Skip to main content

Apa Kabar

Assalamualaikum dan selamat petang....

Baru sudah makan. Lega rasanya bila perut dah diisi. Takde lah dia meragam-ragam mintak nasi. Aku pelik time cuti ni tabiat aku ialan bangun awal. Pukul 6 dan apa yang mengejutkan adalah lepas bangun dan solat subuh, aku tak sambung tidur tapi aku baca buku. Buku apa? Buku Lawak kampus yang tebal tu.. Memang buang tabiat kan. Pepagi hari baca buku lawak..

Hari ni penat sangat. Nak tahu kenapa? Sebab hari ini kerja mendesign bilik my nephew. Dari katil single tu kepada katil Queen. Cantik bilik my nephew, cat kaler ungu.. Nampak macam moden je dari sebelum ni. Apa yang memenatkan adalah bila time nak angkat katil queen tu naik tingkat atas. Memang berat nak mampus. Mungkin kalau orang lain yang badan kecik tu,confirm-confirm tak larat nak usung 2 orang je. Nasib baik aku dah ada ilmu taekwando. Jadi setakat angkat tu boleh la tahan. Macam cakap besar lah plak.. ishk2..

Aku rasa mesti semua member tengah cuak menunggu result kan. Lagi 3 hari result keluar. Aku tak tahu apa keputusannya. Berdebar pun tidak. Mungkin sebab aku pasrah dan redho dengan apa jua result aku bakal terima nanti. Insha allah okay, usaha sudah.. Sebenarnya aku bukanlah jenis orang yang excited bagai nak tengok result tu.. Just suam-suam kuku je.. Member-member yang satu universiti dengan aku ni, time cuti camni memang senyap 100%. Mungkin mereka sibuk menguruskan hal ehwal rumah tangga mereka sendiri. Ataupun mungkin mereka bekerja. Aku agak-agak je. Mungkin, apa-apa pun boleh.

Rindu dengan member-member. Tapi nak buat macam mana dah memang macam tu. Asal cuti je silent.. Terbaikk. Jadi kawan-kawan yang mengenali aku, i miss you.. :)

Comments

Mul-an said…
samalah rindu sgat dengan rakan2..mmg da jadi adat..kalu cuti sem seakan terputus talian persahabatan...huhu

Popular posts from this blog

Kuantiti air ikut berat badan.

Hai kawan-kawan semua. Berapa liter air sehari anda minum. Segelas, dua gelas, tiga gelas or berbotol-botol. Baguslah kalau banyak minum air masak. Tapi cukupkah air yang korang minum dengan berat badan korang tu. 

Otitis Media 1

Assalamualaikum.. Hari ini, due date untuk menghantar kuiz subjek Managerial Finance.. Alang - alang dah masuk kampus, aku mintaklah kawan aku hantarkan ke Klinik Kesihatan. Terima kasih kawan yang sudi hantarkan saya. Terima kasih, hanya ucapan itu yang bisa ku lontar.  Akhirnya, aku telah membuat keputusan untuk berjumpa doktor. Sebenarnya aku takut nak jumpa dengan doktor. Perasaan berbelah bahagi nak jumpa atau tidak. Kalau tak jumpa, kalau ikutkan sakit, memang sakit. Kalau tak jumpa, bila lagi ada masa nak jumpa. Aku tengah dalam proses belajar membuat keputusan muktamad. Sebabnya, keputusan selalu berubah - ubah di saat - saat akhir. Kadang - kadang, aku terfikir kenapa aku tak boleh nak buat keputusan pada masa tu jugak. Entahla. Kalau fikir lama - lama pun  tak dapat jugak jawapan dia.  Emak cakap, kalau sakit macam mana pun, jangan biarkan doktor belah atau operate. Emak cakap banyak lagi cara lain untuk sembuhkan penyakit selain daripada pembedahan...
*Aku suka Hujan * Semua orang tahu, di dunia ni Hujan adalah rahmat Allah s.w.t.. Ada orang suka bila hujan turun. Ada juga yang tak suka bila hujan turun. Orang yang jemur kain tak suka bila baju yang mereka jemur basah terkena hujan. Mereka selalu merungut. 'Apesal hujan, kan dah kena basuh sekali lagi,hish.'  Orang suka bila hujan turun, kerana mereka dapat tidur lena. Bila hujan turun, suasana jadi sejuk dan dingin. Memang masa yang ideal untuk tidur.  Aku pulak suka bila hujan turun, sebab suatu ketika dahulu air dekat rumah aku kering. Aku dan keluarga guna air hujan untuk keperluan harian kami. Aku mandi air hujan. Walaupun aku tahu aku akan demam, tapi aku suka mandi hujan kerana hujan membuatkan hatiku tenang. Aku suka hujan, kerana adanya cuaca panas. Cuaca panas membuatkan aku panas. Hujan yang menyejukkan aku. Selepas hujan berhenti, kalau bertuah aku akan dapat melihat pelangi. Sungguh indah saat itu. Sungguh besar ciptaan-Nya. ...