Skip to main content

Hidup umpama Parasit.

Assalamualaikum dan salam jumaat

Korang pernah bercakap sorang-sorang tak? Maksud aku. Korang duduk bersembang ke, tengah bincang pasal kerja ke..pernah tak korang bertanya soalan then soalan tu~~ krik krik krik krik. Tiada jawapan. Padahal ramai orang kot masa tu. Apa perasaan korang time tu? Mesti korang fikir, oh okey. Mungkin slow sangat korang tanya. Takpun sebab angin bertiup kuat sangat time korang tanya soalan tu. Keh keh. Mana tahu kan. Ataupun soalan kau tanya tu membuatkan orang rimas. Oh no. Takutnya.

Parasit, kalau korang tahu. Kerja die menumpang. Kalau ade parasit ni, semua orang buat tak tahu je kat dieorg. Sebab apa. Sebab parasit ni menyibuk. Dahla xda kepentingan. Umpama spora atas daun paku pakis. Tapi parasit macam spora tu penting kot. Untuk proses oksigen, kalau tak silap lah. Kalau parasit ni hidup, dan dia bercakap, mungkin takdak sesiapa nak dengar atau amik pot apa yang die cakap. Parasit ni xberguna kot. Sapa yang nak dekat dengan parasit. Aku? ... Pokok yang tempat parasit menumpang mesti cakap, tolonglah lenyap wahai parasit. 

Korang pernah tak alami situasi macam ni. Korang dah semangat sangat-sangat nak tolong buat sesuatu, then apa yang korang cuba usahakan, orang lain cakap "xpelah kalau xdapat pun, xbest pun". Eh, parasit. Ko ni sama je kalau ada or takde, kau tak menyumbangkan ape-ape lah. What. Lebih kurang camtu lah ayatnya berbunyi. Apakah PERASAAN korang time tu? Memang rasa nak ___ haish. Sakit hati kan. Sangat sakit hati. 

Jadi, pesanan aku. Bila mana detik tu kau rasa hidup kau umpama parasit, kau tidak boleh ikutkan perasaan kau tu. Kenapa? Kerana perasaan kau tu tidak membawa apa-apa faedah baik kepada diri kau sendiri atau orang lain. Jadi, walaupun kau rasa macam tu, jadi baliklah ke nawaitu kau kenapa kau buat semua itu. Mesti ada sesuatu hikmah yang akan kau dapat. Nyata. Inshaallah, orang kata langit yang cerah pun, hujan boleh turun. Itu namanya Hujan Panas. :) Senyum je tak perlu kata ape-ape. 

Comments

Popular posts from this blog

rain from heaven

Kuantiti air ikut berat badan.

Hai kawan-kawan semua. Berapa liter air sehari anda minum. Segelas, dua gelas, tiga gelas or berbotol-botol. Baguslah kalau banyak minum air masak. Tapi cukupkah air yang korang minum dengan berat badan korang tu. 
Diketika ini, aku duduk menghadap komputer, ditelingaku tersumbat kemas telefon telinga, sambil menulis aku mendengar radio secara atas talian, semestinya radio yang memainkan lagu orang putih, iaitu terbang fm. hari ini maka tamatlah satu kertas peperiksaan yang membawa empat unit kredit jam, sangat besar kesannya kepada gred keputusan, alhamdulilah kalau diikutkan soalan itu adalah ringkas, kebiasaan nya jawapan kubagi semua cukup, diminta empat aku bagi lima, sahaja bertujuan untuk memenuhi buku jawapan, tidak elok membazir kertas, lagipun nanti kertas tu dibuang juga. .