Skip to main content

Cuti semester

Assalamualaikum..perjalanan pulang ke kampung mengambil masa yang amat lama. 12 jam. Perjalanan dari shah alam ke jerteh amat memenatkan. Ekoran daripada peristiwa banjir besar yang melanda negeri pantai timur. Laluan bas turut berubah. Laluan ke grik masih tidak dapat dilalui mungkin kerana jalan rosak. Tiket baS pukul 9.30 pagi.. aku bergegas ke kaunter tiket untuk bertanya adakah bas trip ke jerteh sudah sampai... staf yang bertugas inform yang bas mungkin lewat tiba selama satu jam.. mak aih. Lewat sangat. Dahla stesen bas seksyen 13 jauh dari rumah sewa.

Nak ikutkan cerita..bas sampai awal pada pukul 9.45 pagi. Tipu je kaunter tu cakap sejam kan. Bagi harapan palsu. Hee. Seingat aku jam menunjukkan pukul 5 petang..dan bas berhenti untuk rehat. Dan teka dimana aku berada.. masih di gua musang. Sangat lama perjalanan. Habis kaki kebas dan sakit. Tidur dalam bas memang bukan tabiat aku sebab aku rasa tidak selamat. Aku berzikir dari pijakkan kaki atas bas sehingga turun dari bas. Kalau terlelap tu pernahla..tapi kalau tidur memang tak. Bayangkanlah pemandu bas bawak bas camna..

Usai rehat dan sembahyang..bas melalui kawasan banjir di gua musang. Mashaallah. Teruk. Harta benda dan pakaian berselerak atas jalan. Sedih dan sayu. Jam menunjukkan pukul 6 petang dan suasana berubah. Bas bergerak semakin perlahan. Lampu dibuka tanda memberi hormat kepada kawasan terjejas banjir. Kuala krai. Lagi teruk kemusnahan yang dibawa air bah. Pokok menjadi warna keperangan akibat air lumpur. Rumah ranap. Rumah yang berada berhampiran sungai hanya tinggal tiang dan tangga. Rumah bercerai dua dengan tapak. Sayu..pilu. kelihatan sekeluarga berkumpul di luar rumah berlampukan cahaya lilin. Sungguh pilu. Tanpa ku sedar menitik air mata semasa melalui kawasan itu. Jam menunjukkan pukul 7 malam dan cuaca bertambah gelap. Bas masih bergerak perlahan ekoran ramai pihak yang konvoi untuk menghantar bantuan.

Aku tercari cari anak panah ke manek urai tetapi tidak kelihatan. Semoga mangsa banjir tabah menempuhi dugaan. Setiap tahun banjir akan berlaku namun tahun 2014 merupakan ujian Allah yang besar kepada semua manusia. Berbaloi sampai lambat ke jerteh kerana aku dapat merasai perasaan mereka yang ditimpa musibah banjir. Tetapi perasaan yang aku rasa hanya kecil..semoga semua mangsa tabah. Mungkin ada hikmah di sebalik semua ini. Salam takziah untuk semua.

Comments

Popular posts from this blog

privacy?

How much privacy do we have left? Privacy. The right to be left alone and to be free of unreasonable personal intrusions. Court decisions have followed two rules: (1) The right of privacy is not absolute. Your privacy must be balanced against the needs of society. (2) The public’s right to know is superior to the individual’s right of privacy. i need my own privacy!!! what about you???

QM for window

Hello pals, do you know what is QM? QM is a sofware used by the mathematician and others in many ways. I am using QM in my statistic class during Linear Programming chapter. Besides that, QM also a software used for production, operations management, management science and operations research. It is widely used. The software has an easy menu which a lot easier for student to use it. In addition, the software is user-friendly. Of course, the software is a standard windows application where it can be install. It has flexibility, and great user support. Currently, I am using the version of 4. If you familiar with spreadsheet, excel, or any windows software, you can use this software. Whenever you want to key-in the data, there will be clear instruction and guidelines given. It is good for the student who want to learn or use this software.  The software can be easily download from the website or through the official QM software for window. Just Google it. Currently, I am stil...