Skip to main content
hai semua. apa khabar semua? harap-harap dalam keadaan sihat sejahtera hendaknya ya. Rasanya sudah seminggu saya dan kawan-kawan yang pulang bercuti bagi pelajar ijazah. Alhamdulilah cuti sebulan setengah kawan-kawan buat apa ye? Ada yang bercadang menghabiskan masa dengan bekerja, ada pula yang duduk rumah makan dan tidur. Hehe. Biasalah sudah lama menelaah segala buku hanya untuk menduduki peperiksaan dan berjaya! tak gitu kan. Baguslah syukur ke hadrat illahi.

Hari ini sudah menginjak ke 19 haribulan 7. Apa maknanya tu? Makna kata lagi sehari kita akan berpuasa. Hoorey. Memang tak sabar nak puasa. Lagi-lagi puasa di rumah bersama keluarga. Memang heaven. Makan dan lepas itu menunaikan sembahyang terawih. Memang syok. Bulan ramadhan bulan yang mulia. Ini adalah bulan untuk semua umat Islam menyucikan dan beribadah kepada Allah s.w.t. Bulan yang mulia dimana umat Islam mencari Lailatul Qadar iaitu seribu malam amal ibadat kita dikira.

Lailatul Qadar. Nama seindah maknanya. Setelah penat menahan lapar dan dahaga, kini tibalah masa yang ditunggu. Malam ini hanya berlaku sekali pada bulan ramadhan. Alangkah indahnya kurniaan Allah. Hanya yang merasainya menikmatinya. Kawan-kawan,hidup hanya sekali. Seeloknya hayatilah bulan ramadhan ini dengan penuh keberkatan dan tawadhuk. Mudah-mudahan ramadhan ini bukan yang terakhir buat kalian.

Akhir kata dari aku, hamba yang menagih cinta ILLAHI. Selamat menyambut bulan RAMADHAN!

Comments

Popular posts from this blog

rain from heaven

Kuantiti air ikut berat badan.

Hai kawan-kawan semua. Berapa liter air sehari anda minum. Segelas, dua gelas, tiga gelas or berbotol-botol. Baguslah kalau banyak minum air masak. Tapi cukupkah air yang korang minum dengan berat badan korang tu. 
Diketika ini, aku duduk menghadap komputer, ditelingaku tersumbat kemas telefon telinga, sambil menulis aku mendengar radio secara atas talian, semestinya radio yang memainkan lagu orang putih, iaitu terbang fm. hari ini maka tamatlah satu kertas peperiksaan yang membawa empat unit kredit jam, sangat besar kesannya kepada gred keputusan, alhamdulilah kalau diikutkan soalan itu adalah ringkas, kebiasaan nya jawapan kubagi semua cukup, diminta empat aku bagi lima, sahaja bertujuan untuk memenuhi buku jawapan, tidak elok membazir kertas, lagipun nanti kertas tu dibuang juga. .