Skip to main content

Majlis Kahwin in 8 hours

Assalamualaikum, Hebat mung.. 
Episod 1
Aku baru je lepas habis induksi. Tempat induksi ni dekat Lembah Azwen, Hulu Klang. Nice je tempat die. Ada kolam mandi, kayak, titi gantung dan sangkar haiwan yang kosong. Rasanya pengalam masa induksi ni hebat lah. Sebab apa, kami seramai 120 orang pelajar baru pasca siswazah diberi tugasan atau orang putih cakap assignment. Assignment buat Majlis Kahwin. Memang kenduri betul punyer. Pengantin, pengapit hantaran, rewang, pelamin, red carpet, mak andam, pengacara sporting, kek, semua ada. Kami semua seramai 120 orang dapat buat Majlis Kahwin dalam masa 8 jam. Korang percaya ke. Fasi kami bagi tugasan tu pukul 11 pagi, sebelum pkul 8 malam, fasi kami nak tengok semua siap. Gila kan. Happening ni. Nasib semua dah tua dan agak berkaliber.. maklumlah semua tahap manager, bapak orang, mak orang. Sape expect kan. Aku nga budak fresh graduate je lah terhangguk hangguk je. Nasib baik kami ni kategori follower yang positif. Sebab tu lah berjalan lancar majlis kahwin tu. Hehe.

Bersambung.......

Comments

Popular posts from this blog

Kuantiti air ikut berat badan.

Hai kawan-kawan semua. Berapa liter air sehari anda minum. Segelas, dua gelas, tiga gelas or berbotol-botol. Baguslah kalau banyak minum air masak. Tapi cukupkah air yang korang minum dengan berat badan korang tu. 

Minuman Detox

Hai pembaca sekalian..
Aku rasa semua mesti dah familiar dengan istilah "detox". Apakah sebenarnya detox ni? Detox atau ianya juga dikenali sebagai infused water. Apa kebaikan air detox ni. Air detox ni sangat berkesan untuk menurunkan berat badan. Serius. Aku start buat air detox ni awal bulan Mac, dan percaya tak kalau aku cakap berat aku turun. Betul. Badan aku susut sebanyak 3 kilo. Aku amalkan selama 3 minggu bulan Mac aritu. Diikuti dengan zumba dan buat squat 3 hari seminggu. 
Kawan-kawan, senang je kalau nak kuruskan badan dengan bantuan air detox ni. Yang paling penting, anda - anda semua kena jaga portion makanan anda ambik seharian. Contohnya, pagi xboleh skip breakfast. Makanlah roti wholemeal dua keping. Tengahari makan nasi macam biasa tapi kurangkan kuantiti nasi dan gantikan dengan lauk ayam atau sayur. Biar kenyang. Kawan-kawan, kite kena ajar diri untuk makan dalam kuantiti yang sedikit. Malam pulak makan epal atau makanan selain nasi. 
Camne nak buat air …

Just leave your ears alone.

Assalamualaikum dan hari ini 5 November. Guess what?
Menarik kan topik Jangan ganggu tahi telinga anda. Pernah dengar tak lagu jangan ganggu pacarku. Lagu tu dengan kisah tahi telinga ni memang takde kena mengena. Hari ni kelas habis awal sebab Dr. Finance aku ade meeting. Alhamdulilah, boleh balik awl dan rehat. 
Hari ni, tak tahu kenapa aku mengoogle pasal CSOM atau nama panjang die Chronic Supurrative Otitis Media. Kerana aku pernah menjadi sebahagian daripadanya atau menghidap penyakit Otitis Media peringkat kronik. Dimana sampai satu tahap, jika tidak sembuh possibility untuk pembedahan adalah tinggi. Walhal, kadang kadang aku mengalami sakit kepala yang mungkin berpunca dari telinga. Itu aku tidak pasti. Tetapi yang aku pasti, akulah punca telinga aku bermasalah. 
Lets the story begin... pada suatu pagi, cuti hujung minggu awal bulan januari 2013, aku ternampak sebungkus putik kapas yang bersaiz s di atas rak. Selepas itu, mungkin sebab sudah terbiasa menggunakan putik kapas be…