Skip to main content

lagi cerita dunia


Istilah supermoon atau fenomena dimana bulan terlalu hampir dengan bumi mencetus spekulasi tentang terjadinya gempa bumi dan tsunami baru² ini di Jepun. Namun sejauh mana kebenaran tentang fakta tersebut ? Adakah peningkatan kekuatan graviti bulan mampu menggugat keseimbangan persekitaran bumi ?



Merujuk kepada istilah supermoon yang dicipta oleh ahli astronomi, Richard Nolle pada 1979 menyatakan;

“ a new or full moon which occurs with the Moon at or near (within 90% of) its closest approach to Earth in a given orbit (perigee). In short, Earth, Moon and Sun are all in a line, with Moon in its nearest approach to Earth. Rujukan wikipedia

Selain itu .. menurut keterangan dari Dr James Garvin, ketua saintis di NASA Goddard Space Flight Center pula, supermoon adalah suatu keadaan dimana bulan sedikit lebih dekat ke bumi dalam orbitnya daripada keadaan biasa dan paling menonjol ketika keadaan bulan purnama. Jadi ketika itu anda akan melihat bulan kelihatan lebih besar dari biasa.

Kesan akibat fenomena itu akan mencetuskan kejadian pasang surut air laut yang luar biasa. Namun .. keadaan itu dilihat oleh saintis sebagai keadaan fenomena biasa dan tidak menggugat keseimbangan plat tektonik bumi sehingga terjadinya gempa bumi dan tsunami.

Berbalik kepada spekulasi meluas ekoran gempa bumi di Jepun pada 11 Mac 2011 dengan fenomena supermoon .. adalah salah sama sekali. Ketika itu, bulan berada tidak terlalu dekat dengan bumi ataupun dalam fasa bulan baru (new moon) dan bulan penuh. Jadi dakwaan tersebut tidak boleh dikaitkan dengan supermoon.


Untuk makluman semua .. pada 19 Mac 2011 ini, bulan akan berada pada kedudukan 221.567 batu dari Bumi, berbeza dengan jarak keadaan sebenar bulan itu sekitar 239.000 batu. Jadi kalau korang nak buat pencerapan dan melihat permukaan bulan dengan lebih jelas. Tunggu la malam tu. Mesti nampak clear !

Comments

Popular posts from this blog

rain from heaven

Kuantiti air ikut berat badan.

Hai kawan-kawan semua. Berapa liter air sehari anda minum. Segelas, dua gelas, tiga gelas or berbotol-botol. Baguslah kalau banyak minum air masak. Tapi cukupkah air yang korang minum dengan berat badan korang tu. 
Diketika ini, aku duduk menghadap komputer, ditelingaku tersumbat kemas telefon telinga, sambil menulis aku mendengar radio secara atas talian, semestinya radio yang memainkan lagu orang putih, iaitu terbang fm. hari ini maka tamatlah satu kertas peperiksaan yang membawa empat unit kredit jam, sangat besar kesannya kepada gred keputusan, alhamdulilah kalau diikutkan soalan itu adalah ringkas, kebiasaan nya jawapan kubagi semua cukup, diminta empat aku bagi lima, sahaja bertujuan untuk memenuhi buku jawapan, tidak elok membazir kertas, lagipun nanti kertas tu dibuang juga. .