kecik hati. Biasanya orang yang mempunyai hati yang agak kecik akan berfikiran tertutup. Kadang-kadang seseorang yang berhati kecik ini mempunyai pemikiran yang kritikal iaitu bersangka tidak baik terhadap orang lain. Ok, faktor seterusnya adalah sensitip ini akan hadir bila seseorang itu mempunyai masalah atau tengah stress. Apabila orang sekelilingnya buat lawak tak berapa nak lawak, individu ini akan membawa hati yang lara maksudnya menjauhkan diri. Ada juga individu yang senyap apabila menghadapi masalah, dengan berdiam diri dalam masa yang tertentu, selepas keesokan harinya dia akan ceria semula. Okay, bagi saya pula antara sebab menjadi sensitip adalah kerana pada waktu itu saya mempunyai moral yang agak rendah, atau pun moral down .......moral okay bukan gula dalam darah . Tetapi kebaikan sensitip adalah kita akan menjadi lebih alert dan memperbaiki diri sendiri dan mungkin hubungan kita dengan orang sekeliling akan bertambah baik... Insyaallah.

Entri kali ini tidak ada kena mengena mengenai isu sensitif. Semalam bersamaan 20 November 2012, berniat ingin ke foodfair. Berkira-kira untuk mengisi perut yang kosong. Banyak makanan yang diidamkan contohnya aiskrim seringgit, laksa dan macam-macam. Dah nama foodfair, memang dunia makanan la. Tapi harapan untuk makan hampa apabila sahabatku memaklumkan bahawa foodfair itu hanya kecil-kecilan. Frust# frust#. Sebenarnya memang taknak pergi sebab mengantuk dan penat. Tak cukup tidur. Nak study untuk test. Tapi ringankan jugak diri ini untuk pergi. Jadi sebab takde foodfair tu tujuan asal pun melencong. Pergi je lah kat tasik katanya nak release stress nak tangkap gambar. Rupanya memang dah dirancang awal-awal. Budak-budak ni buat suprise parti. Kalau nak diikutkan entri yang lepas adalah hari yang betul. Disebabkan keletihan dan terkejut, aku takde perasaan atau orang cakap tengah loading pun ada. Rasa macam nak pitam. Tetapi memang tak dijangka-jangka kerana mereka-mereka ini meraikan seorang sahabat yang tidaa apa-apa ini a.k.a akulah dan seorang lagi sahabat yang diraikan. Rasa terharu dan gembira tetapi hanya Allah s.w.t yang tahu. Terima kasih buat sahabat semua. Dan pengalaman yang best adalah memgambil gambar bersama- sama tanpa rasa malunya walaupun ketika itu ramai manusia tengah berjogging. Sampaikan satu saat, menghalang laluan para pejogging di tengah jalan sebab bagi laluan kepada kami untuk berposing. Terima kasih, terima kasih. terima kasih daun keladi, terima kasih tak terhingga kepada semua yang menggunakan teknik yang agak dahyat iaitu semata-mata untuk melihat hari jadi aku, dieorang selongkar purse aku. ishhhh2. Aku juga nak minta maaf bukan niat nak menyembunyikan tarikh penting tu tetapi aku cuma tidak suka menghebohkan kepada semua, aku bukanlah sesiapa dan hanya orang yang benar-benar ikhlas dan mengenali aku sahaja akan berusaha untuk mencari. Terima kasih kepada jurugambar.

Comments

Popular posts from this blog

rain from heaven

Kuantiti air ikut berat badan.

Hai kawan-kawan semua. Berapa liter air sehari anda minum. Segelas, dua gelas, tiga gelas or berbotol-botol. Baguslah kalau banyak minum air masak. Tapi cukupkah air yang korang minum dengan berat badan korang tu. 
Diketika ini, aku duduk menghadap komputer, ditelingaku tersumbat kemas telefon telinga, sambil menulis aku mendengar radio secara atas talian, semestinya radio yang memainkan lagu orang putih, iaitu terbang fm. hari ini maka tamatlah satu kertas peperiksaan yang membawa empat unit kredit jam, sangat besar kesannya kepada gred keputusan, alhamdulilah kalau diikutkan soalan itu adalah ringkas, kebiasaan nya jawapan kubagi semua cukup, diminta empat aku bagi lima, sahaja bertujuan untuk memenuhi buku jawapan, tidak elok membazir kertas, lagipun nanti kertas tu dibuang juga. .