Skip to main content

SaLam Ramadhan

Assalamualaikum dan ape khabar...

Hari ni genap sebulan syaaban berlalu..maka automatisnya ramdhan tiba. Siapa yang pergi sembahyang terawih tadi? Angkat tangan. Bagusnya Alhamdullillah sejuk perut mak mengandung.
Hari pertama bulan puasa kali ni di PERAK. Ok, pertama kali sambut ramadhan bersama kawan-kawan. Macam-macam plan, macam mana nak sahur? Nak beli kat mana? Macam sebulan je nak sambut puasa kat Perak kan. Ala, cuma 4 hari je...Lepas habis paper pada 13 haribulan 7.. boleh la menjerit di tepi bukit.. Hooorayyyy.. Selamat tinggal UiTM PERAK. Hampir 2 tahun setengah belajar di sini. Sekejap je masa berlalu. Dari takde kewujudan Tesco, sampailah ada MCD, Billion dan pokok ICT.. ?? (blank jap) 

Nak berucapan sikit:

TIADA KATA SEINDAH ZIKIR,....TIADA IBADAH SEINDAH PUASA....TIADA HARI SEINDAH JUMAAT...TIADA BULAN SEMULIA RAMADHAN....
SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN AL-MUBARAK DAN SELAMAT MENUNAIKAN IBADAH PUASA.. 

salam sayang buat semua kawan-kawan, sahabat, teman, dari tadika sampai sekarang..uitm.. semoga ramadhan ini tidak menjadi ramadhan yang hilang dan sesungguhnya orang yang kental akan berjaya.. 
Insha-allah.. sama-samalah kita... buat keluarga tersayang, saya tak sabar nak balik lama sungguh tak berjumpa, salam kerinduan dari anakanda di perantauan. 

Comments

Popular posts from this blog

Kuantiti air ikut berat badan.

Hai kawan-kawan semua. Berapa liter air sehari anda minum. Segelas, dua gelas, tiga gelas or berbotol-botol. Baguslah kalau banyak minum air masak. Tapi cukupkah air yang korang minum dengan berat badan korang tu. 
*Aku suka Hujan * Semua orang tahu, di dunia ni Hujan adalah rahmat Allah s.w.t.. Ada orang suka bila hujan turun. Ada juga yang tak suka bila hujan turun. Orang yang jemur kain tak suka bila baju yang mereka jemur basah terkena hujan. Mereka selalu merungut. 'Apesal hujan, kan dah kena basuh sekali lagi,hish.'  Orang suka bila hujan turun, kerana mereka dapat tidur lena. Bila hujan turun, suasana jadi sejuk dan dingin. Memang masa yang ideal untuk tidur.  Aku pulak suka bila hujan turun, sebab suatu ketika dahulu air dekat rumah aku kering. Aku dan keluarga guna air hujan untuk keperluan harian kami. Aku mandi air hujan. Walaupun aku tahu aku akan demam, tapi aku suka mandi hujan kerana hujan membuatkan hatiku tenang. Aku suka hujan, kerana adanya cuaca panas. Cuaca panas membuatkan aku panas. Hujan yang menyejukkan aku. Selepas hujan berhenti, kalau bertuah aku akan dapat melihat pelangi. Sungguh indah saat itu. Sungguh besar ciptaan-Nya. ...

Cabaran Kempiskan Perut

Assalamualaikum semua.. Sudah 2 hari berlalu dengan cabaran kempiskan perut menggunakan asam jawa. Saya banyak google cara caranya. Tapi saya pilih yang paling senang iaitu air asam jawa. Sebelum tidur rendam dua sudu asam jawa dalam segelas air panas. Kacau bagi larut dan biar semalaman. Pagi esok boleh minum. Saya rasa perut saya meragam lepas minum air asam jawa ni. Dia macam simptom cirit birit tapi bukan. Mungkin air tu tengah membersihkan perut daripada toksik kan. Hmm mungkin. Oklah. Baru dua hari try. Kita tengok result sebulan ye. Jangan lupa lakukan side dish plank dan squat untuk mempercepatkan proses itu. ☺ Ok bye. Saya akan update lagi.