Skip to main content

aku benci diriku.



Aku benci diriku jika
Perasaan marah menguasai diri
Aku benci akan diriku
Tatkala aku tak mampu bersabar pada perkara yang kecil
Aku benci diriku
Tatkala diri ini tak tahan dihina
Aku benci diriku
Bila apa yang aku kata aku tak kotakan
Aku benci diriku
Jika tak mampu bertahan dengan ujian tuhan
Aku benci diriku
Bila tak mampu memadam perasaan benci
Aku benci diriku
Bila kemaafan sukar kuhulurkan
Aku benci diriku
Bila aku cepat menyerah kalah dalam perjuanganku
menegak kebenaran…
Aku benci diriku
Tatkala tangan ini tak mampu mencegah kemungkaran
Aku benci diriku
Bila mulut ini berat menegur maksiat
Aku benci diriku
Bila membenarkan yang salah
Serta menyembunyikan kebenaran
Aku benci diriku
Jika berat menghulur pertolongan
Aku benci diriku
Andai kelakuanku membangkit kemarahan-Nya
Mengamit kebencian-Nya
Lantas berpaling dariku…
Itulah yang paling aku benci ..

Comments

Popular posts from this blog

rain from heaven

Kuantiti air ikut berat badan.

Hai kawan-kawan semua. Berapa liter air sehari anda minum. Segelas, dua gelas, tiga gelas or berbotol-botol. Baguslah kalau banyak minum air masak. Tapi cukupkah air yang korang minum dengan berat badan korang tu. 
Diketika ini, aku duduk menghadap komputer, ditelingaku tersumbat kemas telefon telinga, sambil menulis aku mendengar radio secara atas talian, semestinya radio yang memainkan lagu orang putih, iaitu terbang fm. hari ini maka tamatlah satu kertas peperiksaan yang membawa empat unit kredit jam, sangat besar kesannya kepada gred keputusan, alhamdulilah kalau diikutkan soalan itu adalah ringkas, kebiasaan nya jawapan kubagi semua cukup, diminta empat aku bagi lima, sahaja bertujuan untuk memenuhi buku jawapan, tidak elok membazir kertas, lagipun nanti kertas tu dibuang juga. .