Skip to main content

Minuman Detox

Hai pembaca sekalian..

Aku rasa semua mesti dah familiar dengan istilah "detox". Apakah sebenarnya detox ni? Detox atau ianya juga dikenali sebagai infused water. Apa kebaikan air detox ni. Air detox ni sangat berkesan untuk menurunkan berat badan. Serius. Aku start buat air detox ni awal bulan Mac, dan percaya tak kalau aku cakap berat aku turun. Betul. Badan aku susut sebanyak 3 kilo. Aku amalkan selama 3 minggu bulan Mac aritu. Diikuti dengan zumba dan buat squat 3 hari seminggu. 

Kawan-kawan, senang je kalau nak kuruskan badan dengan bantuan air detox ni. Yang paling penting, anda - anda semua kena jaga portion makanan anda ambik seharian. Contohnya, pagi xboleh skip breakfast. Makanlah roti wholemeal dua keping. Tengahari makan nasi macam biasa tapi kurangkan kuantiti nasi dan gantikan dengan lauk ayam atau sayur. Biar kenyang. Kawan-kawan, kite kena ajar diri untuk makan dalam kuantiti yang sedikit. Malam pulak makan epal atau makanan selain nasi. 

Camne nak buat air detox? Senang je kawan-kawan, guna lemon dan campuran buah-buahan citrus seperti limau nipis, oren, epal, halia dan sebagainya. Biasanya aku guna epal, oren dan halia. Ikutlah koranglah. Korang kena potong lemon dan squeeze sikit dalam teko kaca, then tambah air masak, lepas tu simpan dalam peti sejuk selama 7-8 jam. Ingat ye, kalau korang terlebih dari 8 jam, air detox korang rasa pahit, sebab kulit lemon tu. Hehe. Aku pernah rasa air detox yang pahit. Tutup hidung aku habiskan. Tryla. Tak rugi korang try sebab selain kuruskan badan, air ni boleh bersihkan usus kite. Mula-mula minum air ni korang akan rasa sakit perut dan akan berulang-alik ke tandas. Air tu tengah membersihkan usus korang daripada toksik. Dan korang akan rasa bertenaga. Mengantuk pun rasa kurang. Aku student lagi jadi memang aktif la. Sebelum ni, aku memang selalu tidur petang and asyik penat. Tapi sekarang, aku semakin cergas, dah tak tidur petang. Alhamdulilah. Best kan.

Haa, sekarang aku amalkan minum air Teh Hijau. Tanpa gula taw. Supaya metabolisma meningkat. Masa bersenam atau berzumba tu, badan kita akan cepat membakar lemak. Jom kawan-kawan. Jom kurus bersama-sama. Yeaa. Hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih. Air detox tu memang ada ada kat kedai. Tapi better kite buat sendiri la. Manalah kite tahu kedai tu letak bahan apa kan. Lagi jimat kite buat sendiri. :)

Ni hasil air detox yang aku buat.




Comments

Popular posts from this blog

rain from heaven

Kuantiti air ikut berat badan.

Hai kawan-kawan semua. Berapa liter air sehari anda minum. Segelas, dua gelas, tiga gelas or berbotol-botol. Baguslah kalau banyak minum air masak. Tapi cukupkah air yang korang minum dengan berat badan korang tu. 
Diketika ini, aku duduk menghadap komputer, ditelingaku tersumbat kemas telefon telinga, sambil menulis aku mendengar radio secara atas talian, semestinya radio yang memainkan lagu orang putih, iaitu terbang fm. hari ini maka tamatlah satu kertas peperiksaan yang membawa empat unit kredit jam, sangat besar kesannya kepada gred keputusan, alhamdulilah kalau diikutkan soalan itu adalah ringkas, kebiasaan nya jawapan kubagi semua cukup, diminta empat aku bagi lima, sahaja bertujuan untuk memenuhi buku jawapan, tidak elok membazir kertas, lagipun nanti kertas tu dibuang juga. .