Skip to main content

Hebat perangai manusia

Bagusnya permainan dia. Nak tutup salah sendiri, sanggup aniayai orang. Apa salahnya mintak maaf sepatah. Susah sangat ke nak mintak maaf. Kaunter bas shah alam, yang jual tiket ke pantai timur, bas warna merah DNaim. Memang teruk servis kaunter dia. Orang yang kerja kat situ memang tak reti nak hargai pelanggan. Walaupun dah terang bersuluh salah dia, ego taknak mintak maaf. Buat muka tak reti. Malah salahkan customer dia pulak. Memang lepas ni soryla aku takkan naik bas tu lagi. Never. Forever. Tak bertanggungjawab. Lepas tangan. Mentang-mentang aku student, buat macam tu la. Kalau orang besar duduk tempat aku, memang tunduk, angguk-angguk lah semua. Orang besar kan.

Semalam, 3/12 pukul 2.45 petang, aku beli tiket di kaunter bas DN nie. Masa tu ada makcik dan budak yang tengah belajar. Hujan lebat time tu. Aku dah cakap nak balik malam 4/12. Dan makcik tu confirmkan lagi esok malam kan. Aku cakap lagi 4 haribulan malam. Makcik tu print tiket dan aku bayar duit terus berlalu ke kereta. Tak tengok pun tiket. 

Then, semalam on the way nak g stesen bas, aku baru perasan tiket aku bertarikh 3 haribulan. Cuak dah time tu. Sesampainya aku kat pintu bas, driver bas duduk atas seat dia dan aku bagilah tiket bertarikh semalam tu. Ok, selamat lagi. Then, tiba-tiba datang la kakak ni, cakap tiket awak dah tak valid ni. What the heck. Lambat jugak masa aku amik nak turun bas. Adalah dalam 10 minit. Ade ke patut kakak tu cakap, salah awakla tak cek tiket. Hah, salah aku. Sikit pun tak nak mintak maaf. Tak rasa bersalah langsung. Then, suruh aku turun dari bas sebab dia cakap orang lain nak duduk. Habis aku? Aku nak balik jugak. Memang aku pun bersalah tak cek tiket tu dulu, tapi sekurang-kurangnya lontarkan lah ucapan maafkan saya ke. Apa-apalah yang boleh menunjukkan kesalahan ko tu. Nauzubillah la. 

Entahla, ada jugak manusia macam ni. Tu kena kat aku xpa lagi. Kalau kena kat pakcik yang susah, takda duit nak balik. Camne. Nak jadi penjual tiket, bila tiket salah diberi, salahkan customer sebab tak cek tiket. Fikir fikirkanlah.  

Comments

Popular posts from this blog

rain from heaven

Kuantiti air ikut berat badan.

Hai kawan-kawan semua. Berapa liter air sehari anda minum. Segelas, dua gelas, tiga gelas or berbotol-botol. Baguslah kalau banyak minum air masak. Tapi cukupkah air yang korang minum dengan berat badan korang tu. 
Diketika ini, aku duduk menghadap komputer, ditelingaku tersumbat kemas telefon telinga, sambil menulis aku mendengar radio secara atas talian, semestinya radio yang memainkan lagu orang putih, iaitu terbang fm. hari ini maka tamatlah satu kertas peperiksaan yang membawa empat unit kredit jam, sangat besar kesannya kepada gred keputusan, alhamdulilah kalau diikutkan soalan itu adalah ringkas, kebiasaan nya jawapan kubagi semua cukup, diminta empat aku bagi lima, sahaja bertujuan untuk memenuhi buku jawapan, tidak elok membazir kertas, lagipun nanti kertas tu dibuang juga. .