Skip to main content

Posts

Jangan pernah berubah.

Assalamualaikum.. ditujukan khas buat KAU Pernah tak lepas satu benda kau gagal untuk buat , kau akan berubah. 'Ok, test seterusnya aku nak score'. Sebab apa ada niat nak score untuk test yang seterusnya sebab sebelum ni kau tak berjaya kan. Tak berjaya nak dapatkan apa yang diinginkan. Apakah punca kegagalan kau sebelum ni? Pernah selidik tak kenapa sebelum ni kau gagal? Aku tahu sebab apa aku gagal... sebab aku ego, aku rasa kepala otak aku dah cukup dengan ilmu, aku rasa aku dah meluangkan masa yang lama untuk itu. Kenyataanya, kau tidaklah meletakkan hati kau seratus peratus. Hati kau ke laut. Kau sibuk. Sibuk dengan benda lain. Kau banyak main dan kau tak serius nak belajar. Kau rasa benda yang kau buat ni hanya untuk lengkapkan sesuatu. Atau kau buat ini semua kerana terpaksa. Kau tak perasan mungkin perasaan ikhlas kau tu dibuat-buat. Mungkin. Bila dah pasang niat untuk scor seterusnya, automatik kau akan belajar, membaca, mengingat dan menelaah dengan tekunnya....

Bukan mudah untuk mudah.

Assalamulaikum dan selamat pagi.. 7.5.2013, sudah dua hari selepas Pilihan Raya Umum ke-13 berlangsung. Maka sudah dua hari kedengaran pelbagai desus-desas mengenai keputusan PRU. Ada yang berpuas hati, ada yang tersenyum, ada yang sakit hati dan yang penting mesti ada tuduh-menuduh. Orang tu tuduh orang ni, orang ni tuduh orang nuh, orang nuh tuduh orang-orang. Orang-orang?  Memang tak nak kaitkan diri dengan politik, walaupun politik tu memang penting kan. Mungkin suatu hari nanti, tapi bukan sekarang. Sekarang masa untuk berjuang. Berjuang dengan buku-buku, berjuang dengan hidup sebagai seorang pelajar, berjuang dengan duit untuk menampung pembelajaran dan berjuang ke jalan Illahi. Bukan mudah untuk jadi mudah. Bukan mudah untuk jadi susah.  Hidup mesti ada tujuan. Kalau hidup tanpa tujuan ibarat menaiki bot di tengah lautan tanpa ada tempat untuk dituju, hanya terumbang-ambing dipukul ombak. Manusia suka hidup tanpa tujuan dan oleh sebab itu mereka selalu rugi...

Si comel mamat dan minah

ni mamat, abang kepada minah. Hensem!  tidur ala-ala udang yang dah masak.  ni minah, suka sangat tidur kat tempat pelik-pelik

Wahh..

Assalamualaikum dan selamat berhujung minggu..  Hensem!! Sungguh indah ciptaan Allah s.w.t. Semalam tak sengaja tertengok muka iras-iras Zizan Razak depan 7 Eleven tapi muka dia macam pan asia sikit. Sepanjang pelajaran di Seri Iskandar ni aku dapat jumpa 2 orang kembar Zizan. Hehe. Matured sorang, pan asia sorang. Selalu je usha yang sorang ni, dia senior aku tapi jurusan lain, sama fakulti sebab selalu terserempak. Tapi semester ni tak da lah pula terserempak dengan dia, mungkin dah habis belajar. Mungkin. 

fitrah

Assalamualaikum dan selamat senja.. Bulan april sudah berkunjung tiba, maknanya genap sebulan aku berada di bumi perak. Alhamdulilah, hari ini aku sihat dan masih bertenaga untuk meneruskan sisa-sisa pembelajaran yang masih berbaki empat bulan. Lumrah belajar, mesti ada tekanan bila nak menyiapkan kerja sekolah yang diberi. Bukan senang nak menjana idea untuk menyiapkan laporan dan membuat kerja berkumpulan. Mesti bersungguh-sungguh. Kalau ada istilah cincai-cincai, markah dapat pun cincai-cincai juga lah.  Kebiasaanya bila kita diberikan kejayaan, penghargaan, kekayaan dalam kehidupan kita. Ya, kita akan bersyukur. Bersyukur! Alhamdullilah. Tapi bagaimana jika kita diberikan kekurangan, kecacatan, ataupun kita selalu membuatkan orang terasa hati? Bagaimana? Adakah kita akan bersyukur? Jadikanlah kekurangan itu sebagai kekuatan. Setiap manusia dicipta dengan segala kelebihan dan kekurangan.Kalaulah masa boleh berputar kembali, mesti kita akan tidak mengulanginya. Mesti pen...

Hentikan pemanasan global!

Assalamualaikum dan salam perak amanjaya.  Aku bukan orang Perak. Noted. Mintak maaflah ye. Taknak lah ada kena-mengena dengan perak lepas ni. Yelah panas kat perak ni lain macam. Lagi-lagi kalau menginjak pukul 11.59 tengahari. Kalau duduk dalam kereta, nampak haba atas jalan raya. Macam duduk dalam oven dah. Haiish. Sebab tu ramai student perak tak keluar rumah, takut panas agaknya haha. Lokasi aku sekarang di seri iskandar. Bandar Seri Iskandar. Dah membangun nampaknya. Macdonald drive-thru dah ada. Lepas tu Billion pulak masih dalam pembinaan. Dah 80 peratus siap. Nanti lepas aku graduation, confirm dah bukak. Memanglah bandar seri iskandar akan membangun, tapi cuaca panas mungkin akan lebih mengganas... pada firasat aku, cuaca panas di perak ni lain macam sebabnya pokok takde! Seriuslah, habis semua pokok-pokok besar ditebang semata-mata nak buat bangunan yang ala-ala perniagaan camtu. Padahal kat seri iskandar, dah banyak bangunan yang terbiar, setakat pemerhatian ak...

Trip kami

Assalamualaikum.....dan salam hari gembira Ye.. agak lama dah tak buka blog. Hilang semua idea untuk menulis.. Haaa.. sempena dah last semester kami belajar di perak ni.. Kami pun pergi trip. Ke mana?? Lost World of Tambun. Ok,malas nak cerita panjang,tengok gambar je lah sepanjang kami berada di sana. :D Haa,mesti nak tahu berapa tiket masuk kan. Bagi yang tak pernah pergi lah kan. Yang dah pergi tu, shut your mouth,sebab biar aku yang bagitahu hahahaha. Just kidding. Tiket masuk bagi dewasa cuma 45 je, bagi kanak-kanak 38 kot, tak ingat pulak.. sebab aku bukan kategori kanak-kanak.!  Kalau kamu nak datang ke sini, dinasihatkan pakai legging. Sebab apa nanti tak boleh naik gelongsor air tu. Aku pergi sana pakai seluar track jadi memang kempunan nak naik gelongsor tu. Demn. Tak puas hati lah kan sebab tak dapat buat semua aktiviti kat sana. Bila lah nak pergi lagi.. 10 tahun akan datang agaknya..  Jadi sesiapa yang m...