Skip to main content

Posts

SaLam Ramadhan

Assalamualaikum dan ape khabar... Hari ni genap sebulan syaaban berlalu..maka automatisnya ramdhan tiba. Siapa yang pergi sembahyang terawih tadi? Angkat tangan. Bagusnya Alhamdullillah sejuk perut mak mengandung. Hari pertama bulan puasa kali ni di PERAK. Ok, pertama kali sambut ramadhan bersama kawan-kawan. Macam-macam plan, macam mana nak sahur? Nak beli kat mana? Macam sebulan je nak sambut puasa kat Perak kan. Ala, cuma 4 hari je...Lepas habis paper pada 13 haribulan 7.. boleh la menjerit di tepi bukit.. Hooorayyyy.. Selamat tinggal UiTM PERAK. Hampir 2 tahun setengah belajar di sini. Sekejap je masa berlalu. Dari takde kewujudan Tesco, sampailah ada MCD, Billion dan pokok ICT.. ?? (blank jap)  Nak berucapan sikit: TIADA KATA SEINDAH ZIKIR,....TIADA IBADAH SEINDAH PUASA....TIADA HARI SEINDAH JUMAAT...TIADA BULAN SEMULIA RAMADHAN.... SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN AL-MUBARAK DAN SELAMAT MENUNAIKAN IBADAH PUASA..  salam sayang buat semua kawan-kawan, sahabat, ...

Final Exam

Assalamualaikum... apa khabar belog.. aku busy sangat...tak sempat nak jenguk blog ni.. mintak maaf sangat-sangat. Tambahan lagi, banyak kerja akhir nak kena siapkan sebelum masuk praktikal nanti 29/7. Report untuk subjek Research Methodology kena hantar 1 haribulan ni. Tapi itu tak jadi masalah, sebab confirm akan siap sebelum tarikh due date. Janji hantar on time.  Semalam baru habis paper Compensation and Benefit. Alhamdulillah, smooth je jawab. Tapi jawapan entah betul atau tidak. Tak boleh letak tahap konfident tinggi sangat sebab takut pressure nanti dapat result. Jadi, kita pasrah dan terima je apa yang dapat. Yang penting usaha sudah. Atas Allah lah nak bagi apa kan. Itulah. Teruk. Ingatkan darurat akan diistiharkan semalam. Manalah tahu, sebab semalam jerebu teruk sangat. Bau asap dia memang kuat. Hai, nasib baik tak sempat nak istiharkan darurat kat perak ni. Kalau tak final exam memang postpone dah. Semua kena postpone. Habislah banch aku bila nak grad pun t...

Jangan pernah berubah.

Assalamualaikum.. ditujukan khas buat KAU Pernah tak lepas satu benda kau gagal untuk buat , kau akan berubah. 'Ok, test seterusnya aku nak score'. Sebab apa ada niat nak score untuk test yang seterusnya sebab sebelum ni kau tak berjaya kan. Tak berjaya nak dapatkan apa yang diinginkan. Apakah punca kegagalan kau sebelum ni? Pernah selidik tak kenapa sebelum ni kau gagal? Aku tahu sebab apa aku gagal... sebab aku ego, aku rasa kepala otak aku dah cukup dengan ilmu, aku rasa aku dah meluangkan masa yang lama untuk itu. Kenyataanya, kau tidaklah meletakkan hati kau seratus peratus. Hati kau ke laut. Kau sibuk. Sibuk dengan benda lain. Kau banyak main dan kau tak serius nak belajar. Kau rasa benda yang kau buat ni hanya untuk lengkapkan sesuatu. Atau kau buat ini semua kerana terpaksa. Kau tak perasan mungkin perasaan ikhlas kau tu dibuat-buat. Mungkin. Bila dah pasang niat untuk scor seterusnya, automatik kau akan belajar, membaca, mengingat dan menelaah dengan tekunnya....

Bukan mudah untuk mudah.

Assalamulaikum dan selamat pagi.. 7.5.2013, sudah dua hari selepas Pilihan Raya Umum ke-13 berlangsung. Maka sudah dua hari kedengaran pelbagai desus-desas mengenai keputusan PRU. Ada yang berpuas hati, ada yang tersenyum, ada yang sakit hati dan yang penting mesti ada tuduh-menuduh. Orang tu tuduh orang ni, orang ni tuduh orang nuh, orang nuh tuduh orang-orang. Orang-orang?  Memang tak nak kaitkan diri dengan politik, walaupun politik tu memang penting kan. Mungkin suatu hari nanti, tapi bukan sekarang. Sekarang masa untuk berjuang. Berjuang dengan buku-buku, berjuang dengan hidup sebagai seorang pelajar, berjuang dengan duit untuk menampung pembelajaran dan berjuang ke jalan Illahi. Bukan mudah untuk jadi mudah. Bukan mudah untuk jadi susah.  Hidup mesti ada tujuan. Kalau hidup tanpa tujuan ibarat menaiki bot di tengah lautan tanpa ada tempat untuk dituju, hanya terumbang-ambing dipukul ombak. Manusia suka hidup tanpa tujuan dan oleh sebab itu mereka selalu rugi...

Si comel mamat dan minah

ni mamat, abang kepada minah. Hensem!  tidur ala-ala udang yang dah masak.  ni minah, suka sangat tidur kat tempat pelik-pelik

Wahh..

Assalamualaikum dan selamat berhujung minggu..  Hensem!! Sungguh indah ciptaan Allah s.w.t. Semalam tak sengaja tertengok muka iras-iras Zizan Razak depan 7 Eleven tapi muka dia macam pan asia sikit. Sepanjang pelajaran di Seri Iskandar ni aku dapat jumpa 2 orang kembar Zizan. Hehe. Matured sorang, pan asia sorang. Selalu je usha yang sorang ni, dia senior aku tapi jurusan lain, sama fakulti sebab selalu terserempak. Tapi semester ni tak da lah pula terserempak dengan dia, mungkin dah habis belajar. Mungkin. 

fitrah

Assalamualaikum dan selamat senja.. Bulan april sudah berkunjung tiba, maknanya genap sebulan aku berada di bumi perak. Alhamdulilah, hari ini aku sihat dan masih bertenaga untuk meneruskan sisa-sisa pembelajaran yang masih berbaki empat bulan. Lumrah belajar, mesti ada tekanan bila nak menyiapkan kerja sekolah yang diberi. Bukan senang nak menjana idea untuk menyiapkan laporan dan membuat kerja berkumpulan. Mesti bersungguh-sungguh. Kalau ada istilah cincai-cincai, markah dapat pun cincai-cincai juga lah.  Kebiasaanya bila kita diberikan kejayaan, penghargaan, kekayaan dalam kehidupan kita. Ya, kita akan bersyukur. Bersyukur! Alhamdullilah. Tapi bagaimana jika kita diberikan kekurangan, kecacatan, ataupun kita selalu membuatkan orang terasa hati? Bagaimana? Adakah kita akan bersyukur? Jadikanlah kekurangan itu sebagai kekuatan. Setiap manusia dicipta dengan segala kelebihan dan kekurangan.Kalaulah masa boleh berputar kembali, mesti kita akan tidak mengulanginya. Mesti pen...