Skip to main content

Adam vs Hawa

Benar kata orang, bila umur dah meningkat 20-an, itulah masa yang ideal untuk berkasih. Berkasih secara halal okay. Jangan salah paham. Mesti golongan hawa yang single tu tengah risau kan. Sekarang trend perigi mencari rimba. Eh,silap timba la.
Umur dah 20 tahun 9 bulan ++ . Lagi 3 bulan genap la 21 tahun kalau xsilap, betul dah kalau ikutkan surat beranak. Nampak tak muka I yang tengah risau nie. Sampai jadi kosong, kosong.
 Kawan-kawan ramai dah bertukar status dari single ke engaged, ada pulak yang dah ada anak. Happy family betul. Bagusla semoga bahagia ke anak dan cucu.
Mula-mula masuk belajar, bukan SPM tapi atas sikit pada diploma. Awal-awal lagi mak dah pesan. 'Akak pergi belajar ye, jangan mencuci mata sangat, jangan menggatal.' Masa mak pesan tu baru ada niat nak menggatal. Haha. Bukan menggatal sangat pun, tapi mencari jejaka idaman. Bukan ke zaman timba dan perigi.Orang cakap chill la dulu,cuci-cuci mata.
Kita kena ikut trend, kalau tak ketinggalan zaman. Nak jadi katak bawah tempurung ke?
Berbalik kepada kisah tadi iaitu jodoh. Selepas 3 semester belajar dan tahun nie tamat la 3 semester itu. Pelik.. Mak asyik tanya, dah ada ke belum. Apa yang ada apa yang xde. Haritu bukan main marah lagi, sekarang menyokong pulak suruh cari jejaka. Ayoyo, pening betul.
Mungkin, mak xsabar nak tengok anak dia sorang ni kahwin. Hehe. Gatal.
Hawa diciptakan untuk Adam dan sebaliknya. Kalau dah ternyata adam untuk Hawa, bolehkah kita menunggu sahaja. Ianya tidak datang bergolek. Usaha dan Usaha.Mana tahu, mungkin  Adam sedang menunggu anda di luar sana. Berkasih tidak semestinya sampai ke jinjing pelamin. Itulah hakikat kehidupan dunia sekarang. Berkasih dengan orang lain, berkahwin pulak dengan?
Selamat bertemu wahai Adamku.Aku menunggumu.

seredupmaya.

Comments

Popular posts from this blog

Kuantiti air ikut berat badan.

Hai kawan-kawan semua. Berapa liter air sehari anda minum. Segelas, dua gelas, tiga gelas or berbotol-botol. Baguslah kalau banyak minum air masak. Tapi cukupkah air yang korang minum dengan berat badan korang tu. 
*Aku suka Hujan * Semua orang tahu, di dunia ni Hujan adalah rahmat Allah s.w.t.. Ada orang suka bila hujan turun. Ada juga yang tak suka bila hujan turun. Orang yang jemur kain tak suka bila baju yang mereka jemur basah terkena hujan. Mereka selalu merungut. 'Apesal hujan, kan dah kena basuh sekali lagi,hish.'  Orang suka bila hujan turun, kerana mereka dapat tidur lena. Bila hujan turun, suasana jadi sejuk dan dingin. Memang masa yang ideal untuk tidur.  Aku pulak suka bila hujan turun, sebab suatu ketika dahulu air dekat rumah aku kering. Aku dan keluarga guna air hujan untuk keperluan harian kami. Aku mandi air hujan. Walaupun aku tahu aku akan demam, tapi aku suka mandi hujan kerana hujan membuatkan hatiku tenang. Aku suka hujan, kerana adanya cuaca panas. Cuaca panas membuatkan aku panas. Hujan yang menyejukkan aku. Selepas hujan berhenti, kalau bertuah aku akan dapat melihat pelangi. Sungguh indah saat itu. Sungguh besar ciptaan-Nya. ...

Cabaran Kempiskan Perut

Assalamualaikum semua.. Sudah 2 hari berlalu dengan cabaran kempiskan perut menggunakan asam jawa. Saya banyak google cara caranya. Tapi saya pilih yang paling senang iaitu air asam jawa. Sebelum tidur rendam dua sudu asam jawa dalam segelas air panas. Kacau bagi larut dan biar semalaman. Pagi esok boleh minum. Saya rasa perut saya meragam lepas minum air asam jawa ni. Dia macam simptom cirit birit tapi bukan. Mungkin air tu tengah membersihkan perut daripada toksik kan. Hmm mungkin. Oklah. Baru dua hari try. Kita tengok result sebulan ye. Jangan lupa lakukan side dish plank dan squat untuk mempercepatkan proses itu. ☺ Ok bye. Saya akan update lagi.