Skip to main content

Posts

Pernahkah kita berfikir atau terfikir. Apa yang kita lakukan hari ini seperti telah dirakam oleh otak kita. Atau kita seperti sedang melakukan perkara yang kita imikan.. Benarkah masa silam akan mempengaruhi siapa kita pada masa akan datang, apa yang kita lakukan. Mungkin hari ini kita bergembira di samping mereka. Namun, esok tidak lagi. Kenapa? Pelbagai jawapan dan tanda tanya. Mungkin ini semua telah ditakdirkan untuk kita. Mungkin ini semua telah dicatat dalam buku amalan kita. Mungkin. Masa berlalu dengan begitu pantas. Semua bergantung kepada kita. Bagaimana kita hidup untuk mengisi masa itu. Adakah kita hidup dengan sia-sia? Adakah kita bahagia? Persoalan itu tidak dapat dilihat dari luaran tapi dalaman kita. Perkara yang berlaku itu mengajar kita agar tidak mengulangi ia. Mungkin ada sinar disebalik titisan embun yang jernih. Hanya aku yang dapat mengubahnya. 
hai semua. apa khabar semua? harap-harap dalam keadaan sihat sejahtera hendaknya ya. Rasanya sudah seminggu saya dan kawan-kawan yang pulang bercuti bagi pelajar ijazah. Alhamdulilah cuti sebulan setengah kawan-kawan buat apa ye? Ada yang bercadang menghabiskan masa dengan bekerja, ada pula yang duduk rumah makan dan tidur. Hehe. Biasalah sudah lama menelaah segala buku hanya untuk menduduki peperiksaan dan berjaya! tak gitu kan. Baguslah syukur ke hadrat illahi. Hari ini sudah menginjak ke 19 haribulan 7. Apa maknanya tu? Makna kata lagi sehari kita akan berpuasa. Hoorey. Memang tak sabar nak puasa. Lagi-lagi puasa di rumah bersama keluarga. Memang heaven. Makan dan lepas itu menunaikan sembahyang terawih. Memang syok. Bulan ramadhan bulan yang mulia. Ini adalah bulan untuk semua umat Islam menyucikan dan beribadah kepada Allah s.w.t. Bulan yang mulia dimana umat Islam mencari Lailatul Qadar iaitu seribu malam amal ibadat kita dikira. Lailatul Qadar. Nama seindah maknanya. Setelah...
Malam masih muda. Kenapa ayat ini yang sering aku ungkapkan. kenape? walhal jam menunjukkan dah pukul 12 malam. masa ni memang masa untuk cinderella tidur kan. sebab masa ni lah cinderella akan kembali ke keadaan asal die. orang putih pun cakap night is still young.. kenapa? inilah sebabnya: 1.Banyak lagi perkara berfaedah yang boleh dilakukan 2.kalau tidur awal, petang mesti tidur lagi,macam terlebih tidur je 3.kerana nak menghargai hari ini yang indah bersama yang tersayang,mungkin esok xleh jumpa 4.ingin menenangkan fikiran yang sebenarnya banyak masalah,layanlah lagu atau cerita 5.masa berlalu begitu pantas, kejap je xsempat buat apa
Diketika ini, aku duduk menghadap komputer, ditelingaku tersumbat kemas telefon telinga, sambil menulis aku mendengar radio secara atas talian, semestinya radio yang memainkan lagu orang putih, iaitu terbang fm. hari ini maka tamatlah satu kertas peperiksaan yang membawa empat unit kredit jam, sangat besar kesannya kepada gred keputusan, alhamdulilah kalau diikutkan soalan itu adalah ringkas, kebiasaan nya jawapan kubagi semua cukup, diminta empat aku bagi lima, sahaja bertujuan untuk memenuhi buku jawapan, tidak elok membazir kertas, lagipun nanti kertas tu dibuang juga. .