Skip to main content
sejumlah 517 bayi dibuang dalam tempoh enam tahun..


jika angka dijadikan ukuran nilai kemanusiaan manusia, rakyat negara ini boleh dianggap kejam kerana statistik Polis Diraja Malaysia  (PDRM) menunjukkan sejumlah 517 bayi dibuang di seluruh negara sejak enam tahun lalu. kebanyakkan kes buang bayi dilakukan individu terutamanya gadis yang bimbang maksiat terbongkar selain tiada tempat bergantung. berdasarkan perangkaan, seramai 203 mangsa dikenal pasti sebagai bayi lelaki manakala 164 bayi perempuan.
Bagaimanapun, 150 kes lagi gagal dikenal pasti jantina berikutan keadaan bayi tidak cukup sifat atau hanya penemuan bayi. Pada tahun 2008, mencatatkan kes teramai membabitkan 102 kes.
statistik ini amat menggerunkan apabila gejala ini terus berlaku. Dalam bulan lalu sahaja, sebanyak 19 kes bayi dilaporkan dan angka ini dijangka meningkat.
Hasil kajian mendapati lokasi yang paling digemari untuk membuang bayi di kawasan-kawasan perumahan, tempat pembuangan sampah, masjid, surau, jalan, sungai,semak dan tandas.

adaptasi dari HARIAN METRO 10-FEB-2011

Comments

Popular posts from this blog

rain from heaven

Kuantiti air ikut berat badan.

Hai kawan-kawan semua. Berapa liter air sehari anda minum. Segelas, dua gelas, tiga gelas or berbotol-botol. Baguslah kalau banyak minum air masak. Tapi cukupkah air yang korang minum dengan berat badan korang tu. 
Diketika ini, aku duduk menghadap komputer, ditelingaku tersumbat kemas telefon telinga, sambil menulis aku mendengar radio secara atas talian, semestinya radio yang memainkan lagu orang putih, iaitu terbang fm. hari ini maka tamatlah satu kertas peperiksaan yang membawa empat unit kredit jam, sangat besar kesannya kepada gred keputusan, alhamdulilah kalau diikutkan soalan itu adalah ringkas, kebiasaan nya jawapan kubagi semua cukup, diminta empat aku bagi lima, sahaja bertujuan untuk memenuhi buku jawapan, tidak elok membazir kertas, lagipun nanti kertas tu dibuang juga. .