Skip to main content

Semester Akhir.

Assalamualaikum dan salam hujung minggu. 

Bulan march 2015. Teka dimana aku berada? Shah Alam atau dikampung. Cuti semester sudah pun berakhir. Aku berada di shah alam. Sudah 2 minggu kuliah bermula. Semester ini adalah semester terakhir kami. Insha allah. Kalau ikutkan hanya 3 subjek yang berkredit 3. Satu lagi subjek ABR presentation atau VIVA. Bukan kereta viva yer. Ini adalah subjek research. Walaupun aku bukan courses based on research tapi bagi kursus MBA, research itu wajib. Noted.

Minggu pertama kuliah iaitu minggu lepas. Pensyarah sudah listkan senarai assignment bagi subjek beliau. Oh mai, subjek statistik. My favorite subjek. Tapi untuk jadi subjek yang favorite kena banyak latihan. Macam tu lah aku selalu train diri aku sejak zaman sekolah lagi. Even kadang kadang aku punyer mindset lari. Dulu subjek yang membuatkan aku jadi fobia adalah Math. Tapi lepas aku tukar mindset "Math susah" kepada "Math is fun". Aku dapat score A dalam setiap subjek yang melibatkan pengiraan. Hebatkan penangan mindset manusia. 

Subjek kedua untuk semester ini adalah Strategic Management. Awal kelas, puan pensyarah dah bagitahu kami yang minggu depan start presentation. Dia nak presentation yang kreatif dan lain dari yang biasa. Kreatif dan kreatif. Ni lagi satu hal, setiap kali mengundi untuk menentukan turn present kan, kalau aku yang mewakili group kan, aku hairan lah, kenapa setiap kali mengundi aku dapat no 1. Kalau keputusan periksa dapat no 1 memang best. Tapi masa sekolah rendah dulu, aku xdapat pun no 1. Cuma setakat no 2. Dapatlah bertimbun hadiah sekolah bagi. Best. Tapi kalau turn no 1 untuk mengundi, agak mencabar. 

Kawan-kawan doakan kami punyer presentation berjalan lancar ye. All the best. :)


Comments

Popular posts from this blog

rain from heaven

Kuantiti air ikut berat badan.

Hai kawan-kawan semua. Berapa liter air sehari anda minum. Segelas, dua gelas, tiga gelas or berbotol-botol. Baguslah kalau banyak minum air masak. Tapi cukupkah air yang korang minum dengan berat badan korang tu. 
Diketika ini, aku duduk menghadap komputer, ditelingaku tersumbat kemas telefon telinga, sambil menulis aku mendengar radio secara atas talian, semestinya radio yang memainkan lagu orang putih, iaitu terbang fm. hari ini maka tamatlah satu kertas peperiksaan yang membawa empat unit kredit jam, sangat besar kesannya kepada gred keputusan, alhamdulilah kalau diikutkan soalan itu adalah ringkas, kebiasaan nya jawapan kubagi semua cukup, diminta empat aku bagi lima, sahaja bertujuan untuk memenuhi buku jawapan, tidak elok membazir kertas, lagipun nanti kertas tu dibuang juga. .