Skip to main content
Hari yang indah. Kenapa? Alhamdulilah, kerana aku masih bernyawa pada hari ini. Hari ini juga dapat terima skrol dari pihak uitm. Bukan skrol grad tapi skrol sementara menggantikan sijil anugerah dekan. Mungkin sebab kekurangan bajet, kali ni majlis makan cuma diadakan di dewan kuliah utama. Makan pulak bawah khemah. Hidangan Nasi Pelangi lauk ayam masak merah, daging gulai, paru yang ada kuah, arca buah, kuih-muih.

Kali ni, ramai wakil program kami, seramai 52 orang tetapi dari jumlah semua tidak seramai program lain. Majlis yang meraikan pelajar macam ni memang di tunggu-tunggu. Nak tahu sebab apa? Sebab dapat makan mewah, sekali setiap semester. Kalau ada rezeki, Alhamdulilah.

Hari ni selepas makan Nasi pelangi, rasa mengantuk yang teramat. Sebelum ni boleh dikawal lagi. Mungkin sebab makan awal. Perut dah kenyang, mesti mengantuk. Mungkin. Masa majlis ni tengok semua orang pakai baju cantik-cantik. Aku, pakai ala kadar je. Tapi tak mengapa. Kena bersyukur dengan apa yang ada. Cuba bandingkan dengan orang yang takda tu.

Esok semoga Allah bagi peluang untuk aku teruskan kehidupan. Masih banyak yang belum dipelajari. Dan esok petang ada test ENT. Semoga dipermudahkan menjawab. Oklah, Happy berhujung minggu. Ingatlah orang yang tersayang.

Comments

Popular posts from this blog

mungkin masuk kalau ganti gambar kartun ikut kategori. Jom tengok.   AZREEN suka Danbo Budak atas cakap umul suka powerpuff girl. tapi............. sebenarnya umul suka sailor moon. Ouch seksinya sailormoon nie.:3 Nanti saya sambung lagi ye. Nak g beli hadiah untuk  jiran sebelah. BYE! okay I'm back. Mila suka kucing. nilah kucing Mila.Jumpa kucing je mila jadi kucing. Meow meow. lagi lagi yaya yang sempoi, yaya suka makan macam bawah nie. :3 dan bear ini saya nak kasi kepada akak wani.  Ini adalah spongebob dari nogori sembilan. Siapakah dia? teng teng teng itulah fida. Ni adalah akak puteri. Kartun ape yg paling sesuai untuk sidia? Mungkin yang ini okay.  Boboi boy kuat, Kena kecikkan sikit gambar ni.   Okey lastly sheril yang agak agak ape eh. huhu bagi dia kartun nie la.

Cabaran Kempiskan Perut

Assalamualaikum semua.. Sudah 2 hari berlalu dengan cabaran kempiskan perut menggunakan asam jawa. Saya banyak google cara caranya. Tapi saya pilih yang paling senang iaitu air asam jawa. Sebelum tidur rendam dua sudu asam jawa dalam segelas air panas. Kacau bagi larut dan biar semalaman. Pagi esok boleh minum. Saya rasa perut saya meragam lepas minum air asam jawa ni. Dia macam simptom cirit birit tapi bukan. Mungkin air tu tengah membersihkan perut daripada toksik kan. Hmm mungkin. Oklah. Baru dua hari try. Kita tengok result sebulan ye. Jangan lupa lakukan side dish plank dan squat untuk mempercepatkan proses itu. ☺ Ok bye. Saya akan update lagi.