Skip to main content

Masa berlalu

Assalamualaikum.. dan salam bulan febuari...

Pejam celik - pejam celik its the end of febuari. Kan. Sekejap je masa berlalu. It only the beginning. Ini baru permulaan, permulaan kepada bulan baru. Bulan yang bakal di tempuhi mungkin lebih berliku dan mencabar. Maklumlah cuti semester bakal melabuhkan tirai. Serba tak kena rasanya, semakin resah gelisah jikalau memikirkan cuti dah nak habis. Ohhhhhhhh.. Sebenarnya banyak lagi perkara yang aku hendak lakukan tapi tak kesampaian. Yelah,mungkin banyak kekangannya. Duit takda, itu takda, ini takda, apa-apa pun takda.. tapi aku Bersyukur sebab aku ada dia !. Alhamdulillah.


Yes! Akhirnya hari yang dinanti tiba. Masa berlalu dengan pantas sekali. Semalam baru terasa demam exam, sekarang demam darjah celcius. haha. Syoklah. Lain kali tak mau dah cuti semester di negeri orang. Mungkin best tapi tak jugak. Sesetengah orang suka, lantak dialah. Inikan kisah aku,biarlah aku tentukan sendiri jalan cerita dia macam mana. Jangan masuk campur.


Shuuuh~ Macam ayah aku cakap, no money, no talk. Jadi memang betullah kan. Kalau takda duit, senyap sudahlah. Hanya memalukan diri bila bersuara yang tidak membawa erti apa-apa. Ibarat priceless. 3 hari berturut-turut cirit-birit. Ini semua gara-gara air teh tanpa gula campur asam jawa. Yakkk! Rasa macam air longkang. Bibik punya petua la untuk kempiuskan perut. memang perut pun jadi konfius sebab minum jamu dari bibik ni. Tak pulak dia mention akan mengakibatkan sakit perut. Perut aku dah macam blender. Tapi alahamdulillah, hasilnya ternyata perut memang kempis. Slim sikitlah. Sampai orang tegur, Kau takda perut ke? : ) berhasil. Lain kali tak nak buat dh. 3 hari berharga aku lenyap disebabkan jamu bibik tu.

Comments

Popular posts from this blog

Kuantiti air ikut berat badan.

Hai kawan-kawan semua. Berapa liter air sehari anda minum. Segelas, dua gelas, tiga gelas or berbotol-botol. Baguslah kalau banyak minum air masak. Tapi cukupkah air yang korang minum dengan berat badan korang tu. 
*Aku suka Hujan * Semua orang tahu, di dunia ni Hujan adalah rahmat Allah s.w.t.. Ada orang suka bila hujan turun. Ada juga yang tak suka bila hujan turun. Orang yang jemur kain tak suka bila baju yang mereka jemur basah terkena hujan. Mereka selalu merungut. 'Apesal hujan, kan dah kena basuh sekali lagi,hish.'  Orang suka bila hujan turun, kerana mereka dapat tidur lena. Bila hujan turun, suasana jadi sejuk dan dingin. Memang masa yang ideal untuk tidur.  Aku pulak suka bila hujan turun, sebab suatu ketika dahulu air dekat rumah aku kering. Aku dan keluarga guna air hujan untuk keperluan harian kami. Aku mandi air hujan. Walaupun aku tahu aku akan demam, tapi aku suka mandi hujan kerana hujan membuatkan hatiku tenang. Aku suka hujan, kerana adanya cuaca panas. Cuaca panas membuatkan aku panas. Hujan yang menyejukkan aku. Selepas hujan berhenti, kalau bertuah aku akan dapat melihat pelangi. Sungguh indah saat itu. Sungguh besar ciptaan-Nya. ...

Cabaran Kempiskan Perut

Assalamualaikum semua.. Sudah 2 hari berlalu dengan cabaran kempiskan perut menggunakan asam jawa. Saya banyak google cara caranya. Tapi saya pilih yang paling senang iaitu air asam jawa. Sebelum tidur rendam dua sudu asam jawa dalam segelas air panas. Kacau bagi larut dan biar semalaman. Pagi esok boleh minum. Saya rasa perut saya meragam lepas minum air asam jawa ni. Dia macam simptom cirit birit tapi bukan. Mungkin air tu tengah membersihkan perut daripada toksik kan. Hmm mungkin. Oklah. Baru dua hari try. Kita tengok result sebulan ye. Jangan lupa lakukan side dish plank dan squat untuk mempercepatkan proses itu. ☺ Ok bye. Saya akan update lagi.