Skip to main content
malu saya nak cakap, tapi sebenarnya dah lama saya ta beli baju raya.
kalau ta silap sejak tahun dua ribu sembilan (2009)
asal saya nak beli je dah ada orang kasi,
siap ada yang baik hati pergi pos baju raya sampai depan tangga rumah saya,
entah siapa yang begitu murah hati,
terima kasih bebanyak ye sebab awak saya dapat baju free. heee
kalau awak pos duit raya lagi baik rasanya.

saya gembira tengok orang pergi shopping baju baru.
saya? saya ta beli baju raya pun.
samalah dengan semua adik beradik saya.
tapi budak lelaki untungla dapat pakai baju melayu baru.
warna pink pulak tu. Wah.

bila sembahyang raya je,saya duduk tepi tingkap rumah
rumah saya depan masjid besar KG.Anak Ikan.
saya mengintai ikut celah tingkap memakai baju kurung yang cantik,
hemsen betul budak-budak yang pakai baju melayu.
terpikat! haha

lepas tu saya tengok lamala,
ish budak zaman sekarang pakai baju raya ke masjid
tapi keluar awal,
setengah jam dah balik,
ape nak jadi ni, rasa macam nak sound je,
rasa terpikat tadi dah hilang,bluek.

ta sabar nak balik, mood: final exam

Comments

Popular posts from this blog

rain from heaven

Kuantiti air ikut berat badan.

Hai kawan-kawan semua. Berapa liter air sehari anda minum. Segelas, dua gelas, tiga gelas or berbotol-botol. Baguslah kalau banyak minum air masak. Tapi cukupkah air yang korang minum dengan berat badan korang tu. 
Diketika ini, aku duduk menghadap komputer, ditelingaku tersumbat kemas telefon telinga, sambil menulis aku mendengar radio secara atas talian, semestinya radio yang memainkan lagu orang putih, iaitu terbang fm. hari ini maka tamatlah satu kertas peperiksaan yang membawa empat unit kredit jam, sangat besar kesannya kepada gred keputusan, alhamdulilah kalau diikutkan soalan itu adalah ringkas, kebiasaan nya jawapan kubagi semua cukup, diminta empat aku bagi lima, sahaja bertujuan untuk memenuhi buku jawapan, tidak elok membazir kertas, lagipun nanti kertas tu dibuang juga. .