Skip to main content

semuanya terjadi dalam 1 minggu

balik penang tumpang kawan. berhenti di tol sg.dua. malangnya tempat rehat sebelah sana. macam mana nie? try kol abg aku. abg cakap kena lintas tol la. OMG. camne nak lintas tol yang panjang dan banyak kereta tu.

10 minit berfikir, berdoa kepada Allah agar diberikan hidayah. satu langkah aku bergerak mendekati tol. tiba-tiba ternampak encik cina yang selamba rock melintas tol. Ape lagi aku pun cepat-cepat membimbit beg aku yang penuh muatan ni ikut sama melintas tol. Tak percaya sekarang ini aku tengah melintas tol. Untuk apa aku melintas tol sebab aku belum menunaikan sembahyang zohor lagi.

Alhamdulilah, solat zohor sudah ditunaikan. Tengok jam sekarang pukul 4.10. Sudah menghampiri waktu asar. 4.30 azan sudah kedengaran. Alahai ramai pulak manusia datang ke surau untuk menunaikan solat asar. Aku tunggu mereka usai dulu sebelum aku pulak yang solat.

Sebenarnya pada masa yang sama aku menunggu ketibaan abgku untuk menjemputku kerumahnya. Aku datang ke penang sebab ingin pulang kerumah akakku. kebetulan akak aku sedang membuat lesen dia dekat jpj bukit mertajam. Dia ajak sekali duduk dekat hotel dia.

Buzy betol kakak aku,malam-malam pun keluar berhibur bersama temanya. Sosial. Aku tidak boleh cakap apela. Pukul 2 baru pulang ke hotel. pastu keluar lagi. Pukul 4 baru pulang. Huh, kepenatan kesian dia. Tapi apa boleh buat dia merelakannya. Biasalah busineswoman berjaya kan. Sibuk memanjang.

Keeseokan harinya, awal pagi lagi kami ke stesen bus butterwoth naik bas pulang ke sg.buloh. 4 jam perjalanan sampai ke Restoran jejantas sg.buloh. Dah sampai kt rumah di Taman matang jaya. Rehat sekejap. Malam tu keluar g makan dekat Restoran Garden di oNE utama. Amboi, mahalnya. aku makan je apa yang diorder. X larat nak makan. menbazir je kan.
Hari ke 2 . keluar pukul 6 ptg dan destinasi kali ini adalah RED BOX. pandai ke aku menyanyi. Okla not bad. Satu kepala 40 ringgit. Makanan disediakan. Heavens, nak makan ape ada disediakan. sushi,spageti,nasi bermacam laut,aiskrim,seafood,itik,ayam,lamb,unta,salad,lala,kek,kuih,coklat,maruku. Ta tahu nak makan ape banyak sangat. dari pukul 8.00 hingga 11.00 malam duk karaoke. Mikrofon dapat 3 je. Kami ade 5 orang termasuk bibik. Bibik xnyanyi dia ikut mimik mulut je tuoun kalau ada lagu indon. hehe
pukul 11.30 balik,penat menyanyi dan makan.

3 hari di SG.BULOH. esoknya aku balik kg halaman di besut,terengganu.3 hari di kampung. Buat bubur lambuk satu kawah besar dan sedekahkan kat semua org kampung. Penat duk mengacau tapi berbaloi. Aku kurang menggemari bubur lambuk.

begitulah cuti seminggu aku habiskan. Penat tapi bermakna. Bersama keluarga. Walaupun banyak kerja belum disiapkan. :D

Comments

Popular posts from this blog

rain from heaven

Kuantiti air ikut berat badan.

Hai kawan-kawan semua. Berapa liter air sehari anda minum. Segelas, dua gelas, tiga gelas or berbotol-botol. Baguslah kalau banyak minum air masak. Tapi cukupkah air yang korang minum dengan berat badan korang tu. 
Diketika ini, aku duduk menghadap komputer, ditelingaku tersumbat kemas telefon telinga, sambil menulis aku mendengar radio secara atas talian, semestinya radio yang memainkan lagu orang putih, iaitu terbang fm. hari ini maka tamatlah satu kertas peperiksaan yang membawa empat unit kredit jam, sangat besar kesannya kepada gred keputusan, alhamdulilah kalau diikutkan soalan itu adalah ringkas, kebiasaan nya jawapan kubagi semua cukup, diminta empat aku bagi lima, sahaja bertujuan untuk memenuhi buku jawapan, tidak elok membazir kertas, lagipun nanti kertas tu dibuang juga. .