Skip to main content

ceritera hidupku

manusia... hurm.. macam-macam kisah,gelagat mahupun cerita yang kerap aku dengar dari hari ke hari. huh,xperlu tgok jauh diri sendiri pun sama je kali. semua sama even familys sendiri. penat dh otakku nk fikir. tetap sama xde yg berubah. bukan niat aku utk aibkan sesiapa tapi memang macam tulah hakikatnya.
aku yang dilahirkan dalam sebuah salasilah yang cukup hebat dan gahnya. bilangan ahli keluarga yang agak ramai sepatutnya sure heboh. tapi tulah pasal. ayah hanya kerja biasa.mencari nafkah kais pagi,petang makan malam. alhamdulilah,makan pakai tidur cukup sempurna. walaupun tak selengkap org len. aku xkesah..
emakku pulak suri rumah sepenuh masa. keadaan kesihatan yang xok xmenggalakkan beliau utk bekerja. walaupun dh byk kerja mak cuba.. ahhaha adoiyai nak buat cmne xsihat kan.. xleh pakse.
semoga ayah&ibu dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki.. amin
aku sebenarnya takut, takut yang teramat jika suatu hari nanti aku kehilangan mereka. tetapi aku tidak memberi sepenuh harapan kerana kenyataan yang pasti sesuatu yang hidup didunia pasti meninggalkan kita jua.bilakah masanya xsiapa yang tahu...satu je harapan aku bila aku sudah dewasa aku ingin membalas jasa mereka berdua yang telah mendidik aku sehingga aku berjaya sampai ke tahap ini. perit dan jerih mereka tidak akan pernah kulupakan. pada firasatku, aku rasa hanya aku seorang yang berfikiran begitu. mana anak-anak yang lain. saban hari aku merenung sejenak. ah,sebernarnya aku tak berpihak pada sesiapa. sesiapa yang terasa,baguslah. susah sangatkah untuk membalas jasa ibu bapa kita. kakak? abang? susah ke? sampai hati kalian buat ibu dan ayah macam ni. sanggupkah kalian melihat mereka susah dari muda sampai ke tua. tegarkah kalian.kalau nak balik kampung sekadar untuk berlagak kaya,orang bandar baik xpayah balik. menyakitkan hati kitaorang je. ingatlah duit bukan boleh dibawa ke liang lahad. aku bukannya benci dengan mereka tapi mereka buta untuk menilai yang mana intan yang mana permata. darah daging sendiri diabaikan. manusia jenis ape macam tu. ayah pun tidak mengajar kalian jadi begitu. salah siapa?
walaupun ibuku bukan ibu kandung kalian mana boleh layan macam tu. ishh,sebal hati aku. dulu masa kalian belajar ibuku juga yang menolong kalian. kalian memang anak yang tidak mengenang budi. pandang orang hanya dengan sekilas pandang. apa ingat kalian perfect sangat ke. entahla,cakap banyak pun tak guna dah memang dasar hati buta. aku xkan lupa apa yang kalian buat dengan kami. ingatlah Allah itu maha adil.
insaflah kalian sebelum terlambat.itu doaku untuk kalian..

Comments

Popular posts from this blog

Kuantiti air ikut berat badan.

Hai kawan-kawan semua. Berapa liter air sehari anda minum. Segelas, dua gelas, tiga gelas or berbotol-botol. Baguslah kalau banyak minum air masak. Tapi cukupkah air yang korang minum dengan berat badan korang tu. 
*Aku suka Hujan * Semua orang tahu, di dunia ni Hujan adalah rahmat Allah s.w.t.. Ada orang suka bila hujan turun. Ada juga yang tak suka bila hujan turun. Orang yang jemur kain tak suka bila baju yang mereka jemur basah terkena hujan. Mereka selalu merungut. 'Apesal hujan, kan dah kena basuh sekali lagi,hish.'  Orang suka bila hujan turun, kerana mereka dapat tidur lena. Bila hujan turun, suasana jadi sejuk dan dingin. Memang masa yang ideal untuk tidur.  Aku pulak suka bila hujan turun, sebab suatu ketika dahulu air dekat rumah aku kering. Aku dan keluarga guna air hujan untuk keperluan harian kami. Aku mandi air hujan. Walaupun aku tahu aku akan demam, tapi aku suka mandi hujan kerana hujan membuatkan hatiku tenang. Aku suka hujan, kerana adanya cuaca panas. Cuaca panas membuatkan aku panas. Hujan yang menyejukkan aku. Selepas hujan berhenti, kalau bertuah aku akan dapat melihat pelangi. Sungguh indah saat itu. Sungguh besar ciptaan-Nya. ...

Cabaran Kempiskan Perut

Assalamualaikum semua.. Sudah 2 hari berlalu dengan cabaran kempiskan perut menggunakan asam jawa. Saya banyak google cara caranya. Tapi saya pilih yang paling senang iaitu air asam jawa. Sebelum tidur rendam dua sudu asam jawa dalam segelas air panas. Kacau bagi larut dan biar semalaman. Pagi esok boleh minum. Saya rasa perut saya meragam lepas minum air asam jawa ni. Dia macam simptom cirit birit tapi bukan. Mungkin air tu tengah membersihkan perut daripada toksik kan. Hmm mungkin. Oklah. Baru dua hari try. Kita tengok result sebulan ye. Jangan lupa lakukan side dish plank dan squat untuk mempercepatkan proses itu. ☺ Ok bye. Saya akan update lagi.