Assalamualaikum..perjalanan pulang ke kampung mengambil masa yang amat lama. 12 jam. Perjalanan dari shah alam ke jerteh amat memenatkan. Ekoran daripada peristiwa banjir besar yang melanda negeri pantai timur. Laluan bas turut berubah. Laluan ke grik masih tidak dapat dilalui mungkin kerana jalan rosak. Tiket baS pukul 9.30 pagi.. aku bergegas ke kaunter tiket untuk bertanya adakah bas trip ke jerteh sudah sampai... staf yang bertugas inform yang bas mungkin lewat tiba selama satu jam.. mak aih. Lewat sangat. Dahla stesen bas seksyen 13 jauh dari rumah sewa. Nak ikutkan cerita..bas sampai awal pada pukul 9.45 pagi. Tipu je kaunter tu cakap sejam kan. Bagi harapan palsu. Hee. Seingat aku jam menunjukkan pukul 5 petang..dan bas berhenti untuk rehat. Dan teka dimana aku berada.. masih di gua musang. Sangat lama perjalanan. Habis kaki kebas dan sakit. Tidur dalam bas memang bukan tabiat aku sebab aku rasa tidak selamat. Aku berzikir dari pijakkan kaki atas bas sehingga turun dari bas. Ka...