Skip to main content

Just leave your ears alone.

Assalamualaikum dan hari ini 5 November. Guess what?

Menarik kan topik Jangan ganggu tahi telinga anda. Pernah dengar tak lagu jangan ganggu pacarku. Lagu tu dengan kisah tahi telinga ni memang takde kena mengena. Hari ni kelas habis awal sebab Dr. Finance aku ade meeting. Alhamdulilah, boleh balik awl dan rehat. 

Hari ni, tak tahu kenapa aku mengoogle pasal CSOM atau nama panjang die Chronic Supurrative Otitis Media. Kerana aku pernah menjadi sebahagian daripadanya atau menghidap penyakit Otitis Media peringkat kronik. Dimana sampai satu tahap, jika tidak sembuh possibility untuk pembedahan adalah tinggi. Walhal, kadang kadang aku mengalami sakit kepala yang mungkin berpunca dari telinga. Itu aku tidak pasti. Tetapi yang aku pasti, akulah punca telinga aku bermasalah. 

Lets the story begin... pada suatu pagi, cuti hujung minggu awal bulan januari 2013, aku ternampak sebungkus putik kapas yang bersaiz s di atas rak. Selepas itu, mungkin sebab sudah terbiasa menggunakan putik kapas bersaiz biasa, menyebabkan aku tidak perasan yang aku sudah memasukkan hampir kesemua putik kapas itu ke dalam telinga kananku. Pada waktu itu, takde plak rasa lain macam.
Then, the show slowly begin. Esok hari, selepas balik bekerja, telinga aku berdenyut-denyut. Aku mengadu kepada bibik. Bibik omong mungkin sebab penat. Aku mengiakan aja cakap bibik. Ok.

Keesokannya, something keluar dari telinga aku. That its. Cecair yang sangat busuk. Dan cecair itu adalah campuran nanah + darah. Aku takut. Hari tu jugak, aku pergi ke klinik. Dan doktor bagi ubat titis dan antibiotik. Doktor pun memeriksa telinga dan doktor buat sedikit treatment. Seminggu, aku hilang sebelah deria pendengaran. Kalau ada orang panggil, aku cakap "talk to my left ear". Sampai macam tu sekali. Penyakit Otitis Media menyebabkan korang tak boleh tidur malam. Korang akan menangis sebab teramat sakit. Korang rasa ada benda berjalan dalam kepala otak korang. Sangat sakit. Almaklumlah..sakit telinga adalah penyakit membunuh yang kedua selepas sakit gigi. 

Selepas beberapa minggu, aku buat follow up dan doktor sahkan aku menghidap CSOM, dan doktor dengan gembiranya cakap 'Awak,gegendang telinga awak dah berlubang ye!'. Ok fine. Aku tak tahu apa maksud gegendang telinga berlubang. So, tak banyak respon la aku bagi kat doktor. Doktor pun bagi ubat titis Sofradex dan Antibiotik baru. Di rumah, emak aku guna cara tradisi iaitu menitikkan air rebusan sirih ke dalam telinga aku. Emak aku pun doktor kampung taw. Orang tua biasalah banyak petuanya. Ikut je lah. Tapi Alhamdulillah, selang 3 hari titis air rebusan sirih tu, telinga rasa macam okey. Tetapi telinga tu tetap rasa macam berair dan mengalir. Kalau duduk tengok tv, tiba-tiba pipi basah. Cepat cepat cari kain nak lap. Kalau sentuh cecair tu amatlah busuk. Sympton die la tu. Aku dah terbiasa. Last follow up aku buat dengan doktor pada bulan 2. Doktor cakap yang lepas jumpa dia, aku kena pergi jumpa Pakar ENT. Aku cakap, saya takde duit nak bayar ENT tu. Then, doktor tu cakap, jangan risau ENT ada yang kerajaan punyer. Oh okay. 

Setelah beberapa bulan berlalu....

Hari ni, pendengaran telinga aku alhamdulilah okay walaupun tanpa rawatan susulan dari Pakar ENT. Tetapi aku jugak risau jikalau ianya terjadi lagi atau ada kesan sampingan. Tapi kalau itu adalah satu ujian, aku terima. Sekarang, aku memang fobia dengan putik kapas tu. Memang selepas kena, aku serik nak korek telinga lagi. Takut pisang berbuah dua kali. Maybe, in the future, I will go to further treatment.. 

"there is nothing good about putting anything in your ear."

This Will Make You Never, Ever Want To Clean Your Ears Again..



Comments

Popular posts from this blog

Kuantiti air ikut berat badan.

Hai kawan-kawan semua. Berapa liter air sehari anda minum. Segelas, dua gelas, tiga gelas or berbotol-botol. Baguslah kalau banyak minum air masak. Tapi cukupkah air yang korang minum dengan berat badan korang tu. 
*Aku suka Hujan * Semua orang tahu, di dunia ni Hujan adalah rahmat Allah s.w.t.. Ada orang suka bila hujan turun. Ada juga yang tak suka bila hujan turun. Orang yang jemur kain tak suka bila baju yang mereka jemur basah terkena hujan. Mereka selalu merungut. 'Apesal hujan, kan dah kena basuh sekali lagi,hish.'  Orang suka bila hujan turun, kerana mereka dapat tidur lena. Bila hujan turun, suasana jadi sejuk dan dingin. Memang masa yang ideal untuk tidur.  Aku pulak suka bila hujan turun, sebab suatu ketika dahulu air dekat rumah aku kering. Aku dan keluarga guna air hujan untuk keperluan harian kami. Aku mandi air hujan. Walaupun aku tahu aku akan demam, tapi aku suka mandi hujan kerana hujan membuatkan hatiku tenang. Aku suka hujan, kerana adanya cuaca panas. Cuaca panas membuatkan aku panas. Hujan yang menyejukkan aku. Selepas hujan berhenti, kalau bertuah aku akan dapat melihat pelangi. Sungguh indah saat itu. Sungguh besar ciptaan-Nya.

Otitis Media 1

Assalamualaikum.. Hari ini, due date untuk menghantar kuiz subjek Managerial Finance.. Alang - alang dah masuk kampus, aku mintaklah kawan aku hantarkan ke Klinik Kesihatan. Terima kasih kawan yang sudi hantarkan saya. Terima kasih, hanya ucapan itu yang bisa ku lontar.  Akhirnya, aku telah membuat keputusan untuk berjumpa doktor. Sebenarnya aku takut nak jumpa dengan doktor. Perasaan berbelah bahagi nak jumpa atau tidak. Kalau tak jumpa, kalau ikutkan sakit, memang sakit. Kalau tak jumpa, bila lagi ada masa nak jumpa. Aku tengah dalam proses belajar membuat keputusan muktamad. Sebabnya, keputusan selalu berubah - ubah di saat - saat akhir. Kadang - kadang, aku terfikir kenapa aku tak boleh nak buat keputusan pada masa tu jugak. Entahla. Kalau fikir lama - lama pun  tak dapat jugak jawapan dia.  Emak cakap, kalau sakit macam mana pun, jangan biarkan doktor belah atau operate. Emak cakap banyak lagi cara lain untuk sembuhkan penyakit selain daripada pembedahan. Emak cakap l