Skip to main content

Posts

Si comel mamat dan minah

ni mamat, abang kepada minah. Hensem!  tidur ala-ala udang yang dah masak.  ni minah, suka sangat tidur kat tempat pelik-pelik

Wahh..

Assalamualaikum dan selamat berhujung minggu..  Hensem!! Sungguh indah ciptaan Allah s.w.t. Semalam tak sengaja tertengok muka iras-iras Zizan Razak depan 7 Eleven tapi muka dia macam pan asia sikit. Sepanjang pelajaran di Seri Iskandar ni aku dapat jumpa 2 orang kembar Zizan. Hehe. Matured sorang, pan asia sorang. Selalu je usha yang sorang ni, dia senior aku tapi jurusan lain, sama fakulti sebab selalu terserempak. Tapi semester ni tak da lah pula terserempak dengan dia, mungkin dah habis belajar. Mungkin. 

fitrah

Assalamualaikum dan selamat senja.. Bulan april sudah berkunjung tiba, maknanya genap sebulan aku berada di bumi perak. Alhamdulilah, hari ini aku sihat dan masih bertenaga untuk meneruskan sisa-sisa pembelajaran yang masih berbaki empat bulan. Lumrah belajar, mesti ada tekanan bila nak menyiapkan kerja sekolah yang diberi. Bukan senang nak menjana idea untuk menyiapkan laporan dan membuat kerja berkumpulan. Mesti bersungguh-sungguh. Kalau ada istilah cincai-cincai, markah dapat pun cincai-cincai juga lah.  Kebiasaanya bila kita diberikan kejayaan, penghargaan, kekayaan dalam kehidupan kita. Ya, kita akan bersyukur. Bersyukur! Alhamdullilah. Tapi bagaimana jika kita diberikan kekurangan, kecacatan, ataupun kita selalu membuatkan orang terasa hati? Bagaimana? Adakah kita akan bersyukur? Jadikanlah kekurangan itu sebagai kekuatan. Setiap manusia dicipta dengan segala kelebihan dan kekurangan.Kalaulah masa boleh berputar kembali, mesti kita akan tidak mengulanginya. Mesti pen...

Hentikan pemanasan global!

Assalamualaikum dan salam perak amanjaya.  Aku bukan orang Perak. Noted. Mintak maaflah ye. Taknak lah ada kena-mengena dengan perak lepas ni. Yelah panas kat perak ni lain macam. Lagi-lagi kalau menginjak pukul 11.59 tengahari. Kalau duduk dalam kereta, nampak haba atas jalan raya. Macam duduk dalam oven dah. Haiish. Sebab tu ramai student perak tak keluar rumah, takut panas agaknya haha. Lokasi aku sekarang di seri iskandar. Bandar Seri Iskandar. Dah membangun nampaknya. Macdonald drive-thru dah ada. Lepas tu Billion pulak masih dalam pembinaan. Dah 80 peratus siap. Nanti lepas aku graduation, confirm dah bukak. Memanglah bandar seri iskandar akan membangun, tapi cuaca panas mungkin akan lebih mengganas... pada firasat aku, cuaca panas di perak ni lain macam sebabnya pokok takde! Seriuslah, habis semua pokok-pokok besar ditebang semata-mata nak buat bangunan yang ala-ala perniagaan camtu. Padahal kat seri iskandar, dah banyak bangunan yang terbiar, setakat pemerhatian ak...

Trip kami

Assalamualaikum.....dan salam hari gembira Ye.. agak lama dah tak buka blog. Hilang semua idea untuk menulis.. Haaa.. sempena dah last semester kami belajar di perak ni.. Kami pun pergi trip. Ke mana?? Lost World of Tambun. Ok,malas nak cerita panjang,tengok gambar je lah sepanjang kami berada di sana. :D Haa,mesti nak tahu berapa tiket masuk kan. Bagi yang tak pernah pergi lah kan. Yang dah pergi tu, shut your mouth,sebab biar aku yang bagitahu hahahaha. Just kidding. Tiket masuk bagi dewasa cuma 45 je, bagi kanak-kanak 38 kot, tak ingat pulak.. sebab aku bukan kategori kanak-kanak.!  Kalau kamu nak datang ke sini, dinasihatkan pakai legging. Sebab apa nanti tak boleh naik gelongsor air tu. Aku pergi sana pakai seluar track jadi memang kempunan nak naik gelongsor tu. Demn. Tak puas hati lah kan sebab tak dapat buat semua aktiviti kat sana. Bila lah nak pergi lagi.. 10 tahun akan datang agaknya..  Jadi sesiapa yang m...

Tak percaya lagi

Assalamualaikum... Sekejap masa berlalu.. Semalam naik bas di Jerteh. Lepas tu celik mata dah sampai Perak. Dilema betul. Macam baru sehari cuti. Walaupun hakikatnya cuti sebulan. Aku tak percaya..arghhhh. Hurmm,macam biasalah masuk ni semester 5. Dah jadi super senior dah,tapi junior kenal ke aku?. Tak percaya,tak percaya wahhhh. Umur pun dah tuo,. Bibik aku panggil aku perawan tuo, kurang asam kan. Nak banding dengan org kampung dia memang la tak sama. Sekolah pun tak. Isk.. Bila nak teriima kenyataan ya atikah. ~

Masa berlalu

Assalamualaikum.. dan salam bulan febuari... Pejam celik - pejam celik its the end of febuari. Kan. Sekejap je masa berlalu. It only the beginning. Ini baru permulaan, permulaan kepada bulan baru. Bulan yang bakal di tempuhi mungkin lebih berliku dan mencabar. Maklumlah cuti semester bakal melabuhkan tirai. Serba tak kena rasanya, semakin resah gelisah jikalau memikirkan cuti dah nak habis. Ohhhhhhhh.. Sebenarnya banyak lagi perkara yang aku hendak lakukan tapi tak kesampaian. Yelah,mungkin banyak kekangannya. Duit takda, itu takda, ini takda, apa-apa pun takda.. tapi aku Bersyukur sebab aku ada dia !. Alhamdulillah. Yes! Akhirnya hari yang dinanti tiba. Masa berlalu dengan pantas sekali. Semalam baru terasa demam exam, sekarang demam darjah celcius. haha. Syoklah. Lain kali tak mau dah cuti semester di negeri orang. Mungkin best tapi tak jugak. Sesetengah orang suka, lantak dialah. Inikan kisah aku,biarlah aku tentukan sendiri jalan cerita dia macam mana. Jangan masuk campur. Sh...