Skip to main content

Posts

2014

Assalamualaikum dan salam tahun baru Apa khabar. Moga semua sihat hendaknya. Lama aku tak menjengah belog kesayangan ni. Kalau ikutkan ini adalah post untuk tahun 2014. Selamat Tahun Baru. Untuk baby yang lahir tanggal 1/1/2014 mesti bertuah kan. Macam mana lah mak ngan abah korang rancang nak beranakkan korang tanggal 1/1. Hebat. Bertuah korang. Tapi takpe lahir jugak korang di dunia ni. Dah besar jangan nakal-nakal ye. Aku, hari ni masih lagi tercongok di seri iskandar. Hanya tuhan saja tahu betapa rindunya aku dengan kampung halaman. Harap panjang umur untuk pulang ke kampung.  Insyaallah. Aku tengah menghitung hari ni untuk menyiapkan segala sisa-sisa pelajaran di UiTM Perak. Setelah 3 tahun bertapak di UiTM Perak, inilah hasilnya. RESEARCH. Walaupun keadaan agak sesak. Namun, aku dah berjaya sampai ke tahap ni.  10/1/2014, hujan gerimis dari pagi sampai petang. Aku redah hujan masuk ke UiTM untuk berjumpa dengan pensyarah demi menyiapkan kerja-kerja research ...

Heaaaa..everybody got a dream

Assalamualaikum.. dan salam oktober. sekarang aku tgh dgr lagu 'Tonight,we own the night'.. you are my hero.. bla bla bla... we are only young.. if we see sunlight..tonight we owe the night.. tak tahu lirik betul ke tak.. Hai, semua....... Apa khabar? best tak praktikal.. best tak keje? best tak dapat kawan baru?.... best tak dapat gaji? best,best,best,best!! Duit masyuk!! Tapi bagi aku yang paling best adalah menyiapkan buku log dan thesis. Lepas ni, hajatnya nak sambung master. But the problem is ETPM UITM ni tak de pulak nak tawarkan kos aku! Stress nye..aku dah nampak jalan benar nih.. nak bina career ikut lorong yang uitm sediakan tapi apakan daya.. So,another option kalau tak dapat jadi pensyarah muda.. aku sambung master by research je lah.. buat part time or nak sambung master by coursework.. mane satu ye.. camne nak bagi commmitment.. argghh.. mudah-mudahan Allah bagi hidayah kepada-ku.. Amin. SO,back to work.. anything be update later... First,before sambun...

SaLam Ramadhan

Assalamualaikum dan ape khabar... Hari ni genap sebulan syaaban berlalu..maka automatisnya ramdhan tiba. Siapa yang pergi sembahyang terawih tadi? Angkat tangan. Bagusnya Alhamdullillah sejuk perut mak mengandung. Hari pertama bulan puasa kali ni di PERAK. Ok, pertama kali sambut ramadhan bersama kawan-kawan. Macam-macam plan, macam mana nak sahur? Nak beli kat mana? Macam sebulan je nak sambut puasa kat Perak kan. Ala, cuma 4 hari je...Lepas habis paper pada 13 haribulan 7.. boleh la menjerit di tepi bukit.. Hooorayyyy.. Selamat tinggal UiTM PERAK. Hampir 2 tahun setengah belajar di sini. Sekejap je masa berlalu. Dari takde kewujudan Tesco, sampailah ada MCD, Billion dan pokok ICT.. ?? (blank jap)  Nak berucapan sikit: TIADA KATA SEINDAH ZIKIR,....TIADA IBADAH SEINDAH PUASA....TIADA HARI SEINDAH JUMAAT...TIADA BULAN SEMULIA RAMADHAN.... SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN AL-MUBARAK DAN SELAMAT MENUNAIKAN IBADAH PUASA..  salam sayang buat semua kawan-kawan, sahabat, ...

Final Exam

Assalamualaikum... apa khabar belog.. aku busy sangat...tak sempat nak jenguk blog ni.. mintak maaf sangat-sangat. Tambahan lagi, banyak kerja akhir nak kena siapkan sebelum masuk praktikal nanti 29/7. Report untuk subjek Research Methodology kena hantar 1 haribulan ni. Tapi itu tak jadi masalah, sebab confirm akan siap sebelum tarikh due date. Janji hantar on time.  Semalam baru habis paper Compensation and Benefit. Alhamdulillah, smooth je jawab. Tapi jawapan entah betul atau tidak. Tak boleh letak tahap konfident tinggi sangat sebab takut pressure nanti dapat result. Jadi, kita pasrah dan terima je apa yang dapat. Yang penting usaha sudah. Atas Allah lah nak bagi apa kan. Itulah. Teruk. Ingatkan darurat akan diistiharkan semalam. Manalah tahu, sebab semalam jerebu teruk sangat. Bau asap dia memang kuat. Hai, nasib baik tak sempat nak istiharkan darurat kat perak ni. Kalau tak final exam memang postpone dah. Semua kena postpone. Habislah banch aku bila nak grad pun t...

Jangan pernah berubah.

Assalamualaikum.. ditujukan khas buat KAU Pernah tak lepas satu benda kau gagal untuk buat , kau akan berubah. 'Ok, test seterusnya aku nak score'. Sebab apa ada niat nak score untuk test yang seterusnya sebab sebelum ni kau tak berjaya kan. Tak berjaya nak dapatkan apa yang diinginkan. Apakah punca kegagalan kau sebelum ni? Pernah selidik tak kenapa sebelum ni kau gagal? Aku tahu sebab apa aku gagal... sebab aku ego, aku rasa kepala otak aku dah cukup dengan ilmu, aku rasa aku dah meluangkan masa yang lama untuk itu. Kenyataanya, kau tidaklah meletakkan hati kau seratus peratus. Hati kau ke laut. Kau sibuk. Sibuk dengan benda lain. Kau banyak main dan kau tak serius nak belajar. Kau rasa benda yang kau buat ni hanya untuk lengkapkan sesuatu. Atau kau buat ini semua kerana terpaksa. Kau tak perasan mungkin perasaan ikhlas kau tu dibuat-buat. Mungkin. Bila dah pasang niat untuk scor seterusnya, automatik kau akan belajar, membaca, mengingat dan menelaah dengan tekunnya....

Bukan mudah untuk mudah.

Assalamulaikum dan selamat pagi.. 7.5.2013, sudah dua hari selepas Pilihan Raya Umum ke-13 berlangsung. Maka sudah dua hari kedengaran pelbagai desus-desas mengenai keputusan PRU. Ada yang berpuas hati, ada yang tersenyum, ada yang sakit hati dan yang penting mesti ada tuduh-menuduh. Orang tu tuduh orang ni, orang ni tuduh orang nuh, orang nuh tuduh orang-orang. Orang-orang?  Memang tak nak kaitkan diri dengan politik, walaupun politik tu memang penting kan. Mungkin suatu hari nanti, tapi bukan sekarang. Sekarang masa untuk berjuang. Berjuang dengan buku-buku, berjuang dengan hidup sebagai seorang pelajar, berjuang dengan duit untuk menampung pembelajaran dan berjuang ke jalan Illahi. Bukan mudah untuk jadi mudah. Bukan mudah untuk jadi susah.  Hidup mesti ada tujuan. Kalau hidup tanpa tujuan ibarat menaiki bot di tengah lautan tanpa ada tempat untuk dituju, hanya terumbang-ambing dipukul ombak. Manusia suka hidup tanpa tujuan dan oleh sebab itu mereka selalu rugi...